H39

6.4K 177 32
                                    

"Macamana dengan Reen, papa?"
             Terkoncoh-koncoh Ezhar bertanya ketika menghampiri ayahnya.

             Tan Sri Iskandar bangun taktala matanya menangkap tubuh anaknya yang datang merapati.
"Syukur Alhamdullilah.. Reen dah sedar, maybe esok dia akan dikeluarkan dari ICU dan masuk ke wad biasa."

                 Ezhar mengangguk faham, Selepas mendengar apa yang berlaku kepada Ezreen, dia dan Dafika, segera berangkat pulang dari Sabah.
                 Sesampai je di lapangan terbang, mereka berdua terus menuju ke hospital.

"Macamana boleh jadi macam ni Papa?"
                 Mata sayu Tan Sri Iskandar, Ezhar tatap. Dia tahu ayahnya bergitu runsing dengan Ezreen mentelahlah wanita itu satu-satunya anak perempuan beliau.

"Malam semalam, Wana ke Hotel Medeterine menghadiri Dinner party kat sana, kebetulan Wana ternampak Reen dengan boyfriend kat lobi hotel. Belum sempat Wana berjumpa, diorang dah hilang."
               Harwana menjawab panjang taktala Tan Sri Iskandar mendiamkan diri.

                Kini pandangan Ezhar dan Dafika tertumpu hanya kepada Harwana.

"Wana tak puas hati, rasa lain macam je. Then Wana cuba dapatkan maklumat dari receptionist kat kaunter lobi tentang bilik yang Reen duduk. Bila dapat tahu, Wana terus mintak bantuan dari pihak hotel untuk masuk kedalam bilik. Masa kitaorang masuk, Reen dah pengsan dan hampir dirogol oleh Asif."
             
"Ya Allah.."
                  Dafika menjawab lembut, mematikan kata-kata Harwana.
                   Ezhar turut mengeluh lantas wajahnya diraup sekali.

"Mujur Wana awal sampai, kalau tak tahu lah apa akan terjadi dengan Reen."
                 Lemah suara Tan Sri menyahut. Semalaman air mata lelaki yang tak surut mengenangkan keadaan Ezreen.
                
"Ini semua takdir Allah, Tan Sri. Mujur lah Dadah yang disuntik kedalam tubuh Reen adalah sedikit. Dan pihak hospital mengagak dia disuntik dengan morphine, sebab tu Reen hanya tertidur sebentar."

                 Keluhan terus Ezhar lepas, saat telinganya mendengar semua yang berlaku ini.
                 Dafika pula, terus memegang lengan suaminya untuk memberi kekuatan kepada lelaki itu.

"So polis dah tangkap Asif ke?"

                Harwana menggeleng kepalanya dengan soalan Ezhar.
"Asif sempat melarikan diri, semalam polis mencari dia. Namun diorang syak, Asif sudah melepasi sempadan Thailand. Dia mungkin berada di luar Malaysia."

"Bullshit!"
              Maki Ezhar tiba-tiba, ketika dia sendiri tak dapat mengawal perasaannya.
              Sekali lagi Dafika merantai jemari suaminya supaya lebih bersabar.Kali ni rantaian beliau makin kejap.

"Wana cuba siasat tentang Asif. Dan.. Wana dapat tahu Asif ada berhubung dengan Raykal."

"Hah?!"
           Kali ni Dafika pula bersuara. Dia amat terkejut bila Harwana menyebut nama Raykal.

"Silap papa sebab tak percaya kata Fika dulu, Kalau lah papa ambik berat bila Fika suruh putuskan hubungan Reen dengan Asif, tak mungkin perkara ni akan berlaku."
                  Ujar Tan Sri Iskandar lembut, wajah ditunduk malu.

"Ini bukan silap papa, bukan juga silap sesiapa. Yang buat kita jadi macam ni adalah disebabkan oleh Raykal. Hah! Raykal! Aku bunuh jugak kau!"
                 Tajam kata-kata Ezhar menyerlahkan sakit dihatinya kini.
                 Dafika cuba menenangkan suaminya lagi. Tak sangka amaran Raykal benar-benar terjadi. Malahan makin teruk seperti yang disangka.

"Apa sebenarnya hubungan Raykal dan Asif?"
                  Soal Ezhar ketika semuanya kembali diam.

"Kalau diikutkan, mereka berdua tiada pertalian darah. Tapi saya agak, Raykal mungkin menjadikan Asif sebagai kambing hitam dia. Sebab kita semua tahu, keluarga Asif banyak berhutang. Maybe ada pulangan yang dijanjikan oleh Raykal kepada Asif."

HOPE (18SG)Where stories live. Discover now