Gagal

156 14 24
                                    

Hari ni hanya aku saja yang tinggal di rumah.Cik Senah dan pembantu yang lain cuti dan mengambil peluang untuk pulang ke kampung halaman.Adam dari pagi lagi sudah keluar katanya ada urusan di pejabat.Adam masih saja uruskan hal di pejabat disebabkan dia masih lagi CEO Empire Holding .

"Hua bosannya hari ni" keluh Maira .Tanpa membuang masa dia lantas bangun dari tempat tidur lalu membersihkan diri.Demam dia telah pun semakin surut.

Maira bernyanyi riang di dalam bilik air .Walaupun pernah ditegur perbuatan itu oleh cik Leha dahulu masih sahaja tidak berubah perangai yang satu itu.Satu figura telah pun dapat memasukki ke dalam rumah ini.Dia memakai hoodie berwarna hitam serta bertopeng agar dirinya tidak dikenal orang.Langkahnya sangat berhati hati .Licik sekali tindakannya .Bukan mudah untuk masuk ke sini kerana pengawasan di rumah agam ini sangat ketat.Tetapi pengawal di sini sangat mudah ditumbangkan.

Seusai sahaja membersihkan diri,Maira menyarungkan pakaian di tubuhnya.Namun setelah itu dia seakan kaku apabila mendengar bunyi gelas jatuh dari tingkat bawah.Difikirannya siapa lagi yang berada di dalam rumah ini selain dia saja.Segera dia nengunci tombol pintu biliknya dengan perlahan dan dia pantas menelefon Adam namun panggilan itu tidak dijawab.Sekali lagi dia mencuba dan akhirnya Adam menjawab.

"Ye sayang.Maaf abang lambat angkat"

"Abang,abang dah balik ka?" Suaranya sedaya upaya diperlahankan takut kalau yang di luar itu kedengaran.

"Belum sayang.Kenapa?Abang masih dekat pejabat ni." Mendengar sahaja jawapan Adam , Maira sudah mengigil ketakutan pastinya orang di luar itu pencuri ataupun perompak.

"Em sayang?Kenapa suara perlahan sangat ni?" Adam sangat risau tak pernah pernah lagi Maira cakap perlahan macam ni.Mesti ada sesuatu yang berlaku.

"Abang please balik sekarang.Maira pasti dalam rumah sekarang ni bukan Maira ja.Ada orang lain dalam ni abang.Maira takut" memang dia takut .Dia hanya keseorangan di dalam bilik dan tidak punya senjata meskipun alat yang boleh dijadikan pertahanan diri.

"Sayang,abang akan balik right now.Sayang masih dalam bilikkan?Kunci bilik tak?"

"Da..da.dah abang" terketar ketar dirinya sekarang ini.

"Sayang,dengar cakap abang.Now sayang mesti diamkan diri sebaik mungkin.Abang akan cuba sampai dekat sana dengan cepat."

"Please abang,hurry up. Maira takut sangat"

"Tunggu abang"

Aduh kalaulah aku belajar teakwando ka dulu tak adalah aku macam ni sekarang.

Figura itu masih lagi di tingkat bawah.Diperiksa dengan teliti setiap bilik yang ada di bawah ini .Dia hanya membuat kesilapan sedikit sahaja tadi sehingga menjatuhkan gelas .Dibuka bilik yang ketiga masih tiada orang.Dan setelah itu dinaikki anak tangga satu demi satu.

"Haih banyaknya bilik" terdapat satu keluhan kecil di mulutnya.Memang tidak dinafikan rumah ini mempunyai banyak bilik.

Di tingkat kedua ini mempunyai  5 bilik dan bilik Maira serta Adam adalah bilik yang ke lima iaitu hujung sekali.Kini dia berada di bilik yang ketiga.Bilik ini agak besar mungkin bilik utama .Diperiksa satu satu kalau kalau ada yang menyorok darinya.Bilik air dibuka dan masih tiada orang.Dia berhenti seketika dan melabuhkan diri di katil besar ini.Pisau di tangan masih saja dipegang rapi.Dilihat setiap penjuru bilik ini .Mesti saja ada yang bernilai di dalam ini namun bukan itu yang dia cari.

AKU PENDOSA [COMPLETE]☑️Where stories live. Discover now