Hidayah?

102 7 2
                                    

"Cik puan,ni makanan yang saya boleh bagi..harap Cik puan makan."

Makanan yang berada di dalam plastik itu dipandang sekilas lalu oleh Maira.Tidak terasa lapar walhal sudah beberapa hari dia tidak makan.Badannya juga kelihatan agak kurus sedikit daripada sebelumnya.

"Saya boleh suapkan , please makan cik puan.Badan cik puan dah kurus sikit ni." Pandangan lee terus terjatuh ke arah pergelangan tangan Maira yang diikat belakang.Jauh di sudut hati lee ,dia juga berasa sedih melihat keadaan Maira namun dia tidak dapat berbuat apa apa.

Memang benar badan maira agak kurus sedikit dan calar balar yang berada di badannya menimbulkan perasaan bersalah pada dirinya.Akibat tubuh Maira yang agak terdedah ,Lee cepat cepat memandang ke arah lain .Isteri majikannya ini dahulunya sentiasa menjaga aurat malah tidak pernah Lee terlihat sedikitpun aurat seorang wanita di depannya ini namun lain pula hari ini.Syu telah membuka baju Maira dan tubuhnya juga terdapat luka yang banyak .

Kadang kala lee menyesal mengikuti perintah Syu itu.Tidak sangka dia akan berpaling tadah dari Adam iaitu majikannya sendiri.

"Saya nak awak tutup badan saya.Saya..saya malu badan ni terdedah dekat awak Lee." Pinta Maira dengan lemah.Hanya itu permintaan buat dirinya sekarang ini.Mahukan sehelai kain agar menutupi dirinya yang terdedah kerana baju miliknya dari awal lagi telah dibawa oleh Syu.

Dengan segera Lee bangun dari posisinya yang membongkok sebentar tadi.Dia keluar sebentar dari bilik itu dan kembali dengan sehelai selimut tebal yang terdapat di bilik Syu.Wanita kejam itu tiada di sini, entah kemana dia pergi menghilangkan diri.

Nasib saja kain selimut itu dapat menutupi badan maira .Maira memandang Lee dengan penuh makna membuatkan lee memandang ke arah lain.

"Saya tahu awak terpaksa Lee " Kata Maira dengan senyuman di bibir.

Terasa sebak di dalam dirinya.Bagaimana wanita itu dapat mengukirkan senyuman di saat dia telah mengkhianati kepercayaan yang diperoleh kepada dirinya?

"Saya..saya bersalah cik puan ,maafkan saya.Saya buat semuani em sebab dia ugut untuk cederakan ibu saya yang dekat kampung.Dia tau semua tentang saya ,saya takut sangat kalau dia betul betul bunuh amma saya.Saa saya betul betul menyesal sekarang,padahal cik puan dan tuan muda sudah baik sama saya."

"Saya tahu awak terpaksa,kalau tak macam mana awak still care dekat saya kan?Siap bagi makan lagi dekat saya,belila makanan sedap sikit ." Ujarnya dengan sedikit ketawa dan lee akhirnya tersenyum jua dengan kata kata dari Maira.Jelaslah wanita itu seorang yang kuat dalam keadaan seperti ini dia masih meletakkan kepercayaan pada dirinya memaafkan kesalahan yang dia lakukan.

"Cumanya saya,saya dah lama tak dapat solat.Saya sedih sangat bila kewajipan yang satu tu tak dapat ditunaikan."

Selama dia berada di sini,setiap waktu solat dia tidak dapat laksanakan dengan keadaan yang terikat begitu.Hanya dapat diizinkan untuk pergi ke tandas bila perlu.Sudah puas dia merayu agar dapat untuk menunaikan kewajipan itu kepada Syu namun Perempuan gila itu hanya memandangnya dengan sinis.

Walaupun berbangsa lain, Lee tahu yang isteri majikannya itu bercakap tentang soal agama.Buktinya dia sering melihat Maira dan Adam kadang kala mengerjakan solat bersama sama di ruang tamu.Ketika itu dia dijemput untuk makan bersama mereka setelah habis solat.Begitu baik layanan yang ditunjukkan oleh mereka kepada dia namun dia?Dengan senang senangnya bersetuju dengan cadangan gila oleh Syu untuk membawa Maira ke mari.

AKU PENDOSA [COMPLETE]☑️Where stories live. Discover now