Bukti

129 12 39
                                    

Hari ni masih saja sama .Adam keluar dari awal pagi.Aku dengan Adam?Masih tak bercakap malah Adam macam nak jauh dari aku..Aku akan cuba baca dairi tu.

Hari ini genap sebulan aku mengambil Qaisara.Cantikkan nama dia tu pun syu yang bagi.

Syu?Itu ka nama ibu Qaisara?Aku terus membacanya lagi.

Aku mahu mengambil anak ini kerana kisahnya seakan sama dengan aku

Aku semakin tidak faham.Ambil?apa ni? Wajah Maira berkerut kerut membaca ayat itu.Jadi pening dibuatnya.

Nasib Syu yang memberitahu tentang Qaisara.Jika tidak aku tidak tahu kisah anak kecil itu.Syu ini amat baik sekali sanggup berhenti mengejar cita cita lalu bekerja dengan rumah yatim indah.Katanya mahu bersama mereka mengajar erti hidup.Ma dan pa pula bersetuju aku mengambil Qaisara .Macam mana ya nanti nak bancuh susu?hahah minta cik Senah dan ma jelah ajarkan.Nanti Sara dah besar ,Sara kena panggil daddy tau.Nanti daddy akan bawa Mummy jumpa Sara❤️

Maira menutup kembali dairi itu.Dirinya semakin tidak faham.Diletakkan kembali dairi itu ke dalam kotak,tidak mahu dibaca helaian seterusnya.Dia tekad,dia mahu tahu siapa sebenarnya Syu ini kepada Adam.Jam menunjukkan angka 10 malam.Agak lama Adam keluar.Maira hanya menunggu Adam dengan sabar di dalam bilik.Penghuni lain di rumah ini sudah tidur hanya dia saja yang masih berjaga.Pintu dibuka terlihat Adam memasukki bilik ini.Dirinya agak terkejut melihat Maira yang memandangnya dengan tajam.

Eh tak tidur lagi rupanya.

Tuala diambil ingin membersihkan diri.Dia amat penat hari ini .Tidak sangka dia akan pulang lewat begini.

"Abang pergi mana?Maira call tak angkat pun?" Kening diangkat sebelah.Agak pelik melihat suaminya itu.Asyik pulang lewat sahaja kebelakangan ini.

"Telefon habis bateri"Ringkas jawapan Adam.Dia hanya mahu membersihkan diri dan merebahkan diri ke katil,tetapi Maira pula menyoalnya.

"Abang tak jawab soalan Maira yang first" Maira lantas berdiri dan kini menghadap Adam.Tangan disilangkan agak geram dengan sikap Adam sekarang ini.

"Jumpa kawan"sekali lagi ringkas jawapan yang keluar dari mulut Adam.

"Siapa syu tu?" Persoalan itu menarik perhatian Adam.Rambut perang gelap itu diraup ke belakang.Sudah masanya dia menjelaskan kepada Maira.Mesti buku diari itu dijumpai dan dibaca oleh Maira.

"Let's sit"

Suasana sepi seketika.

"Who is she?"

"Sayang baca dairi abang?" Buat pertama kali perkataan sayang dipanggil oleh Adam kepada Maira setelah agak lama mereka tidak bercakap bersama.Adam hanya mahu Maira mendapat pengajaran agar peristiwa itu tidak berulang lagi.Tetapi salahnya jua kerana melayan Maira begitu.Pasti isterinya itu rindu dengan nya.

AKU PENDOSA [COMPLETE]☑️Where stories live. Discover now