Aku masuk ke dalam bilik doctor Eric seperti yang dijadualkan.Katanya ada hal penting lagi.Pintu dibuka dan terpapar wajah doktor Eric.Aku segera menarik kerusi di hadapan lalu melabuhkan punggung.Selalunya dia memaparkan senyuman yang mesra namun kali ni agak lain.
"Kau kena fikir hal ni Adam . Jangan bawak main soal mati ." Jelas doktor Eric dengan fasih.Walaupun dia berbangsa cina,aku agak kagum dengan dia.Bukan senang nak guna bahasa melayu yang fasih lagi lagi nak handle pesakit yang degil macam aku.
"About operation tu ka?"
Aku pantas meneka.Kalau pasal operation tu memang aku naik angin,aku kalau boleh aku tak nak teruskan.Change aku untuk hidup selepastu agak tipis.
"Kau tak mahu berjuang untuk isteri kau?Keluarga kau?"
Panas hati aku mendengar ,mahu saja aku tumbuk muka dia.Mungkin dapat patahkan cermin mata dia pakai tu.
"Bukan aku tak nak .Aku cuma tau yang aku hidup tak lama.Chance untuk aku hidup lepastu tipis kan?lagi pun ada benda lain aku kena settel"
Ye kalau operation tu dibuat sekarang,aku ambil masa lama untuk pulih lepastu.Macam mana kalau musuh guna peluang tu serang Maira?Aku tak boleh accept kalau apa apa jadi dekat dia,dia isteri aku.Aku,aku tak mamu hidup tanpa dia.
Doktor Eric tenung aku macam nak makan.Dadanya turun naik mungkin sebab tak tahan layan aku.Dia tak faham sebab dia bukan berada tempat aku.
"Kau nak ulang benda lepas ka? Jangan kata aku tak tahu sejarah penyakit kau.Dekat mana kau berubat sebelum tu."
Dia mula bangun dan mencapai fail.
Cis,doktor ni main kasar.Dia tau sejarah perubatan aku."Dah lepas dah benda tu."
Aku tau doktor Eric cakap pasal tu.Aku ingat lagi tak lama lepas aku diambil oleh mama dan papa.Kami berangkat ke luar negara.Aku hanya ikutkan saja perancangan mereka.Setelah tu aku ditempatkan di satu hospital terkenal,agak lama juga aku di situ.
Macam macam rawatan aku kena lalui.Tapi masatu aku teruskan juga sebab aku berjuang untuk Maira dan yang lain.
Tapi aku dengan mama papa kena tipu.Doktor tu tipu dan dia sempat larikan diri.Doktor tu hanya menjalankan rawatan yang tak mengikuti piawaian hospital.Maksudnya dekat sini segala ubat,dos, yang disuntik dan kimoterapi yang dikenakan buat aku bukan ubat untuk penyakit aku.Akibatnya aku yang kena tanggung,semua tu buatkan penyakit aku lagi teruk.
Tindakan keras akhirnya dikenakan di hospital tu oleh papa.Habis kecoh juga masatu,siap masuk surat khabar lagi tentang kes tu dekat sana. Disebabkan tu juga aku hanya ambil ubat lepastu,dengan cara tu aku dapat hidup sampai sekarang.Sekali lagi aku buat semua tu hanya Maira.
"Aku nasihatkan kau as kawan kau dan doktor yang merawat kau ,at least kau dah berjuang untuk isteri kau ." Luah doktor Eric .Ditenung sedalamnya lelaki yang berada di hadapannya itu.Jika tidak difikirkan tentang kariernya sebagai seorang doktor,sudah lama dia memukul lelaki itu.Namun dia harus tabah melayani pesakitnya itu yang dianggap sebagai rakannya juga.
YOU ARE READING
AKU PENDOSA [COMPLETE]☑️
Romance"Abang akan jaga Maira selamanya " "Janji ye abang?" "Ye abang janji" Satu janji,Dua insan Dibesarkan dan hidup bersama sama sejak masih kecil.Berjanji akan menjaga satu sama lain sehinggalah Adam tiba tiba sahaja meninggalkan rumah murni . "Aku ben...