Aku memakai blouse hitam dan selendang merah disarungkan di kepala.Aku sudah pun memberitahu Adam yang aku akan berjumpa dengan seorang rakan.Bukan Farah namun Cikgu hafizul.Katanya ada perkara penting tentang sekolah yang mahu diberitahu.Hanya kerana hal itu aku berjumpanya.
Lalu Maira tiba dengan segera di tempat hafizul katakan iaitu di Medan makan .Maira kelihatan tercari Cari kelibat hafizul.Di sini hanya sedikit pelanggan mungkin disebabkan itu hafizul selesa untuk berjumpa di sini.Lalu kelibat hafizul dijumpai.Dia sedang tersenyum melihat Maira.Tangan dilambaikan ke arah Maira agar Maira ke situ .
"Maaf kalau saya terlambat, jalan agak sesak sikit tadi" Aku memohon maaf ,memang benar jalan agak sesak sebentar tadi.Namun dia hanya tersenyum ,terlihat lesung pipit di pipinya.
"Tak apa,Cikgu Maira tak lambat.Ni Saya dah pesan minuman fav cikgu." Lalu segelas air minuman Limau ais dihulurkan ke arah ku.Macam mana dia boleh tau ni?Mungkin selalu lihat aku memesan minuman itu di sekolah.Mungkin saja.
"Terima kasih ya Cikgu hafizul.Perkara penting apa cikgu nak beritahu tentang sekolah ya?"
"Ouh sebelum tu,tahniah Atas perkahwinan cikgu Maira ya em.Maaf Saya tak dapat hadir haritu,ada hal sikit." Hakikatnya dia menipu.Dia tidak sanggup untuk datang ke perkahwinan wanita yang dia cintai itu.Tidak dia sangka Maira tidak membalas cintanya.Sebaik mungkin dia tuturkan ucapan tahniah di hadapan wanita ini.Senyuman terpaksa diukir walaupun hatinya retak.
"Terima kasih cikgu hafizul.Saya faham keadaan cikgu."
"Sebenarnya saya.." tidak dituturkan habis ayat itu.Aku menantikan ayat seterusnya dari cikgu hafizul.lalu Sebentuk cincin perak dihiasi dengan permata dihulurkan ke arah ku.Aku tergaman .Terkedu dengan tindakan cikgu hafizul.Apa dia sudah gila?!
"Saya tahu tindakan saya salah sekarang but please terima lamaran Saya .Tinggalkan suami awak.Saya yang berhak dapatkan cinta awak bukannya dia! Suaranya ditinggikan ke arahku.Perasaan malu menyelebungi diri apabila semua melihat ke arah aku dengan dia.Sungguh aku terkejut dengan tindakan cikgu hafizul!
"Awak dah gila ka!Saya isteri orang dan awak minta Saya tinggalkan suami Saya?!CIKGU HAFIZUL,tindakan awak memang melampau .Saya hanya ke sini untuk bincangkan hal sekolah yang awak sangka tapi awak tipu saya pula!"
"Just please accept me Maira. I'm the one not him!"
"Saya tak sangka awak macam ni!" Kunci kereta diambil lalu Maira pergi meninggalkan hafizul di situ.
Hafizul kelihatan meraup rambutnya ke belakang.Serabut!itu sahaja dia rasakan.Walaupun tindakannya salah, dia hanya mencintai wanita itu.Dia akan cuba dapatkan wanita itu walau dengan cara apa sekali pun.
......
Pintu rumah ditutup.Aku telah sampai ke rumah.Mama dan papa bersama Qaisara pergi bercuti ke Langkawi .Mereka mengambil peluang ini untuk meluangkan masa bersama Qaisara tambahan pula cuti sekolah baru saja bermula.Mama pula mahu memberi peluang untuk aku bersama dengan Adam .Kata mama,biarlah aku dan Adam dapat luangkan masa bersama.Aku membuka selendang di kepala.Sakit di kepala masih lagi terasa dengan perkara yang berlaku tadi masih lagi terbayang di fikiranku.
YOU ARE READING
AKU PENDOSA [COMPLETE]☑️
Romance"Abang akan jaga Maira selamanya " "Janji ye abang?" "Ye abang janji" Satu janji,Dua insan Dibesarkan dan hidup bersama sama sejak masih kecil.Berjanji akan menjaga satu sama lain sehinggalah Adam tiba tiba sahaja meninggalkan rumah murni . "Aku ben...