wajah

87 9 6
                                    

"Maira betul betul nak pergi ka ni?Kita tunggu Adam balik sini dululah ,mummy dengan daddy tak sampai hati nak bagi Maira pergi ni ."

Maira menoleh ke arah ibu mentuanya, tangan yang sibuk melipat baju ke dalam beg bagasi yang hendak dibawa dihentikan segera.Bukan tidak mahu mendengar nasihat ibu mentuanya itu namun perkara itu saja mampu untuk membawa Adam kembali.

"Mama,Maira minta maaf.Bukan niat untuk melawan tapi ni ja peluang untuk abang Adam balik ke sini.Semua salah Maira,jadi biarla Maira tanggung ye ma."

Memang itu keputusan muktamad yang dibuat oleh dirinya.Esok pagi dia akan berangkat pergi bersama Lee di sisi.

Keesokkannya,seperti yang dikatakan oleh Maira dia tetap akan pergi.Lee pula sibuk mengangkat beg ke dalam bonet kereta.Wajah Qaisara serta kedua dua mentuanya dipandang silih berganti.Terasa berat untuk pergi namun itu keputusan yang terbaik.

"Mummy kena pergi?Boleh Sara nak ikut tak?"

Wajah Qaisara masam mencuka.Hujung baju Maira ditarik berkali kali ingin benar dia ikut sekali dengan si ibu.Ditundukkan sedikit badan lalu diusap rambut Qaisara.

"Sayang mummy,Sara kena stay sini dengan tok mummy tok papa okey?Nak daddy balikkan?Jadinya Sara kena stay sini,mummy akan bawa daddy balik sini."

Wajah yang muram tadi telah bertukar ceria kembali.Mungkin setelah mendengar janji si ibu yang mengatakan ayahnya itu akan pulang kembali.Sudah lama dia tidak merasa kasih sayang Adam.

"Doakan Maira ye ma dan pa"

Tangan disalam dan dikucup,entah kenapa berat sungguh untuk pergi .Terasa bagaikan sesuatu yang buruk akan terjadi sebentar lagi,namun mungkin itu sekadar firasat saja?

"Pa dan ma selalu doakan.Kalau dah sampai or anything cepat cepat call ye Maira"

Resah saja wajah dato Mansor.Maira satu satunya menantu yang dia ada, bimbang juga kalau terjadi sesuatu yang buruk.

Aku berada dalam kereta sekarang ini.Lee di hadapan ditugaskan untuk memandu.Sesekali aku akan bertanya padanya,sudah sampai atau belum?
Namun jawapan Lee sangat menghampakan.Entah kenapa perjalanan ni terasa sangat lama.

Sebentar tadi aku terlelap seketika.Aku lihat Lee masih lagi memandu.

"Lama lagi ka Lee?"soal aku ,agak pelik kenapa lama sangat nak sampai .Dekat mana pun aku tak tahu sebab Lee kata ikut saja.

Tak lama lepastu, perlahan lahan muncul rumah yang agak usang? Rumah tu kecil saja,diperbuat dari kayu dan agak terpencil kawasan dekat sini.Takkan Adam berada di sini bukan?Aku mula risau,Lee memandang aku melalui cermin kecil di hadapan yang mempamerkan aku di belakang.

"Sa...saya minta maaf cik puan ,saya terpaksa"

Entah kenapa aku rasakan sesuatu buruk akan terjadi pada aku.

"Lee,a...awak bawa saya dekat mana ni?!"

Nafas aku sudah turun naik.Apabila kereta sudah dihentikan ,aku segera ingin keluar namun semua sudah terlambat.Pintu semua sudah dikunci oleh Lee!Aku tahu ni bukan tempat yang Adam pergi.Ya Allah,tolong Aku!

Setelah itu pintu kereta dibuka,seorang lelaki segera memeluk aku .Tangan aku meronta ronta ingin dilepaskan ,kain kecil berwarna biru dipegang disebelah tangan kirinya.Walaupun lelaki ini hanya memegang aku dengan sebelah tangan kanannya tidak mampu aku melawan tubuh sasa sepertinya.Kudrat aku tidak kuat .

Sapu tangan itu ditutup ke mulut dan hidung ku.Bau yang kuat menusuk masuk ke dalam hidung aku.Perlahan lahan mata ku mulai kabur,terasa semuanya seakan gelap.

Namun sebelum aku hampir pitam akibat bau ubat ini,aku dapat melihat wajah seseorang itu..

Dia tersenyum puas ke arah aku yang hampir pitam.

Dan aku tidak sangka wajah suci itu rupanya bertopengkan

Syaitan..













Haii semua,saja buat part ni sikit sangat sangat.And again nak buat para readers tertanya tanya.Kalau yang dah tau minta jangan komen tau ehehe sebab nak tengok readers yang lain boleh teka or not

Beberapa chapter lagi akan dipublishkan dan cerita aku pendosa akan habis tak lama lagi , semoga semua orang setia menanti❤️

AKU PENDOSA [COMPLETE]☑️Where stories live. Discover now