"Husna tengah buat kerja Sekolah ka tu?" Soalku kepada Husna yang sedang tekun menyiapkan kerja sekolahnya di atas meja.Ditenung wajah ku ini lalu tersenyum .
"Ye kak Maira, Husna tengah buat kerja sekolah bm ni.Kena tulis karangan tentang em ibu ayah."
Lalu aku mengambil tempat disebelahnya.Aku lantas melihat buku itu,masih kosong.Tiada satu pun ayat ditulis oleh Husna.Kepala itu aku usap dengan lembut.Aku tahu pasti sukar untuk Husna menyiapkan kerja sekolah ini.Kisah Husna agak sama dengan diriku cuma Husna dihantar sendiri oleh ibu ayah kandungnya ketika berusia hanya 8 bulan.Cerita ini pun aku tau dari ibu.Kini Husna sudah besar,14 tahun sudah usia nya.
"Husna sayang,kak Maira tau Husna sedihkan nak buat karangan ni.Takpa Husna,akak Maira dengan lain ada dengan Husna.Akak harap Husna sabar dengan jalan cerita yang ditulis oleh Allah.Allah tahu Husna kuat tau.Akak Maira ,Cik leha dan yang lain ialah keluarga husna.sentiasa ada dengan Husna."
"Terima kasih akak sebab selalu ada dengan Husna dari dulu sampai sekarang" ucapnya lagi.
"Itu yang keluarga selalu buat Kan?"
"Ye kak Maira .Kalau macam tu Husna nak tulis tentang keluarga kita.Yang Husna ada akak yang berjiwa kental seorang cikgu bahasa melayu pulak tu .Lepastu Cik leha yang selalu masakkan Kita makanan sedap sedap dan selalu bercakap loghat kedah hahahah.Dan Husna juga ada Haidar dan adik adik lain." Husna kelihatan ketawa tentangnya.Husna ini sememangnya adik yang kuat.Dengan mereka ini ,aku yang lemah bisa menjadi pelindung buat mereka.
Setelah itu aku masuk ke bilik tidur.Lalu aku baringkan diri sambil melihat album gambar lama.Dibuka satu persatu album itu.Terlihat satu gambar aku,Adam dan ibu.Ibu berada di tengah sambil memegang kepala aku dan Adam.Tidak silap,ketika ini aku masih berumur 7tahun dan Adam berusia 10tahun.Jarak usia aku Dan Adam hanya tiga tahun disebabkan itu dia gelar dirinya sebagai abang buat kami semua di rumah murni.Dirinya juga digelar sebagai pelindung hanya untuk masa dulu.Dibukakan lagi helaian seterusnya dan Terlihat gambar aku dan Adam berdua.Gambar itu aku lihat dengan teliti.Gembiranya waktu ni hanya tuhan yang tahu.Aku dilihat sedang makan lolipop dan disebelah tangan memegang tangan Adam.Masih kecil lagi waktu ini.Air mata kian jatuh di dan terkena gambar itu.Sungguh aku buntu kenapa aku ditakdirkan bertemu dengan Adam?Salahkah aku membencinya?Dia pergi tinggalkan kami semua dan kini dia kembali dengan .. dengan anaknya Qaisara.Dia dah pernah berkahwin di saat aku hilang arah dan menunggu dia pulang meski hati ini berkata benci.
YOU ARE READING
AKU PENDOSA [COMPLETE]☑️
Romance"Abang akan jaga Maira selamanya " "Janji ye abang?" "Ye abang janji" Satu janji,Dua insan Dibesarkan dan hidup bersama sama sejak masih kecil.Berjanji akan menjaga satu sama lain sehinggalah Adam tiba tiba sahaja meninggalkan rumah murni . "Aku ben...