Lee sedang mengatur langkah untuk berjumpa dengan Syu.Mungkin setelah dibincang dengan baik akhirnya Syu akan membebaskan Maira semula?Mana tahu bukan?
"Krup... krup...krup....."
Serta merta langkah lee terhenti apabila mendengarkan bunyi sesuatu dari dalam.Dengan senyap dia mengintai ke dalam dan terlihat tubuh syu dari belakang.
"Bunyi kuat tu datang dari sini ."kata Lee secara perlahan takut juga jika didengari oleh Syu yang masih tekun menyiapkan sesuatu.Dari gayanya dia seperti sedang mengasah sesuatu.
"Aku akan kerat kerat kau Maira jadi lapan belas!HAHAHAHAHAHAHAHAHHAA."
Dari pisau yang kecil hinggalah besar semuanya disusun rapi di atas meja kayu itu.Dan dia paling tidak sabar untuk menggunakan gergaji yang baru dibelinya semata mata untuk digunakan kepada Maira.
"Then lepastu aku akan cincang kau ,daging kau aku bagi dekat anjing makan .Ops ops atau aku yang makan? HAHAHAHAH."
Dilihat sebentar gergaji yang baru sahaja diasah.'Mata' gergaji itu sudah tajam ,setajam untuk membunuh wanita yang paling dibenci olehnya.Wanita itu telah merampas lelaki pujaan hatinya,memusnahkan segala impian dia untuk hidup bersama dengan lelaki itu.
Tetapi tidak mengapa,segalanya akan berhasil.Perancangan yang bertahun lamanya itu akan berjaya juga.Dia sudah penat untuk hidup di dunia mainan yang dicipta olehnya.Sudah tiba masanya dia hidup di dunia relaiti bersama Adam.
Hari esok dia akan memulakan rancangan hebatnya itu.
"Esok kau akan mampos dari sini Maira."
Diletakkan hujung gergaji pada ibu jarinya hingga terkena kulit itu.Dia hanya ketawa puas,memang benar gergaji itu sudah cukup tajam.Cecair merah yang keluar dijilat dengan segera,tidak sakit tetapi berasa senang dengan perbuatannya itu.
Lee yang curi curi mendengar segala melangkah pergi,terbatal niatnya sebentar tadi.Memang benar wanita itu sudah gila!
Jika hari esok yang dimaksudkan oleh Syu,maka dia harus berbuat sesuatu oleh dirinya.Dia tidak akan sesekali mengulangi kesalahannya buat kali yang kedua.
Pergelangan tangan aku masih lagi diikat dengan kuat.Aku rasa merah dah tangan ni sebab dah lama kena ikat.Kadang kala rasa gatal yang teramat mungkin sebab gali yang dipakai agak lama?
Entahlah.Aku dah rasa macam nak give up,mana Adam?Agak agak diorang tahu tak aku dekat sini?Maira rindu nak balik,nak peluk diorang semua.Baru aku tahu perit nya sebuah perpisahan itu.Dekat sini juga mengajar untuk aku menghargai kewujudan orang yang pernah wujud dalam hidup aku.Kebebasan aku juga disekat.Entah kenapa ingatan ku terus teringatkan saudara kia di bumi palestin dan Syria.Di mana kebebasan mereka disekat sepenuhnya walaupun berada di rumah tetap juga terasa tidak bebas.Allahu,selamatkan mereka wahai tuhan.
Patutkah aku menyerah kalah?Haruskah aku berjuang untuk mereka?Masihkah ada harapan yang tersisa?
"Kau ni cantik juga.Putih molek ja aku tengok kau tau." Sejak aku mendengar suaranya aku yakin lelaki ini lelaki yang sama semasa berlaku pecah rumah dahulu.Dia digelar sebagai Husin botak.Mungkin kerana kepalanya yang tiada rambut itu digelar seperti itu dan dia merupakan salah satu orang bawah Syu.Dijilat hujung bibirnya dengan lidah sambil melihatku atas bawah.Agak seram pandangan itu.Dia yang baru saja memasukki bilik ini mula bergerak selangkah demi selangkah ke mari.
YOU ARE READING
AKU PENDOSA [COMPLETE]☑️
Romance"Abang akan jaga Maira selamanya " "Janji ye abang?" "Ye abang janji" Satu janji,Dua insan Dibesarkan dan hidup bersama sama sejak masih kecil.Berjanji akan menjaga satu sama lain sehinggalah Adam tiba tiba sahaja meninggalkan rumah murni . "Aku ben...