H35

3.8K 140 45
                                    

"Apahal kau datang jumpa aku? So far aku sihat je lepas kena lokap."
         Sinis kata-kata Raykal ketika matanya melihat Ezhar melabuhkan punggung dihadapan.

"Pandai kau main-main dengan undang-undang kan Raykal? Kau jangan ingat kau boleh terlepas selamanya."
           Rahang Ezhar bergerak-gerak menahan amarah. Jika dunia tiada undang-undang, dah lama dia rodok perut jantan dihadapanya ini.
         
         2 bulan berlalu, kenyataan dari Dafika diambil. Wanita itu menceritakan segala yang berlaku pada pihak polis dan kes serangan keatasnya oleh Raykal, dibuka.
          Namun sepanjang pembicaraan dijalankan, tiada satu pun terarah kepada Raykal. Semua bukti seakan-akan hilang.
          2 minggu Raykal di lokap, dan akhirnya dia dibebaskan tanpa jaminan, kerana dia bukan persalah sebenar.

           Panasnya hati Ezhar, hanya tuhan yang tahu!

"Apa lagi kau tak puas hati dengan aku Ezhar? kita baik je sebelum ni, aku pun terkejut bila aku dituduh melakukan kekejaman kepada isteri kau sedangkan aku tak pernah pun bertemu dengan Fika melainkan ada kau."

Pakk!
         Meja kayu didalam pejabat Raykal ditampar kuat oleh Ezhar hingga mematikan ayat lelaki itu.
"Kau jangan buat cerita bangsat! Kau berlagak baik depan aku semata-mata nak hancurkan hidup keluarga aku! Fika takkan menipu! Dan aku tahu memang kau yang pukul Fika dan bunuh anak aku!"

           Raykal senyum sinis.
Memang dia pukul Fika, silapnya dia tak bunuh je perempuan tu. Kalau lah Fika mati waktu tu, dah tentu Raykal tak perlu bertungkus lumus menghapuskan bukti.
         Seperti dia menghapuskan bukti ketika membunuh Malik, membakar rumah ibu dan bapa Hidayat serta ramai lagi nyawa yang Raykal sudah ambik. Baginya menghapuskan bukti adalah semudah ABC.

"Macam ni je lah Har, Kau hired la berapa banyak lawyer pun untuk lawan aku. Kalau dah terang-terang aku tak bersalah, kau takkan menang jugak Har. Jangan kau ingat bapa kau Tan Sri, kau boleh beli undang-undang dunia ni. Aku akan lawan dengan cara aku."

"Aku pun akan lawan kau kalau kau berani sentuh Fika lagi."
         Laju Ezhar memotong kata-kata Raykal hingga sekali lagi lelaki itu menjungkit senyum.

"Aku dah puas bermain dengan Fika, isteri kau tu degil. Tak habis-habis nak back up kau, sampai sanggup serahkan tubuh dia pada aku."

"Setan kau Raykal!!"
        Ezhar bangun dari duduknya, kolar kemeja Raykal ditarik hingga lelaki itu terdorong kehadapan namun senyum joker Raykal menampakan dia sedikit pun tidak terkejut dengan tindakan Ezhar.

"Pejabat aku ni dipenuhi CCTV, kau boleh pukul aku, maki aku sepuas hati kau. Tapi kau kena ingat, jika video kau aku hantar ke balai dan kau dipenjarakan sekali lagi. Kau takkan mungkin dapat jaga Fika dan family kau."

          Rahang petak Ezhar makin bergerak menelan liurnya. Mata membulat merenung Raykal yang sudah seinci rapat dengannya.
         Tiada ayat yang dapat Ezhar ungkap kan lagi selain melepaskan kolar kemeja Raykal disertakan dengan regusan kasar.
 
          Perlahan Raykal menepuk dan membetulkan kedudukan kolar bajunya. Hujung bibir terus dijungkit senyum.
          Jika beradu tenaga, Raykal pasti dia bukan lawan Ezhar. Namun dia sudah bersedia untuk menghalang lelaki itu.

"Kau boleh bukti kan aku bersalah, tapi kau jangan lupa, aku ada segala bukti tentang permbunuhan mak aku bebelas tahun yang lepas. Jika aku keluarkan semua bukti, aku takut bapak kau akan mati di tali gantung."

"Bapak aku tak bunuh mak kau!"

      Kali ni Raykal ketawa sindir mendengar laungan garau dari Ezhar. Kedua tangannya disilang ke dada. Pandangan tepat mengenai mata Ezhar yang sudah memerah.
"Kau tanya Tan Sri, apa sebenarnya yang berlaku pada mak aku."

HOPE (18SG)Where stories live. Discover now