Melindungi

112 10 8
                                    

Sara memimpin tangan aku dengan segera ke padang sekolah,kadang kadang aku hampir nak jatuh bila tak dapat nak kawal keseimbangan badan aku.Adam sebentar lagi dia kata akan sampai .Aku toleh ke kanan dan kiri,sudah banyak yang berkumpul di sini.

Ouh lupa nak beritahu,hari ni hari sukan untuk sekolah ni.Yang paling best sebab aku ada sertai acara dengan Sara tau.Aku mengenakan baju labuh sukan berwarna merah dan Sara berikat dua tocang mengenakan baju berlengan pendek sukan sekolah berwarna merah juga.Kami dua sama rumah sukan jadi semestinya rumah sukan merah akan menang.

"Sekejap lagi,Kita akan mulakan acara.Diminta para guru serta ibu bapa segera berkumpul di sini"  kata cikgu Saiful dengan kuat menggunakan pembesar suara.Cikgu Saiful tu yang bermisai tebal tu macam wak doyok pun ada juga.

"Mummy,Sara kumpul dekat barisan kelas Sara dulu tau"kata Sara lalu mengoncangkan tangan aku.Mungkin sebab aku sibuk memerhati keadaan sekeliling.Aku hanya anggukkan saja lalu Sara segera pergi.

Aku segera berdiri bersama guru guru yang lain di hadapan barisan murid murid.Farah kena tugas di bahagian makanan sebabtu dia tak ada di barisan ni.

Aku tengok perlahan lahan ke kiri , cikgu hafizul perlahan lahan datang menuju ke arah aku.Lalu berdiri di sebelah aku.

"Janganla jeling macamtu cikgu maira,takut saya ha"  diurutkan dada tanda takut.Namun aku hanya kembali diam sahaja,kalau cakap lebih dia memang tak dengar.

"Saya nak tegaskan di sini bahawa para pelajar mahupun ibubapa harus mengikuti peraturan yang disediakan.Jangan buang sampah merata rata di sini....." Cikgu salmiah memulakan ucapannya sebagai pengetua di sini.Aku menguap kecil agak bosan mendengar,mungkin murid murid di sini pun sama.

"Cikgu miah ni lama betulkan cakap ,Saya pun bosan dengar" Mungkin dia ternampak aku menguap tadi jadi dia cepat cepat kata macamtu.

"Em ya tula" ringkas aku menjawab.Senyuman terpaksa aku ukirkan,entahlah aku tak selesa bila hafizul ni di sebelah.Semakin lama makin dekat.Berdebar aku dibuatnya kalau Adam nampak,takut jadi lain nanti.

"Baiklah Saya tamatkan ucapan saya di sini .Sekejap lagi acara larian 100 meter,diminta para peserta bersedia" Tamat saja ucapan tu aku mengeluh lega.Murid murid yang dalam lingkungan umur 10 tahun ke atas sudah mula bersorak,seronok lah sebab dah tamat juga ucapan yang 'sekejap' sangat tu..

Baru saja aku ingin beredar dari situ,lengan aku dipaut serta merta.Aku segera menoleh mahu ja aku tampar muka si hafizul ni.

AKU PENDOSA [COMPLETE]☑️Where stories live. Discover now