H9

3.2K 141 5
                                    

"Kenapa mama ajak Arsyad makan aiskrim kat sini? Kenapa kita tak balik rumah je?"

          Balik rumah?
          Memang tak lah.. Kalau boleh Dafika nak duduk kat 'bustop' sampai petang.
          Selagi Ezreen ada kat rumah Hajah Salhah, selagi tu Dafika taknak balik. Bukan dia takut dengan Ezreen tapi dia tak mahu hati terus terluka bila terpaksa menahan sabar dengan kata-kata sinis dari adik Ezhar.

         Kalau lah perangai Dafika seperti dulu, Memang dah makan penampar si Ezreen tu. Huh!

"Mama jom la balik rumah, makan aiskrim kat rumah"
          Pujuk Arsyad lagi ketika melihat ibunya hanya mendiamkan diri.


            Panjang nafas Dafika ditarik ketika kata-kata Karsyad memintas fikirannya yang menerawang tadi.
            Anak lelakinya yang sedang menjilat aiskrim 'Cloud Bite' dari 'walls' , dipandang sebelum Dafika bersuara.
"Kalau balik rumah, Pak Cik Har akan ambik aiskrim ni, Arsyad nak bagi ke kat pak cik Har?"

           Mendengar amaran dari mamanya, Laju Karsyad menggelengkan kepala. Aiskrim ditangan terus dijilat penuh asyik.

           Sekali lagi Dafika senyum memandang Karsyad.
          Seusai sindir menyindir diterima dari Ezreen tadi. Dafika dah rasa panas punggung. Segera dia menemui Hajah Salhah dan memberitahu bahawa dia mahu keluar untuk mengambil Karsyad pulanh dari sekolah.

         Padahal selama ni Karsyad pergi dan balik sekolah sendirian sebab rumah Wan tak jauh dari sekolah anaknya.

"Kat sini korang eh? Makan aiskrim tak bagi aku!"


             Dafika yang baru hendak mengoyak plastik aiskrim miliknya, membesarkan biji mata merenung Ezhar hingga lelaki itu melabuhkan punggung bersebelahan Karsyad.

"Mana awak tahu saya kat sini?"
             Soal Dafika. Pelik.

"Instict aku kuat! Bak sini aiskrim tu sikit"
              Selamba Ezhar menjawab seraya merampas Aiskrim 'Cloud Bite' dari tangan Karsyad.

              Apalagi, menjerit-jerit la Karsyad bila aiskrimnya dirampas oleh Ezhar.
"Mama! Pak Cik Har ambik aiskrim Arsyad"
 
             Ezhar tak perduli, aiskrim itu digigit hingga separuh batang.

"Mama"
          Arsyad merayu lagi, geram melihat aiskrimnya yang sudah tinggal sedikit di tangan Ezhar.

"Dah lah.. Arsyad makan yang mama ni punya."
           Tak mahu mendengar Karsyad menangis, Dafika menghulurkan aiskrim miliknya yang sudah dikoyakan plastik tadi.

"Dengan budak-budak pun nak berebut,"
             Bentak Dafika lagi sambil menjeling kasar kepada Ezhar yang masih asyik menikmati aiskrim 'curinya.'

              Ezhar terus sahaja dengan aksi selambanya. Aiskrim dikunyah tanpa rasa segan.
              Rasa enak pulak makan aiskrim di 'bustop' depan sekolah rendah. Pulak tu waktu tengahari panas macam ni.
             Dulu masa dia masih bersekolah rendah, tak pernah Ezhar rasa kehidupan macam ni.
             Habis je waktu persekolahan, Pak Amit, pemandunya dah tunggu didepan pagar. Sampai je rumah, terus makan,mandi dan bersiap kembali untuk kelas tambahan yang dibayar khas untuk mengajar Ezhar.

           Huh! Penat!

"Awak datang sini, adik dengan papa awak dah balik ke?"

             Soalan Dafika mengubah angan Ezhar lantas dia menggelengkan kepala sambil terus menikmati aiskrim 'Cloud Bite'

"Awak tak tunggu diorang balik ke? Awak duduk sini, kalau diorang nampak nanti apa diorang cakap."
             Bebel Dafika lagi. sisi Ezhar dipandang namun sikit pun lelaki itu tidak menoleh kearahnya.
            Mujur Karsyad ada duduk kat tengah-tengah mereka. Kalau mereka berdua je duduk di Pondok bas ini, sah-sah menjadi buat mulut penduduk kampung.

HOPE (18SG)Where stories live. Discover now