H8

3.3K 129 2
                                    

"Boleh saya tahu siapa sebenarnya awak? Dan kenapa awak duduk dengan Wan dan Atok saya? Saya rasa dah bertahun-tahun awak duduk sini, awak tak teringin nak pindah ke?"

           Berduyun soalan Ezreen menyebabkan nafas Dafika terasa tersangkut ditengah perut.
         Kepalanya ditunduk, tak mampu merenung mata Ezreen yang seakan ingin menembak pandangan kepadanya.

"Abang Har dah keluar penjara, saya seberapa boleh akan bawa dia ke bandar semula, saya taknak dia duduk kat sini lagi, Saya taknak dia ikut budak-budak kampung ni lagi dan saya taknak dia masuk penjara kerana terperdaya dengan orang-orang kat sini."
            Bentak Ezreen lagi.
            Rasa panas hatinya tadi ketika melihat kemesraan antara Dafika dan Ezhar.

         
           Pagi itu, Ezreen memandu ke rumah Atok dan Wannya dan membawa sekali papanya untuk menemui Ezhar.
           Mujur Tan Sri Iskandar tidak membantah ajakan anak perempuannya.

          Bagi Ezreen usahanya takkan pernah pudar untuk menyatukan kembali keluarga mereka. Itu janji yang pernah dimeterai sebelum mamanya menghembuskan nafas terakhir 13 tahun yang lalu.
         Baginya tiada siapa yang boleh menghalang Ezhar kembali pada pangkuan papa dan dia walaupun Dafika cuba menggoda!
         

"Reen.. saya rasa awak dah salah sangka, Tak semua penduduk kampung ni jahat."
          Akhirnya Dafika bersuara, marah juga bila satu kampung disumpah wanita itu.
           Sedangkan dia lahir dan membesar dikampung ini.
            Dafika kenal dengan semua penduduk disini.

"Ye, saya mungkin salah sangka sebelum ni, Tapi kalau lihat aksi awak dengan Abang Har tadi, saya tak rasa yang saya salah untuk menyangka sesuatu."
           

"Maksud awak?"
            Dafika cuba lawan renungan tajam Ezreen namun dia kalah.

"Mmm...maybe you nak goda Abang Har, course you know, his the only son of Tan Sri Iskandar."
           Sinis ayat Ezreen sambil mengherotkan tepi bibirnya.

"Reen saya mintak maaf kalau dari pandangan awak, saya yang salah. Tapi percayalah saya takde niat nak buat macam tu."

"So.. kenapa you masih stay kat sini even though Abang Har dah kembali? You stay here with my brother, tak rasa malu?"
            Tembak Ezreen lagi, tak mahu mengalah,

"Reen....saya tahu saya menumpang kat sini, Tapi Demi Allah, saya tak buat yang lebih-lebih dengan Har. Saya tahu batas kami."

"Bagus lah awak tahu yang awak tu menumpang, dan harap awak sedar bila menumpang tu maksudnya awak tak boleh nak lebih-lebih dengan Tuan Rumah."
            Ezreen terus lantang bersuara sambil kedua lengannya disilang kedada. Nasib hanya dia berdua je kat ruang tamu ni. Kalau Wan ada dah tentu dia kena balun dengan neneknya.
           Bukan Ezreen tak tahu yang Wan sayang sangat pada Dafika.

"Saya faham.. maafkan saya.."
            Jawab Dafika lembut. Kepala masih tak mampu diangkat.

"By the way, awak duduk dengan anak awak je ke? Laki mana? Atau... awak ni..."

"Janda.. ye memang saya janda, Suami saya dah lama ceraikan saya."
              Pantas Dafika memotong ayat Ezreen. Kalau dia tak cerita pun, memang semua orang akan nampak, termasuk adik perempuan Ezhar ni.

"Ooo.. patut lah merenyam semacam je."

             Ya Allah... Salahkah Jika seorang perempuan itu menjadi janda?
             Janda je ke yang selalu merenyam? Anak dara takde sifat macam tu?
             Haish!
             Ingin Dafika balas kata-kata Ezreen, namun disabarkan hatinya yang kian terluka.

HOPE (18SG)Where stories live. Discover now