Awal pagi, Ezhar mengarahkan isterinya untuk bersiap dan menaiki bot menuju ke pulau.
Semuanya diatur teliti agar perjalanannya tidak diekori seperti semalam. Lengan Dafika langsung tidak dilepaskan dari gengaman Ezhar.
Sungguh dia takut kejadian malam tadi menimpa isterinya lagi.
Dan semua itu dirahsiakan dari Dafika. Ezhar tak mahu wanita itu tahu bahawa kumpulan lelaki yang hampir menculiknya malam tadi adalah orang suruhan Raykal.
Kali ni Ezhar pula akan menjaga isterinya. Cukuplah seksa yang Dafika tanggung kerana menjaga dirinya selama ini."Fika tak nampak pun tourist guide yang bawa kita malam tadi?"
Soalan Dafika yang tiba-tiba, mengecutkan otot jantung Ezhar. Bagasi besar ditolak masuk kedalam bilik sebelum merapati isterinya yang sedang membuka tudung."Sayang mandi dulu, lepas ni kita turun makan,abang lapar ni. Karang abang makan sayang. Nak tak?"
Sengaja Ezhar memutar ayatnya. Harap si isteri tak bertanya lagi."Emm.. kalau abang mandi sekali, baru Fika nak mandi."
Eh eh.. mengoda nampak kau ni Dafika.Apa lagi... Terus Ezhar menanggalkan baju T'shirtnya dan menarik Dafika kedalam bilik air. Mengekek manja wanita itu melihat aksi suaminya.
Seusai makan, mereka berdua berjalan di persisir sambil berborak panjang.
Senyum dan tawa menghiasi wajah pasangan ini. Sesaat pun jemari Dafika tidak Ezhar lepaskan. Dia rindukan wanita itu. Ezhar rindukan segala milik isterinya.
Ketika menganjak senja mereka berdua pulang ke kamar untuk menunaikan mahgrib.
Kali ni Ezhar sudah berani menjadi imam. Malahan bacaan lelaki itu juga tertib. Dafika merasakan dirinya amat bertuah memiliki Ezhar Iqbal. Dan dia amat berharap agar jodoh mereka berkekalan selamanya.
Cuma Dafika kesal kerana dia tak mungkin dapat menyambung zuriat untuk Ezhar. Ah..peritnya rasa itu..
Telekung Dafika sangkut pada palang besi. Ezhar sudah berada di balkoni sambil memulakan hisapan rokoknya.
"Bila abang nak berhenti merokok?"
Dafika berdiri sambil menyandar badannya ditepi pintu gelangsar.
Pertanyaan Dafika membuatkan Ezhar menoleh sebentar sebelum menenyeh puntung rokok yang masih panjang di pagar simen.
Tangan menepis-nepis membuang asap yang berdekatan.
"Abang tengah cuba, sayang."
Ezhar menjawab lantas menarik lengan isterinya untuk sama berdiri di balkoni menghadap laut yang kelam."Abang pun tahu kan merokok tak baik untuk kesihatan, abang nak Fika jadi janda awal?"
Laju Ezhar menoleh ke arah isterinya.
"Fika doakan abang mati cepat ke?""Astargfirullahazimm.. bukan tu maksud Fika bang.. Fika mintak maaf.."
Dafika menunduk kan wajahnya. Kesal dengan ucapannya tadi."Ye sayang... abang faham.."
Tubuh genit Dafika, Ezhar tarik merapati sisi tubuhnya.
Sebentar kemudian, lengan kanan Dafika melilit kemas di pinggang suaminya."Fika nak bersama abang selamanya. Jika dunia ni dapat halang kematian, Fika sanggup halang bang."
"Sayang.. semua kat dunia ni milik Dia, takde yang akan kekal abadi melainkan Dia. Insha Allah abang berharap Fika boleh bawa abang bersama ke syurga nanti."
Ubun-ubun Dafika dicium kejap oleh bibir Ezhar. Pelukan wanita itu dikemaskan."Abang yang sepatutnya bawa Fika ke syurga, sebab abang kan suami Fika."
"Abang banyak dosa sayang. Abang pun tak pasti layak ke tidak untuk abang cium bau syurga."

ANDA SEDANG MEMBACA
HOPE (18SG)
Espiritualranked 1 #crime 02/01/2020 ranked 1 #truestory 12/02/2020 "Kau paksa aku kahwin dengan kau untuk apa? Untuk jadi pak sanggup pada anak kau?" Masih adakah harapan bagi seorang banduan bernama EZHAR IQBAL? ROMANCE/ BASED ON TRUE STORY Dia...