Beberapa minggu berlalu, keadaan Ezreen sama seperti dulu. Beliau lebih banyak mendiamkan diri, serta berkurung didalam bilik.
Trauma keatas kejadian yang berlaku keatas dirinya membuatkan Ezreen menjadi depressi.
Selang sehari akan ada doktor yang datang kerumah, untuk memantau keadaannya.Ezhar hanya membiarkan adiknya bertenang sendirian. Mentelahlah masih ada perkara yang perlu diuruskan.
Selepas kejadian yang hampir meragut maruah Ezreen, Ezhar makin rancak mencari bukti untuk membawa Raykal ke tirai besi. Dendamnya kepada lelaki itu makin membuak.Harwana pula tak betah untuk membantu. Manakala Tan Sri Iskandar juga sudah sedia memasang pembantu bagi menjaga seluruh keluarganya dengan lebih ketat.
"Betul ke Mak Cik Fatimah tu nenek Raykal?"
Soal Dafika, sedang tangannya masih rancak mengosok baju suaminya.
Agak terkejut dirinya ketika Ezhar menceritakan akan Mak Cik Fatimah."Abang pasti memang MakCik Fatimah tu nenek Raykal. Masa abang jumpa dan serahkan gambar MakCik Fatimah pada Raykal, dia terkejut. Dan dia langsung tak membantah."
Jawab Ezhar panjang lebar, Nasib mereka berdua sahaja didalam bilik. Amat mudah untuk berbincang.
Mentelahlah Ezhar tak mahu menyimpan apa-apa rahsia lagi dengan isterinya.
"Abang rasa Mak Cik Fatimah terlibat sekali ke?"
Tanya Dafika sekali lagi. Namun laju Ezhar menggelengkan kepalanya."Abang tak rasa Mak Cik Fatimah terlibat, cuma abang rasa Mak Cik Fatimah tahu apa yang sebenarnya berlaku tentang kematian mak Raykal. "
Dafika mengangguk faham dengan kenyataan suaminya. Dia pun pasti Mak Cik Fatimah tak mungkin terlibat. Dafika sendiri boleh melihat cara Mak Cik Fatimah melayan seluruh isi rumah ini.
"Habis tu apa abang nak buat lepas ni?"
Soal Dafika ketika masing-masing mendiamkan diri." Abang nak bawa Mak Cik Fatimah ke pejabat Wana untuk diambil keterangan. Abang harap Mak Cik Fatimah setuju."
"Kalau Makcik Fatimah tak salah, mungkin dia akan setuju bang"
Sahut Dafika laju menyebabkan Ezhar sekali lagi mengangguk faham."Petang ni abang jumpa Wana nak bincang pasal hal ni."
Dafika mendicit sebentar, suis seterika ditutup dan kerjanya dihentikan sebelum dia memeluk tubuh.
"Abang ni.. sejak Fika bagi green light makin menjadi-jadi abang jumpa Wana kan? Kadang-kadang sampai malam baru balik. Abang lupa ke isteri abang masih hidup lagi ni?"
Hujung kata Dafika ditegaskan, bibir menjungkit tanda marah."Sayang... jangan lah cakap pasal mati. Abang tak suka dengar tau."
"Habis tu abang asyik keluar dengan Wana macam fika ni tak wujud langsung.."
"Sayang..."
Ezhar bangun dari duduknya, kaki diderap mendekati Dafika. Perlahan bahu wanita itu digengam lembut.
"Fika tahu tak, semakin kita rapat, makin abang rasa angau dengan Fika, Kalau bukan sebab abang nak uruskan kes ni. Dah tentu abang akan berkepit je dengan Fika 24 jam.""Huh! ye la tu!"
Sekali lagi Dafika juih bibir, taknak mengalah."Sayang..."
Ezhar mengemaskan gengamannya dikedua bahu Dafika, wajah petak ditunduk sedikit melihat muka cemberut si isteri. Makin comel!
"Abang janji, lepas kes ni, Abang akan berkepit je Fika. Okay?"
YOU ARE READING
HOPE (18SG)
Spiritualranked 1 #crime 02/01/2020 ranked 1 #truestory 12/02/2020 "Kau paksa aku kahwin dengan kau untuk apa? Untuk jadi pak sanggup pada anak kau?" Masih adakah harapan bagi seorang banduan bernama EZHAR IQBAL? ROMANCE/ BASED ON TRUE STORY Dia...