Ketentuan

140 16 23
                                    

"Abang tak nak masuk dulu?"

"Hurm rasanya tak sayang lagipun dah lewat ni,kirim salam dekat Cik Leha dengan yang lain ya sayang"

"Baiklah,abang hati hati tau.Jangan lupa makan ubat kalau abang lupa Maira cubit nanti"

"Iye sayang,perintah akan dilaksanakan "

Setelah itu kereta milik Adam beransur pergi.Aku yang ingin masuk ke dalam rumah,terhenti apabila melihat Haidar yang memerhati aku dengan tajam.

"Haidar ,ke..kenapa tengok akak camtu?takutla haha" Aku sengaja ketawa cuba selindungkan rasa cuak di hati.Hakikatnya aku seram dengan tenungan Haidar .Tenungan itu cukup gambarkan yang dia tak sukakan sesuatu.

"Akak betul nak kahwin dengan lelaki tu?Tak sangka cepat akak lupa apa yang dia pernah buat dekat kita dulu " Pertanyaan tu cukup buatkan aku terkelu. Sudah boleh diteka Perkataan "lelaki"  itu ditujukan buat siapa.Haidar di hadapan aku ini bukan seperti dulu lagi.Dia sudahpun menjadi remaja disebabkan itu dia membantah sekeras kerasnya perbuatan aku untuk berkahwin dengan Adam.Aku tau dia pun terluka dengan perbuatan Adam.

"Haidar,akak tau Haidar masih marah dengan abang Adam kan.But believe me Haidar,abang Adam have his own reason .Akak macam Haidar juga dulu.Please akak merayu jangan gelar abang Adam macamtu,dia tetap abang haidar juga."

"Dia just abang angkat ja!Haidar memang takkan lupa apa dia pernah buat dulu walaupun ada alasan tersendiri. Ingat akak ,dia tak ada waktu kita perlukan dia.Jangan senang senang lupa apa di buat!" Terduduk Maira dibuatnya setelah mendengarkan jawapan Haidar.Muka diraup tanda dia buntu.Dia bagaikan tersekat di tengah tengah antara Haidar dengan Adam.

Pintu ditutup dengan kuat.Aku,aku tak tahu nak jelaskan macam mana lagi.Adam dah pesan awal awal yang dia sendiri akan beritahu Haidar cuma bukan masanya lagi.Betulka tindakan aku ni?

.....

Aku melihat diri aku di cermin ini.Tudung dibetulkan sedikit ,solekan tipis di wajah ku ini aku perhatikan.Sangat cantik tidak terlalu tebal solekannya.Nafas dilepaskan dengan berat.Gementar ,gembira semuanya ada harini.Hari di mana aku jadi miliknya yang sah.Farah di tepi sedang sibuk membetulkan layah yang ku pakai.Sebagai kawan baik,aku terharu melihat Farah.Dia juga yang paling sibuk menguruskan persiapan perkahwinan aku.

"Weih beb,tak sangka harini kau nak nikah.Hilangla kawan baik aku dibawa orang" sempat lagi dia melawak waktu aku nervous macamni.Nasib badan dapat kawan macam ni.

"Ish aku nervous ni,boleh pula kau buat lawak eh" Aku menampar bahu Farah perlahan.Sengaja cari pasal sungguh waktu macamni.

AKU PENDOSA [COMPLETE]☑️Where stories live. Discover now