Sudah tiba waktu malam dan semuanya akan terjadi sebentar lagi.
Walaupun aku agak kepenatan setelah disebat dengan tali panjang oleh Syu sebentar tadi,aku masih mampu bertahan.Benarlah sejak aku di sini,neraka ciptaan syu semakin menjadi jadi.Buktinya dia melayan aku persis seperti binatang.Tadi dia memegang kepalaku ke bawah agar makan makanan di lantai ,ye seperti anjing.Kejam bukan?Bukan itu saja,dia cuba mengotorkan aku dengan menuang air kotor iaitu air arak ke dalam mulutku.Aku diseksa secukup cukupnya.Dikelar dengan pisau tajam di bahagian pahaku.Rambutku pula dipotong pendek dan muka ku juga dihiris pisau.Katanya biar Adam jijik mahu melihat aku lagi.
Mungkin malam ini malam terakhir aku di sini dan mungkin juga malam ini terakhir buatku melihat bumi ini lagi.
Mengikut perancangan lee,dia sudah letak ubat khayal dan tidur ke dalam minuman yang dia buat.Minuman kopi yang sering diminum oleh orang upahan Syu.Tidak dilupakan juga Syu.Lee akan berpura pura menawarkan diri untuk membeli makanan kesukaan Syu.Dan makanan itu akan diletakkan ubat khayal .Setelah semuanya terlelap tidur,Lee akan membawa ku secara senyap senyap keluar dari sini.
Seperti yang dijangka lee masuk ke dalam bilik yang menempatkan aku ini.Jari diletakkan di mulut mahu aku turut tidak membuat bunyi bising.
Tali yang mengikat tangan ku turut dibuka,terasa bebas sedikit.Baju jaket yang dibawa olehnya meminta aku untuk memakainya.Tidak dilupakan , terdapat tudung sarung di tangan Lee.Entah dibawa dia ambil,aku hanya memakai dengan segera.Terasa diri ini sudah ditutupi,aku rasa syukur teramat.
"Sekarang ni semuanya line clear seperti yang dirancangkan.Akhirnya cik puan akan bebas malamni."
Mata lee memandang aku dengan agak lama dan akhirnya dia tersenyum.
"Eh maaf tenung cik puan macamtu.Saya cuma happy akhirnya cik puan akan bebas.Maafkan saya sebe.. sebelum ni,saya dah musnahkan harapan cik puan dan tuan muda." Ujarnya sedikit sebak.
"Lee,saya dah bersyukur awak bantu saya.Yang dah lepas ,saya maafkan.Lagipun awak terpaksa buat semuani."
"Saya ada bawa pistol ni just if we need it .Jom cik puan sebelum diorang tersedar."
Kini Lee di hadapan dan aku dibelakangnya.Tidak sempat tombol pintu ingin dipulas,pintu itu dibuka oleh seseorang dan dia ialah
Syu.Kami berdua segera berundur ke belakang,aku sudah cemas bagaimana perempuan ini boleh terjaga dengan agak cepat!
"Well,well well.Both of you nak pergi mana?Terkejut? Terkejut tengok aku kee?"
Aku lihat di tangan kirinya terdapat gergaji besar .Dia ketawa melihat aku dan lee yang semakin pucat.
"Kau,kau..macam mana kau?!"
YOU ARE READING
AKU PENDOSA [COMPLETE]☑️
Romance"Abang akan jaga Maira selamanya " "Janji ye abang?" "Ye abang janji" Satu janji,Dua insan Dibesarkan dan hidup bersama sama sejak masih kecil.Berjanji akan menjaga satu sama lain sehinggalah Adam tiba tiba sahaja meninggalkan rumah murni . "Aku ben...