Gelas kaca yang berada di atas meja tiba tiba sahaja jatuh pecah.Datin Lia yang berada di dapur segera pergi ke ruang tamu ingin melihat punca sebenar jatuhnya gelas itu.
"Ya Allah,kau cute buat hal sungguh sampaikan gelas aku dibuatnya pecah" Beleternya ke arah kucing berwarna putih bermata biru itu.Tidak pernah kucingnya itu berbuat demikian,selalunya baik sahaja sikap kucing yang diberi mama cute itu.
Perlahan lahan dia mengambil serpihan kaca agar tidak terkena pada jari.
"Auch!"
Namun entah silap di mana,serpihan kecil kaca itu mengenai kulit jarinya.Cecair pekat berwarna merah mengalir keluar dari jari itu.Hatinya menjadi tidak enak .Entah kenapa gelas kaca yang tiba tiba saja jatuh pecah dan terkena jarinya itu mengambarkan sesuatu buruk telah berlaku.
Walaupun dirinya menafikan hal itu, tetap saja dia berasa gusar.Menantu kesayangannya itu tidak lagi menelefon dirinya semula setelah hampir 2 hari berlalu.Malahan ditelefon berulang kali tetap saja panggilan tidak terjawab.
Pantas datin Lia bangun lalu mencucikan luka di jarinya itu.Nombor Adam segera di dail,berharap kali ini Adam menyahutnya.
Sekali lagi telefon milik Adam berbunyi dan nama yang tertera tidak lain tidak bukan ialah mamanya.Mahu diangkat atau tidak menjadi persoalan buat dirinya.
Dan akhirnya diangkat jua,mungkin ada berita penting yang hendak disampaikan?
"Assalamualaikum ma" Adam memulakan perbualan.Sudah 5 hari dia tidak mendengar suara wanita itu,terasa derhaka juga kadang kala mengabaikan panggilan wanita itu namun hati yang panas harus disejukkan.
"Ya Allah Adam , angkat juga akhirnya.Kenapa tak angkat banyak kali mama call!Mana Adam sekarangni?Sudah sudahla tu Adam,jangan difikirkan sangat" Datin Lia meluahkan apa yang terbuku di hati.Agak geram dengan sikap si Adam.
"Em, don't worry ma ..Adam just fine dekat sini.Bagi Adam masa sikit lagi and then i will go home ."
"Mama nak tanya,Maira isteri kamu dia ada datang dua hari lepas?"
Air liur ditelan dengan berat.Nama Maira yang meniti di mulut mamanya membuatkan dia kaku seketika.Dan yang paling mengejutkan Maira pernah hendak datang ke kampung itu namun bayangan isterinya langsung tidak kelihatan.
"Ma..mama cakap apa ni?Maira ke sini?But Maira tak tahu Adam ada dekat mana sekarang ni." Memang itu yang benar.Maira tidak pernah tahu dia ke sini malah perkara itu hanya diketahui oleh seseorang sahaja.Seseorang yang dipercayai olehnya.
"Lee tahu Adam dekat mana dan bawa Maira pergi tempat Adam dua hari lepas.Sebabtu mama call,Maira dia tak call and tak jawab call mama.Mama risau ni Adam"
"Ya Allah,jadinya sekarang ni Maira..Maira hilang! Allahu,isteri aku!"
Tersandar lemah dirinya kini.Terasa diri bagaikan hilang semua.Dia leka,terlampau leka.Membiarkan perasaan mengawal segalanya dan akhirnya dia yang tewas.Tewas dengan kehilangan Nur Humaira.
"Adam..Adam??Mama dan papa akan buat report polis , please get home right now!"
"Baik ma,Adam..Adam akan balik sekarang."
Dia tidak boleh lemah.Jika kehilangan Maira mampu diubah,dia yang harus memulakannya.Dia pasti kehilangan Maira pastinya ada kaitan dengan Lee.
Tetapi siapakah dalang semua itu?
YOU ARE READING
AKU PENDOSA [COMPLETE]☑️
Romance"Abang akan jaga Maira selamanya " "Janji ye abang?" "Ye abang janji" Satu janji,Dua insan Dibesarkan dan hidup bersama sama sejak masih kecil.Berjanji akan menjaga satu sama lain sehinggalah Adam tiba tiba sahaja meninggalkan rumah murni . "Aku ben...