Cerita

100 11 1
                                    

"jangan kau cancel pula projek tu dengan aku .Kita ni kawan lama dah ,janji tetap janji"

Dia bercakap agak lama di corong telefon.Dia hanya mahu lelaki tua itu tidak memungkiri janji.Projek yang akan dijalankan itu hampir men cecah berjuta ringgit dan rakannya itu merupakan pelabur utama Syarikat miliknya.

Bibir mengukir senyuman.Dia tahu projek itu akan berjaya .Projek di mana penubuhan Hotel terkemuka di Kuala Lumpur dari Dato Mansor.

Sejak akhir akhir ini dia kerap kali mengalami sakit kepala.Diurut perlahan agar dapat kurangkan sedikit sakit itu.

"Kau jaga budak ni,aku...aku tak  dapat nak jaga dan aku tak mahu tahu lagi pasal dia " Kata lelaki yang berumur dalam lingkungan 30an itu.Dirinya masa itu agak tidak terurus,rambut yang semakin memanjang dibiarkan begitu tidak ingin dipotong.Baju yang dipakai agak lusuh kotoran dek kerana lepas makan dibiarkan begitu saja.

Dipandang wajah abangnya itu dengan tajam.Tergamak lelaki itu berkata begitu sekali lagi.Arwah kakak iparnya baru saja dikebumikan,kubur pun masih merah kata orang.Berani benar abangnya itu,apa dia sudah gila?

"Abang,ijah tau kita ni hidup sebatang kara lepas ja arwah jbu ayah dah tak ada.Tapi takkan abang tergamak cakap macamtu!" Nada khadijah ditinggikan kepada abangnya.Geram dengan sikap si abang,di manakah sifat kebapaan dalam diri dia?

Mereka sememangnya hidup bagaikan kais pagi makan pagi kais petang makan petang.Mereka membesar di rumah kayu ini yang menunggu masa mahu runtuh saja.Ditambah dugaan lagi kedua ibu bapa mereka meninggal akibat langgar lari.Itu pun masa ibu dan ayah mereka mencari sesuap nasi buat mereka,orang yang bersalah pula sudah pun menanggung akibat.

"Ni ja caranya ijah.Aku dah malas nak jaga budak tu.Tapi kalau kau  pun macam aku hantar ja rumah anak yatim." Selamba saja Iskandar berkata.Dirinya tidak menginginkan zuriat itu.Dia dan Siti sememangnya berkahwin hanya kerana mereka sudah terlanjur.Bagi menutup aib keluarga mereka disatukan.

"Kalau kak siti hidup lagi,dia akan jaga Adam tu!Kak siti tu sayang Adam macam nyawa dia takkan abang tak ada sikit pun rasa sayang?!" Sebak semakin menyelebungi diri.Memang benar jika kakak iparnya masih hidup,mereka berdualah yang akan bersama sama membesarkan Adam.Abangnya itu lebih suka keluar pagi dan balik pada lewat malam.Tidak mahu bekerja lebih menghabiskan duit siti hasil dari menjahit baju.Arwah sememangnya pandai mencari rezeki.Namun tuhan lebih sayangkan Siti ,Siti meninggal akibat demam yang berlarutan.Ada yang mengatakan itu demam biasa ,ada juga desas desus mengatakan siti meninggal disantau orang.

"Aku tak kisah ah!Lantak ah nak jadi apa pun.Aku tak pernah sayang budak tu.Siti dulu aku suruh gugur dia degil!Tengok kita yang kena hadap sekarang ni! Diambil segera beg pakaian dan disumbatkan segala pakaian miliknya segera.Dia mahu beredar dari rumah usang itu.Biar adiknya saja jaga.

"Abang!Kau memang tergamak ,kau tak ada hati perut langsung!Aku jamin kau akan menyesal nanti!Kau akan tanggung semua ni iskandar!"

Langkah dilajukan ,tidak dihiraukan kata kata itu.Yang penting dia mahu keluar dari rumah itu dan mulakan hidup baru.

"Allahuakbar!"

AKU PENDOSA [COMPLETE]☑️Where stories live. Discover now