Tak sampai sebulan persiapan dibuat dan akhirnya Dafika dan Ezhar disatukan
Laju? Memang itu yang Ezhar mahukan."Tahniah Fika, Wan rasa terharu sangat bila Fika dah sah menjadi cucu menantu Wan. Wan rasa masih bermimpi."
Girang suara Hajah Salhah sambil mengait kedua tangan Dafika diriba wanita itu. Wajah Dafika yang ditata hias oleh mak andam sebentar tadi dipandang dalam.
Wanita itu amat cantik dengan Kebarung Songket berwarna merah hati dengan padanan tudung bawal kosong, warna yang sama.
Diatas tudung pula diletak 'veil' yang sarat dengan lace berwarna keemasan. Cukup untuk menghiasi wajah Dafika walaupun tanpa 'crown'"Fika yang sepatutnya berterima kasih dengan Wan sebab bagi kepercayaan pada Fika untuk masuk dalam keluarga ni"
Jawab Dafika tanpa berselindung. Gengaman tangan Hajah Salhah dieratkan. Terasa kembali mempunyai keluarga setelah dia kematian ibunya 7 tahun yang lalu."Fika.. Wan nak tanya, kenapa Fika hanya mintak sepasang telekung untuk mas kahwin? Kenapa Fika tolak cadangan Har untuk bagi cincin emas? Fika takut Har tak mampu ke?"
Soal Hajah Salhah setelah agak mereka berdiam. Sedang dia memang ingin bertanya sejak sebulan yang lepas. Namun kerana sibuk menguruskan majlis, soalan itu disimpan hingga ke hari ini."Takde la Wan... Kalau Fika pertikaikan mas kahwin yang Har bagi, sama seperti Fika tak ikhlas menerima mas kahwin dari Har. Sedangkan itu perkara wajib untuk Har bagi pada Fika. Memang Fika tolak bila Har nak bagi cincin sebab Fika rasa telekung lebih mahal dari segala harta kat dunia ni. Insha Allah dari telekung yang Har beri kan boleh bagi ruang untuk Fika mencium bau syurga."
Terang Dafika panjang lebar. Dia bersyukur bila Ezhar setuju memberi mas kahwin berupa sepasang telekung solat setelah perkataan 'Sah' meniti di bibir saksi-saksi yang menghadiri pernikahan mereka berdua."Terima kasih Fika, Wan tahu, hanya Fika yang boleh merubah Har menjadi lebih baik."
"Eh. jangan cakap macam tu Wan, Fika pun seorang pendosa"
Dafika memotong kenyataan Hajah Salhah. Tak mahu diri diulit dengan kata pujian yang melampau."Semua manusia adalah pendosa, hanya Allah sahaja yang tahu siapa yang berhak mendapat tempat disisiNya ketika di akhirat kelak. Cuma yang Wan pasti, Fika seorang wanita yang akan membawa Ezhar jauh dari masa silamnya yang gelap."
"Insha Allah Wan.. Fika akan cuba bawa diri Fika dan Har untuk sentiasa mendekati Dia."
Hajah Salhah mengangguk faham. Perasaan teruja terus berlegar.
"Lagi satu, Wan nak mintak maaf kalau majlis ni tak sebesar majlis kahwin orang lain. Papa Har nak tolong, tapi Fika tahu lah.. Har keras taknak terima satu sen pun dari duit papa dia. Semuanya dia gunakan duitnya sendiri.""Takpe Wan.. Fika tak pernah kecik hati pun dengan majlis ni. Fika rasa dah beruntung bila orang kampung berkerjasama nak membantu untuk rewang. Fika ingat diorang akan kecam Fika."
"Fika.. tak semua orang kampung ni yang berhati busuk. Fika kahwin secara terang macam ni dah cukup membuatkan mereka berfikir yang Fika sudah berubah."
Dafika mengangguk perlahan dengan kenyataan Hajah Salhah.
"Err... Fika tak tanya ke, mana Har dapat duit untuk buat majlis ni?"
Dafika menggelengkan kepala. Tak pernah terlintas juga untuk dia mengetahui dimana Ezhar mendapatkan duit bagi melakukan majlis perkahwinan mereka.
"Har guna duit simpanan dalam bank yang dia dapat sepanjang dia duduk dipenjara. Sampai sekarang, dia masih tak tahu siapa yang bagi."
Terang Hajah Salhah seraya melirik mata Dafika.
Wanita itu tidak menjawab, kepalanya ditundukan.
YOU ARE READING
HOPE (18SG)
Spiritualranked 1 #crime 02/01/2020 ranked 1 #truestory 12/02/2020 "Kau paksa aku kahwin dengan kau untuk apa? Untuk jadi pak sanggup pada anak kau?" Masih adakah harapan bagi seorang banduan bernama EZHAR IQBAL? ROMANCE/ BASED ON TRUE STORY Dia...