H29

3.5K 147 42
                                    

"Apa sebenarnya yang berlaku Wan"
Salwa meletakan gelas berisi air oren yang baru diminunya sebentar tadi.
Wajah Hajah Salhah dipandang kerut. Wanita tua itu melepaskan keluhan.

"Wan pun tak tahu lah Sal, nak tanya banyak pun tak sampai hati, Kau sendiri tengok lah keadaan Fika macam mana."

Kali ni Salwa pula menghela nafas seraya badan gendutnya dihempap ke sofa kayu.

Petang semalam, Haji Bohari kelam kabut datang kerumahnya mintak tolong hantarkan Dafika ke hospital kerana rakanya itu tidak sedarkan diri.
Ingin Salwa tanya, kemana Ezhar? Namun mulut terkunci, mujur suaminya sudah berada dirumah untuk membantu.
Dan malam tadi dia serta Haji Bohari dan Hajah Salhah berkampung semalaman dihospital.

Mujur Dafika tidak apa-apa, petang tadi doktor membenarkan dia pulang.

"Fika tak tahu ke di mengandung Wan?"
Soal Salwa lagi, teringat kata-kata doktor semalam yang mengesahkan Dafika mengalami pendarahan akibat kandungannya. Mujur tiada apa-apa yang berlaku pada bayi didalam rahimnya.

Bila ditanya Dafika, wanita itu hanya menggelengkan kepala.Rakan Salwa itu juga mendiamkan diri sejak semalam.
Pulang dari hospital tadi pun Dafika terus berkurung didalam bilik.

"Wan rasa Fika sendiri pun tak tahu yang dia mengandung. Har ni pun satu, Wan call dia banyak kali. Taknak dia angkat. Reen je call semalam dan cakap hari ni dia akan hantar Arsyad balik semula."

Jawapan Hajah Salhah sekali lagi membuatkan Salwa mengeluh kesat.
"Apasal Har boleh bawa Arsyad pergi? Tadi Sal tengok pun gerai Wan kucar kacir, meja dan kerusi patah riuk. Apa sebenarnya yang berlaku? Takkan Har pukul Fika?"

"Wan tak rasa Har sentuh Fika. Lagipun kita tak nampak apa-apa kesan pun pada tubuh Fika. Kau pun tahu Sal, Har tu panas baran. Kalau dia marah, rumah pun boleh terbalik."
Ujar Hajah Salhah, masak benar dia dengan perangai cucunya yang satu itu.

"Panas baran sekali pun jangan lah buat macam tu kat Fika, Fika tu kan bini dia. Pagi semalam, elok je Sal tengok dia dua orang bergurau senda. Kenapa tiba-tiba sampai macam ni. Tengok lah, Fika masuk wad semalaman. Har langsung taknak jenguk. Padahal bini dia tu kandung anak dia sendiri."
Bebel Salwa berterusan. Marahnya meluap bila dapat tahu Ezhar langsung tidak menjenguk Dafika, ketika rakanya sedang bertarung demi anak yang dikandung.
Salwa benci lelaki yang tahu buat anak, tapi tak tahu untuk bertanggungjawab!

"Wan pun tak tahu nak cakap apa. Kalau papa Har ada kat Malaysia,boleh jugak Wan bagi tahu kat dia."

Salwa mengangguk faham dengan kenyataan Hajah Salhah. Memang lah Ezhar masih ada keluarga lagi iaitu Ezreen, tapi Salwa sendiri mengerti, Ezreen amat membenci Dafika. Perempuan tu susah untuk dibawa berbincang.

"Assalamualaikum."

Serentak Salwa dan Hajah Salhah menoleh ke beranda rumah. Ezreen masuk sambil memimpin Karsyad melangkah ke ruang tamu.

Huh! panjang umur adik Ezhar ni,baru sebut dah datang.
Salwa juih bibir ketika melihat riak sombong Ezreen menghampiri Hajah Salhah sebelum menyalami wanita itu.
Dan pada Salwa, langsung tidak dihulur salam. Ah! peduli pulak aku? Orang tak nak salam, aku pun tak sudi nak hulur!

"Reen datang PULANGKAN Arsyad ni kat mak dia."
Tegas suara Ezreen ketika menyebut perkataan 'Pulangkan'. Dia memang sengaja.

"Wan.. mama mana?"
Karsyad yang tampak sedikit letih, bertanya sambil matanya melilau didalam rumah Hajah Salhah.

"Mama dalam bilik,tengah rehat."
Lembut Hajah Salhah menjawab soalan Karsyad. Dalam hati bersyukur panjang kerana anak lelaki itu selamat kini. Hati masih tak mengerti kenapa Karsyad dibawa lari oleh Ezhar semalaman..

HOPE (18SG)Where stories live. Discover now