Kenyataan

94 11 19
                                    

Makanan di hadapan sedikit pun tidak aku jamah.Aku masih lagi setia menunggu Adam.Keadaan dekat kedai ni agak lenggang,mungkin kerana pelanggan hanya sedikit.Sebolehnya aku nak cepat balik rindu dekat Sara sangat sangat tapi Adam kata biarlah perut diisi dulu.

Agak lama Adam ke bilik air.Mungkin sebab bilik air tu jauh sikit sebab tu lama ?Aku segera mengeluarkan telefon bimbit dari beg tangan.Ada notification WhatsApp dari Farah,lantas aku buka.

Farah
Beb!beli dok baju kelawar dekat aku?

Belilah.Ingatkan nak rindu dekat aku,hampeh punya kawan erk.

Si Farah ni tak habis habis baju kelawar dia.Nasib aku belikan nanti tak pasal pasal kena bising.

Pandangan aku tiba tiba terarah pada dua figura yang agak tak jauh dari aku.Ouh rupanya tu Adam dan disebelah dia perempuan bertudung labuh?Siapa?Aku tak nampak sebab perempuan tu membelakangi Adam.Tak lama lepastu Adam dan dia menuju ke sini.Aku lantas berdiri tidak manis rasanya jika aku masih buat tak endah sahaja.

Adam segera menghampiri aku,pinggang aku pula dirangkul kemas.Salam dihulurkan buat dia dan disambut dengan mesra.

"Sayang, perkenalkan itu Syu. ini bidadari saya Nur Humaira."

Aku beralih muka kepada Adam .Syu?Siapa Syu?

"Cantik,tak sangka saya yang awak dah kahwin dengan wanita secantik ni Adam"

Aku hanya menghadiahkan senyuman .Tapi jauh dari sudut hati aku merasakan wanita ini menyimpan perasaan dekat Adam.Entah,mungkin perasaan aku saja?

"Untung awak Maira dapat Adam.Adam jaga isteri awak yang cantik ni elok elok tau kalau Adam buat sesuatu beritahu saya Maira" Syu cuba beramah mesra dengan aku,aku hanya ketawa mendengarkannya.Mungkin semua tu sangkaan aku ja,aku tengok Syu ni baik takkanlah dia ada niat burukkan.

"Baiklah nanti saya gitau awak.Ha abang dengar tu" kata aku seraya memegang bahu Adam .

"Amboi,dah jumpa geng lupa laki ye.Tapi tak sangkakan Syu kita boleh jumpa sini,kecil betul dunia ni kan.Qaisara pula tak ikut kalau tak boleh awak jumpa dia."

"Betul,dah lama tak jumpa since saya serahkan Sara dekat awak.lepastu kita lost contact kan?Rindu saya dekat dia,mesti dah besarkan." Minuman dihadapan diteguk,mungkin mahu menghilangkan haus di tekak.Aku hanya mendengarkan butir perbualan mereka,rasa disisihkan pun ada.Ramahnya Adam dengan dia,hurm.

Agak lama mereka berbual,Syu tiba tiba saja meminta izin untuk beredar.

"Saya pergi dulu ye ni pun singgah dengan kawan.Lupa pula nanti kena bebel dengan kawan yang lama tunggu dalam kereta.Maira , Adam saya pergi dulu ya."

AKU PENDOSA [COMPLETE]☑️Where stories live. Discover now