10 tahun dah berlalu...
Masa telah mendewasakan diri ku.Ternyata Tuhan beri Aku kekuatan untuk Aku hadapi Hari Hari seterusnya dalam hidup ku.Aku lebih menghargai Masa dengan orang yang Aku sayang.Syukur Setelah Aku tamat Sijil Peperiksaan Malaysia yang lebih dikenali sebagai SPM,aku berjaya menempatkan diri ke institut Pengajian Guru selama 5 tahun.Dalam tempoh itu aku berusaha sebaik mungkin untuk menamatkan pengajian dengan cemerlang.Cita cita menjadi pendidik telah dapat aku capai.Sudah tiga tahun lebih Aku menjadi guru di Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Damansara seksyen 7.Ibu,Maira dah berjaya capai cita cita Maira.Ibu mesti bangga dengan Maira Kan?
Setelah selesai saja perhimpunan ,Aku segera untuk ke Kelas 2 Suci.Kelas ini menempatkan kanak kanak cemerlang .Ini Kali pertama Aku mengajar mereka,selalunya Aku ditugaskan untuk mengajar kelas tahun 5 Dan 6.
"Assalamualaikum murid murid dan selamat pagi "Sapa ku sambil memerhati setiap sudut kelas ini.Cantik Dan kemas.Tersusun saja meja Dan kerusinya.
"Waalaikumussalammussalamwarahmaturwahhiwabarakatuh cikgu Dan selamat pagi cikgu" Salam Aku dijawab penuh .Biasala budak budak,diajar untuk menjawab penuh.Aku tersenyum Cara mereka menjawab Salam penuh dengan intonasi,hihi comel sangat.
"Nama cikgu,cikgu Nur humaira.Murid murid boleh panggil cikgu sebagai cikgu Maira,boleh Kan?" Papan Tulis itu Aku tulis nama ku dengan menggunakan kapur.Sekolah ini unik,untuk murid tahun 1 dan 2 sahaja harus digunakan papan Tulis dengan Kapur.Seperti Sekolah dulu dulu,kata pengetua di sini mahu menekankan tradisi lama untuk murid di sini dapat merasai Cara belajar sistem dulu.
"Boleh cikgu Maira" kata mereka diringi dengan suara yang kuat.Memang bagus.
"Cikgu akan ajarkan bahasa melayu Dan akan jadi guru kelas kamu semua,jadi banyak Masa cikgu dengan kami semua.Cikgu harap Kita boleh jadi rapat Dan dapat belajar dengan bersungguh sungguh".
"Yeah Saya suka saya suka"Terlihat kanak kanak perempuan di meja barisan belakang itu menjerit keriangan.Rambutnya diikat bertocang Dua dengan rapi.Pasti ibunya mengikatkan rambut itu.Comel sangat!Mahu saja aku mencubit pipi gebu miliknya itu.Tapi apabila mengenangkan status aku sebagai guru di sini harus aku jaga dengan sebaik mungkin.
"Baiklah,Kita mulakan dengan barisan hadapan Kanan hingga barisan Kiri hujung sekali.Beritahu dekat cikgu Maira nama penuh,Hari lahir ,nama ibu bapa dengan cita cita.Baru boleh duduk lepastu ye" kata ku dengan semangat ingin mengenali semua yang berada dalam kelas ini.
"Nama Saya Muhd Firdaus.Cita cita Saya nak jadi polis.Ha boleh lawan penjahat sambil pegang pistol.Pastu lawan tembak tembak.Nama ibu orang panggil Laila,em nama ayah hihi lupa la cikgu sebab panjang sangat" kata firdaus bersalah.Tangannya di sebelah menggarukan kepala Tanda berfikir.Habis satu kelas yang dipenuhi seramai 25 orang ini tertawa melihat firdaus.Mencuit hati sungguh budak Ni.Aku turut tertawa melihatnya.
YOU ARE READING
AKU PENDOSA [COMPLETE]☑️
Romance"Abang akan jaga Maira selamanya " "Janji ye abang?" "Ye abang janji" Satu janji,Dua insan Dibesarkan dan hidup bersama sama sejak masih kecil.Berjanji akan menjaga satu sama lain sehinggalah Adam tiba tiba sahaja meninggalkan rumah murni . "Aku ben...