H 41

11.7K 308 129
                                    

"DIBAWAH akta 302 kanun keseksaan, kamu didapati bersalah membunuh anak kamu, Othman Karsyad yang waktu itu berumur 9 tahun dan 2 bulan. Mahkamah memperuntukan hukuman gantung mandatori dan akan dilaksanakan pada suatu tarikh yang akan disebut semula!"

Pak!Pak!Pak!
Setelah ketua hakim mengetuk penukul kayu sebanyak tiga kali, maka riuhlah ruang mahkamah dengan suara tangisan dan kegembiraan.

Ezhar Iqbal menundukan wajah, dalam fikiran mula terbayang tali sebesar lengan bayi, yang tergantung dan bakal menjerut lehernya hingga memutuskan urat nyawa.

"Ezhar tak bersalah tuan hakim! saya mama othman, saya berani cakap bukan Ezhar yang bunuh anak saya! Lepaskan suami saya! lepaskan Ezhar!"

. Ezhar mengangkat wajah, raut isterinya yang hampir 2 tahun dinikahi itu dipandang sayu. Saat rasa cinta itu hadir, mereka dijauhkan kerana dosa yang pernah dilakukan.

Tanpa sempat memeluk atau menenangkan Dafika. Ezhar yang masih bergari, diheret oleh dua anggota polis tanpa seragam dan menutup muka dengan mask, keluar dari bilik persidangan itu.

"Har tak salah! Suami saya tak salah! Abang! jangan tinggalkan Fika! Fika mengandungkan anak kita bang! jangan tinggalkan Fika!"

Mengandung?
Laju Ezhar berpusing pada Dafika di belakang sewaktu mendengar wanita itu menjerit.
'Fika mengandungkan anak abang? Berapa bulan? Kenapa abang tak tahu?'

Rahang Ezhar bergerak-gerak untuk bertanya, namun segala persoalan tersangkut dihujung lidah. Hanya air mata jantannya merembes keluar menyatakan dia sayangkan Dafika dan ingin melihat anak mereka.

Dalam perasaan yang terus kucar-kacir, Ezhar ditarik keras oleh dua pegawai tadi menuju ke trak yang sedia menunggu di luar pejabat mahkamah.

Klik! Klik! Klik!

Biasan lampu kamera dari pelbagai sudut, membuatkan mata Ezhar dipaksa untuk mengecil. Dua anggota polis serta beberapa orang lagi yang lain mengawal Ezhar dari diserbu oleh wartawan.

Kes Ezhar, adalah kes yang berprofil tinggi. Maka bukan sahaja mendapat perhatian daripada masyarakat Malaysia. Namun negara-negara asia terdekat juga ingin kan berita sensasi ini.

"Bagaimana Encik Ezhar tergamak membunuh anak encik Ezhar?

"Kenapa Encik Ezhar membunuh Othman dengan kejam?

"Apa perasaan Encik Ezhar ketika mengerat dan membakar anak Encik Ezhar sendiri?"

"Adakah Encik Ezhar menerima sogokan dari mana-mana pihak untuk membunuh othman?"

Ezhar pejam mata! tak mahu melihat kelibat wartawan yang makin ramai menyerbunya. Jika tangannya tidak bergari, mahu sahaja dia menerkup kedua telinga. Tapi apa kan daya.
Soalan demi soalan dibiarkan berlalu ke telinganya hingga terasa badannya ditolak masuk kedalam trak.

Ezhar diletakan didalam sel yang dibina khas didalam trak tersebut sebelum dikunci dengan sebiji soleck besar.

Dia berdiri memandang wartawan yang masih mengejar, dan dalam keriuhan itu mata Ezhar masih dapat mengesan tubuh Dafika yang kaku melihatnya dari jauh.

'Abang sayangkan Fika. Abang mintak maaf jika abang terlambat untuk katakan yang abang cintakan Fika, abang rindukan isteri abang.'

"Encik Ezhar Iqbal"

"Fika.. jangan tinggalkan abang.."

"Encik Ezhar.."

"Fika.."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 25, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HOPE (18SG)Where stories live. Discover now