H14

3.1K 142 2
                                    

"Arsyad, Mama kau mana?"
             Ezhar bersoal seraya matanya memandang sekeliling ruang rumah.

"Mama ikut Wan ke surau.,"

         Oh lupa, sekarang kan dah waktu mahgrib, Ezhar je yang tak pernah jejak surau. Kiblat pun dia tak tahu arah mana.

"Syad.. aku nak tanya kau, kenapa masa mula-mula dulu kau panggil aku papa?"
                Soal Ezhar lagi, tubuh dirapat mendekati anak lelaki Dafika. Atau mungkin juga anak dia. Ah! Buntu!

"Sebab mama pernah cakap, gambar yang ada dalam almari tu gambar papa Arsyad."
               Jawab Karsyad lancar, mata kembali dipamer ke kaca televisyen.

"Gambar siapa?"
                Ezhar tanya lagi, tak puas hati.

" Gambar Pak Cik Har la.."
              
           Makin berkeriut wajah petak Ezhar, rasanya sebelum ni dia pernah dengar Dafika dan Karsyad bercakap pasal gambar didalam almari.
             Jangan cakap, gambar yang Dafika simpan sama dengan gambar yang Nasir maksudkan. Gambar bogel.

"Maksud kau gambar yang mama kau simpan tu gambar aku?"
             Sekali lagi bibir Ezhar menyoal kasar.

             Karsyad mengangguk. Namun matanya masih tegak pada rancangan Fiksi Ejen Ali.

      
"Syad... tunjuk kan aku gambar tu."

              Segera Karsyad menoleh kearah Ezhar. Kepalanya digeleng.
"Taknak lah Pak Cik Har.. nanti mama marah."
              

"Aku janji lepas kau tunjuk kat aku, Aku belikan kau barang Ejen Ali."
             Ezhar cuba memancing, kotak televisyen dijeling sekejap.

              Mendengar tawaran Ezhar, Karsyad mengangguk riang. Mungkin terbayang 'IRIS glasses' yang dipakai oleh watak Ali akan menjadi miliknya.

                Mereka berdua bangun dan menujuk ke bilik Dafika.

               Kali kedua Ezhar melangkah masuk kedalam bilik ini. Dan kali ni jantungnya berdebar kencang. Dia takut melihat gambar yang bakal dijumpainya di bilik wanita ini.

"Mana mama kau letak gambar tu?"
                 Soal Ezhar tak sabar.

Karsyad menunjukan sebuah kotak didalam almari yang sudah dibukanya. Kotak itu agak tinggi dari kedudukan anak itu.

             Segera Ezhar mencapai kotak sebesar kotak kasut tersebut. Jantung terus bergerak laju.
             Takut melihat  gambar tak senonoh mereka berdua, seperti kenyataan Nasir.
.
       Tangan membuka kotak tersebut, terdapat kertas-kertas resit yang Ezhar tak pasti untuk apa.

        Ada juga beberapa keping gambar Karsyad sewaktu kecil, hinggalah jarinya mencapai sekeping gambar dia sendiri.

       Gambar itu dikeluarkan.
      

"Ni lah gambar yang mama selalu tengok, bila Arsyad tanya, mama cakap ni gambar papa Arsyad. Sama kan gambar ni dengan gambar Pak Cik Har?"
             Terang Karsyad ketika melihat gambar yang pernah dilihatnya berada ditangan Ezhar.

                Ezhar merenung gambarnya sendiri sewaktu masih berpakaian sekolah. Memang bukan gambar ni yang dia nak cari.
           Tapi kenapa Dafika menyimpan gambar dia?
           Dan kenapa juga Dafika bagi tahu Karsyad bahawa dia adalah ayah kepada anak lelaki itu?

"Apa awak buat dalam bilik saya?"

             Serentak Karsyad dan Ezhar menoleh kearah Dafika yang tiba-tiba masuk kedalam bilik.

HOPE (18SG)Where stories live. Discover now