"Lee,aku..aku tahu dia ada kena mengena dengan semuani.Cumanya aku tak sangka yang dia hancurkan kepercayaan yang aku bagi dekat dia.." Genggaman buku lima digenggam dengan erat,rasa kecewa berbaur geram semuanya bercampur aduk.
Siapa sangka seseorang yang dia beri sepenuhnya kepercayaan,hancur begitu saja.Malah lee juga sudah dianggap seperti keluarga oleh Adam meskipun hanya bergelar sebagai majikan dan pekerja.
Inspektor Daniel hanya mendengar dengan teliti.Dia yang ditugaskan untuk mengendali kes Adam semenjak kejadian pecah masuk rumah dahulu agak terkejut apabila dikhabarkan yang isteri Adam kini sudah hilang .Yang pastinya ada kena mengena dengan pengawal peribadi sahabatnya itu yang akhirnya dilihat membawa Maira mencari Adam .Tidak disangka bahawa kes itu menjadi semakin berat dengan misteri kehilangan Maira.
Dia menyangka musuh itu tidak akan berani melakukan tindakan yang seterusnya setelah beberapa kali gagal mendapatkan serta mencederakan Maira.Namun manusia yang digelar sebagai musuh itu sudah memulakan langkah seterusnya.
"Siapa yang kau rasa terlibat dalam kes ni selain lee?"Tanya Daniel dengan nada tegas.Entah kenapa persoalan itu tiba tiba sahaja bermain di mindannya.
"Dan aku rasa,Lee hanya orang yang digunakan oleh musuh kau tu saja Adam ."Sambungnya lagi.
Adam melihat ke arah Daniel dengan pandangan mata yang sukar ditaksirkan.Otaknya ligat memikirkan siapa yang patut dijadikan suspek untuk kes ni.
"Hafizul .Aku..aku rasa dia ada kena mengena semuani juga." Nama hafizul meniti di mulut Adam.Malah peristiwa di mana kes Maira tiba tiba saja pitam di sekolah tempoh hari tidak dapat dilupakan.
"Kau pasti?Kenapa kau kata dia suspek utama dalam kes ni?Apa bukti kau?"
Keluhan dilemparkan sebelum Adam meneruskan kata kata.Dia tahu Daniel hanya ingin membantu namun kenangan yang satu itu amat perit untuk diingati.
"Aku tak boleh kata kalau dia suspek utama.Beberapa hari lepas, aku syak dia yang buat isteri aku pitam dekat sekolah.Doktor peribadi aku cakap ubat khayal dan tidur yang buat dia macamtu.Entah kenapa aku rasa dia yang buat,mungkin sebab hafizul tu ada menaruh perasaan dekat isteri aku ."
Daniel mendengar sambil menongkat dagu,matanya merenung tepat ke arah Adam.
"Bukti kau tak jelas untuk tuduh dia macamtu beb.Tapi kalau kau kata dia saja kemungkinan terlibat dalam kes ni.Kita kena cari dia soal siasat dia."
Duit bernilai rm20 diletakkan di atas meja sebelum mereka pergi.Pertemuan mereka hanya di kedai makan tepi jalan untuk membincangkan kes itu.Namun identiti Daniel tetap dijaga rapi dengan mengenakan topi berwarna putih serta jaket hitam .Sebelum melangkah pergi,Daniel sempat menutup wajahnya dengan "mask hitam" agar tidak dikenal pasti oleh manusia yang lain.Seperti Daniel, Adam juga mengenakan mask seperti itu.
Langkah berhati hati harus diambil mulai sekarang,manakan tidaknya bimbang jika musuh berada berhampiran mereka berdua.
Adam sudah selamat tiba di rumah setelah baru sahaja pergi ke rumah murni.Dia tersandar lemah di kerusi kayu yang berada di biliknya.Sejak akhir akhir ini,kesihatan dirinya jugak turut terjejas .Kerap kali juga dia dimarahi oleh doktor Eric kerana gagal menghadirkan diri di hospital.Mujur doktor itu juga memahami keadaan Adam.
YOU ARE READING
AKU PENDOSA [COMPLETE]☑️
Romance"Abang akan jaga Maira selamanya " "Janji ye abang?" "Ye abang janji" Satu janji,Dua insan Dibesarkan dan hidup bersama sama sejak masih kecil.Berjanji akan menjaga satu sama lain sehinggalah Adam tiba tiba sahaja meninggalkan rumah murni . "Aku ben...