"Har... ni jus kendondong yang Har nak Mak Cik buat."
Rakiah meletakan segelas jus dihadapan Ezhar sebelum dia berlalu ke dapur semula.Perlahan Jus kendondong itu Ezhar ambil dan disisip ke mulut.
Ahhh... lega...
2 hari tekaknya teringin untuk minum jus ini. Semalam dia meminta Rakiah membuatkan untuknya.
Ezhar pun sedikit pelik dengan keinginannya sejak akhir-akhir ni. Minggu lepas dipaksanya Ezreen untuk mengambil belimbing yang sudah ranum di pokok jiran rumah mereka.
Adiknya tak mahu dan mengajak Ezhar ke pasaraya. Namun Ezhar tetap berkeras untuk menikmati belimbing di dalam pagar jirannya. Nasib jiran mereka tak bertanya banyak.
walhal sebiji je Ezhar minta, tapi seplastik jirannya bagi. Hah! puas Ezhar melantak sorang.
Giler! sedangkan sebelum ni tak pernah pulak Ezhar makan buah yang masam-masam. Lagi-lagi buah kendondong, seumur hidupnya baru hari ni dia merasa."Har keluar ke hari ni?"
Ezhar mengangkat wajah. Angannya lumpuh ketika Tubuh Tan Sri Iskandar duduk dihadapan beliau."Mungkin petang sikit Har keluar. Reen ajak teman dia beli barang."
Jawab Ezhar lantas menghabiskan jus kendondong yang masih bebaki tadi."Elok lah tu, jangan terperap je kat rumah. Ambik angin kat luar pulak."
Tan Sri menyandarkan belakangnya di sofa, wajah yang agak cengkung milik Ezhar dititip dalam.
Hampir dua bulan anak lelaki tinggal di sini. Semalam beliau menelefon Dafika dan bertanyakan khabar menantunya. Seperti biasa suara wanita itu ceria seperti sebelum, walhal bukan Tan Sri Iskandar tak tahu, isteri Ezhar itu sengaja mahi menutup kesedihan dihati."Har pun ada barang nak beli pa.. "
Tan Sri mengangguk faham. Ezhar sudah lembut bercakap dengannya tidak lagi kasar seperti dulu. Namun dia perasan yang anak lelakinya banyak mendiamkan diri. Sepatah ditanya, sepatah dijawabnya."Errr... Har tak call Fika?"
Teragak-agak Tan Sri Iskandar bertanya lagi.Ezhar hanya menggeleng kan kepala seraya membawa pandangan ke televisyen.
Hati lelakinya masih parah, namun rindu terhadap Dafika tak pernah kelam. Hampir setiap malam pelukannya terasa kosong tanpa tubuh wanita itu.
Ezhar rindukan untuk berdamping dengan Dafika, dia rindu akan gurau mesra mereka berdua.Namun bila difikirkan penipuan yang wanita itu titipkan. Terus rasa rindu itu bertukar menjadi dendam.
Peritnya rasa, hanya Ezhar yang tahu.Minggu lepas agensi pelancongan yang sudah diupah oleh Ezhar untuk membawa dia dan Dafika ke Sabah, menelefon beliau. Tiada jawapan lagi yang Ezhar dapat berikan, melainkan membatalkan sahaja perjalanan yang telah ditempah.
Apa guna dia terus menempah jika Dafika tak mungkin akan ikut bersama."Call la dia Har... at least Har tanya khabar.. dia kan masih isteri Har."
Tan Sri Iskandar memujuk lagi, ketika melihat anaknya membatu. Dia sendiri tak mahu Ezhar melepaskan Dafika lebih-lebih lagi bila wanita itu mengandung kan cucunya."Buat apa Abang Har nak call dia pa? Fika tu yang buat salah, sepatutnya dia datang kat abang Har, sujud kat kaki abang Har mintak ampun."
Ezreen yang masuk keruang tamu mengambil tempat di sofa satu. Kedua kaki disilang sambil bibir menjuih keluar. Marah dengan ayahnya yang masih nak menangkan Dafika."Reen.. dalam hubungan suami isteri ni, kita tak boleh tunjuk ego. Nanti jadi macam ni la.. dua-dua diam je. At last semua problem tak settle."
"Masalahnya sekarang Dafika tu yang buat hal pa. Dia tak sedarkan syurga dia tu bawah tapak kaki abang Har. Lain lah kalau memang dia sendiri yang taknak teruskan hubungan dengan abang Har lagi."
YOU ARE READING
HOPE (18SG)
Spiritualranked 1 #crime 02/01/2020 ranked 1 #truestory 12/02/2020 "Kau paksa aku kahwin dengan kau untuk apa? Untuk jadi pak sanggup pada anak kau?" Masih adakah harapan bagi seorang banduan bernama EZHAR IQBAL? ROMANCE/ BASED ON TRUE STORY Dia...