Aku masih di sini.Setia di sini.
Aku tak nak tempat Adam kotor,jadi aku bersihkan sedikit.
Dia mesti happykan kalau ada sini?
Aku usap sedikit perutku yang semakin besar.Baru 3 bulan usia kandungan ku.Setiap hari aku akan ke sini ceritakan hal hal yang berlaku pada aku.Ada hari aku ceritakan tentang macam mana aku kena marah dengan pengetua sebab aku terlupa siapkan tugas.Ada hari aku ceritakan tentang Qaisara.Adam tak cakap pun mahupun membalas.
Tapi aku tau dia dengar dekat sana kan?
"Abang rasa nak namakan anak kita nama apa?Cuba teka nanti jantina anak kita apa, Maira rasa macam baby boy."
Aku usap perlahan pusara tu.Sayu, rindu pada dirinya.Tidak mampu aku ungkapkan rasa rindu ini.Disebabkan dulu Adam pernah bersuara yang pusara miliknya ingin dikuburkan di sebelah kubur ibu,akhirnya tertunai jua permintaan itu.Mesti diorang berdua happy dekat sana.Akhirnya Adam dan ibu dapat berjumpa di sana.
"Maira mari balik,hari dah nak hujan dah ni." Kata Hafizul di sebelah.Memang benar , langit agak mendung ketika ini.
Sejak Adam sudah tiada, hafizul lah sering membawaku di sini.Hafizul kata Adam meminta dirinya menjaga aku.Kerana permintaan Adam,hafizul sering melawat aku di rumah bahkan sering menjaga makan minum ku juga.
Sebelum pergi aku hadiahkan surah Al Fatihah buat dirinya dan pusara ibu.
"Nanti Maira datang lagi ye abang dan ibu.Abang dan ibu jaga diri tau,Maira balik dulu nanti Qaisara akan ke sini juga lawat abang dengan ibu."
"Jangan monyok ja kesian baby dalam perut tu.Awak ada mengidam nak beli apa apa ka saya boleh belikan?"
Hafizul bersuara setelah aku lama mendiamkan diri.Aku lebih banyak mendiamkan diri hanya bercakap bila perlu sahaja.
"Awak jangan tunggu saya,hati saya masih setia pada Adam."
Aku berikan amaran keras,memang hati aku selamanya buat Adam.
"Saya tetap akan tunggu awak.Saya akan tunggu awak Maira walaupun hati awak tetap ada Adam .Dengan permintaan arwah dan kerelaan hati saya,saya tetap akan jaga awak walaupun hanya sebagai kawan.Saya tak kisah kalau membujang sampai ke tua asalkan saya dapat jaga awak sebagaimana permintaan arwah."
Aku hanya diam membisu.Mungkin itu yang Adam bicara kan semasa di hospital.Aku tak dapat nak menjanjikan apa apa.Kerana hati aku masih teguh cintakan Adam dan selamanya dia di hati aku .
"Esok saya datang lagi nak bawakkan laksa dekat awak .Haritu saya ada dengar cik senah kata awak teringinkan laksa."
YOU ARE READING
AKU PENDOSA [COMPLETE]☑️
Romance"Abang akan jaga Maira selamanya " "Janji ye abang?" "Ye abang janji" Satu janji,Dua insan Dibesarkan dan hidup bersama sama sejak masih kecil.Berjanji akan menjaga satu sama lain sehinggalah Adam tiba tiba sahaja meninggalkan rumah murni . "Aku ben...