"Abang, Maira sedihla tengok Sara tadi.Tak apa ka tinggalkan dia?" Dilontarkan soalan itu ke arah Adam yang masih tekun memandu.Dirinya masih saja tidak melupakan hal tadi.Qiasara tiba tiba menangis teresak esak walhal semalam dia sudah berjanji tidak akan menangis .Lagi berat hati Maira meninggalkan Qaisara seperti itu namun digagahkan jua untuk pergi.
"Kan ada ma dengan pa boleh jaga.Kita pergi pun bukan lama sayang,nanti kita belikan gift untuk Sara okey?" Kepala ditoleh melihat ke arah Maira.Maira hanya melemparkan pandangan ke arah tingkap.Tahulah Adam isterinya masih lagi risau tentang Qaisara.Setelah mengetahui tentang diri Qaisara,Maira sedikit pun tidak menunjukkan perubahan melayani Qaisara.Qaisara tetap dilayan penuh kasih sayang bagaikan seperti anak mereka sendiri.
Setelah memandu selama 4 jam 12 minit dari Kuala Lumpur ke Negeri Terengganu,akhirnya mereka tiba di destinasi.Perjalanan mereka sedikit pun tidak bosan kerana dipenuhi dengan gelak ketawa bercerita tentang kisah dahulu.Kadang kala Adam hanya mendengar membiarkan si isteri yang banyak bercerita.Kini mereka berada di salah satu hotel terkemuka bertaraf lima bintang .
The Kasturi Resort Cherating menjadi pilihan Adam untuk ke sini.Walaupun harga mencecah beratus ringgit untuk satu malam tidak menjadi masalah buat Adam Haykal iaitu CEO Empire Holding.Resort yang dipilih Adam jauh dari bandar dan agak unik binaannya.Segala beg pakaian Adam dan Maira diangkat oleh' bodyguard' yang dibawa bercuti ke sini.Ye Adam haykal sudah cukup serik dengan peristiwa yang pernah berlaku terhadap Maira.Disebabkan itu dia terpaksa membawa pengawal peribadi itu ke mari walaupun agak tidak selesa buat dirinya serta Maira.Tapi demi keselamatan Maira ,dia harus berbuat begitu.
Aku terus terpana melihat resort di sini, sangat cantik!Mesti mahal dekat sini tapi kata Adam biarlah mahal asalkan selesa.Kadang aku rasa statement tu tak kena pun ,bagi aku biar murah asalkan selesa.Aku mengikut langkah Adam masuk ke dalam resort tu .Rupanya Adam dah tempah awal resort ni nampak sangat Adam dah rancang awalkan . Bodyguard Adam ikut sekali takut kalau terjadi apa apa.Aku hanya mengikut saja walaupun kadang tak selesa,yelah siapa ja selesa kan kalau pergi honeymoon ada orang lain ikut?Sekali lagi aku terpana dengan susun atur dalam resort ni,cantik sangat! One more thing dekat dengan pantai tau.
"So how sayang?Cantik?" Cermin Mata hitam ditanggalkan lalu diletakkan di atas meja.Menjadi lumrah buat Adam Haykal mengenakan cermin mata itu.Tali leher dilonggarkan,butang baju kemeja dibuka memperlihatkan tubuh sasa Adam itu.Mesti pelikkan kenapa Adam pakai macamtu?Sekali lagi prinsip Adam selalu mengenakan pakaian kemas walaupun tidak ke pejabat.Penampilan harus diutamakan buat pemegang Empire Holding ini.
"Everything okey abang." Langsir diselak membenarkan cahaya petang memasukki ruang.
"Thanks abang,semua ni dah cukup sangat. Maira tak pernah sangka Maira dapat ke sini dengan abang"
"Everything for my angel " pipi gebu Maira dipegang sejenak.Terasa indah belaka apabila wanita itu berasa gembira.
.
.
.
.Maira masih lagi melihat dirinya di cermin,dibetulkan sekejap shawl yang dipakai agar kelihatan cantik.Dia mengenakan baju labuh muslimah berwarna hijau.Itulah Nur humaira yang sangat menjaga auratnya.Dari kecil dia diajar begitu.Adam di sisi telah pun siap cuma rambutnya dirapikan sedikit.Hari ni dia mengenakan baju yang agak casual dari biasa namun tetap saja kelihatan kemas.Jam disarung ke tangan dan cermin mata hitam diambil.
YOU ARE READING
AKU PENDOSA [COMPLETE]☑️
Romance"Abang akan jaga Maira selamanya " "Janji ye abang?" "Ye abang janji" Satu janji,Dua insan Dibesarkan dan hidup bersama sama sejak masih kecil.Berjanji akan menjaga satu sama lain sehinggalah Adam tiba tiba sahaja meninggalkan rumah murni . "Aku ben...