"Bila lagi abang nak bagitau dekat Adam?Lia dah tak tahan dengan semua ni bang?Kita hidup dengan dosa selamani abang,tipu dia !He deserve to know the truth!"
"Takkan nak tunggu Adam dah tak ada baru abang nak menyesal!"
Masih tergiang-giang di telinganya apabila Datin Lia tiba tiba saja meluahkan hal itu.Rambut diramaskan sepuas hati.Kusut!Dia tersandar letih di kerusi empuk itu.Segala kertas kerja mahupun kertas kertas lain di hadapannya tidak lagi disentuh .Seingatnya dia dapat melakukan semua kerja itu dengan sempurna hari ini namun sangkaannya itu silap sekali.Keluhan dilemparkan sekali lagi,sungguh dia takut untuk memberitahu rahsia yang dipendam bertahun lamanya.
Satu satunya rahsia yang dirinya serta isterinya sahaja mengetahui hal itu.
"Aku takut kalau Adam tak boleh terima masa lalu .Masatu aku jahil ya allah!" Serta merta telapak tangan diraup ke wajahnya.Tersedu sedu dia menangis kesal dengan sikapnya dahulu .Bagaimana Adam mahu menerima kebenaran itu?
Kebenaran yang
Satu itu.
.
.
.
"Sayang masak apatu?" Diajukan pertanyaan buat isteri tercinta .Pinggang Maira dirangkul kemas oleh Adam.Saja mahu mengusik bidadarinya itu.Hampir saja senduk yang dipegang oleh Maira jatuh ke lantai, terkejut dengan sikap suami.
"Aba..abang,terkejut Maira" Tergagap gagap Maira berkata.Hampir luruh jantung dibuatnya melihat aksi tak berbayar ini.Sudah gila ka suaminya itu?
"Abang,lepasla nanti mama dengan papa nampak macam mana?" Disoal lagi kepada Adam.Takut juga jika ibu bapa mentuanya terkejut melihat mereka begini.Sungguh dekat dirinya dengan Adam sekarang ini hinggakan nafas Adam terasa di pipi miliknya.
"Papa dekat pejabat,mama jumpa kawan kejap bawa Sara.So don't worry just both of us at here" Adam tidak sedikit pun menunjukkan dia mahu melepaskan Maira.Entah kenapa dirinya rindu kepada maira walhal mereka tidak pernah pun berenggang sejak berkahwin ini.Lagi pula waktu sebegini tidak boleh dilepaskan ,waktu di mana hanya mereka berdua di rumah ini.
"Em masak makanan fav abang.Kan Cik Senah tak ada,sebabtu Maira try buat entahla pahit ka masam or tawar " Maira bertungkus lumus memasak makanan kesukaan Adam itu.Tidak berubah sedikit pun citarasa Adam.Ketam masak lemak cili api merupakan satu satunya makanan kegemaran Adam hingga sekarang.Walaupun mungkin tidak sama dengan masakkan ibu namun Maira tetap mencuba yang terbaik.Nasib saja dia masih ingat resepi ibu yang sempat diturunkan kepadanya.
"Patutla bau sedap.Mesti sama macam ibu masak." Sungguh dia rindu ,rindu pada ibu.Rindu pada orang yang tiada itu sakit,perit sungguh perit.Jika kau tau sakit itu bagaimana mesti kau faham bukan?
Makanan dihidangkan ke atas meja dengan bantuan Adam.Pinggan disusun rapi di atas meja.Selesai bacaan doa yang dibaca oleh Adam,nasi disuapkan ke dalam mulut masing . Keadaan sepi seketika apabila mereka berdua kusyuk menjamah makanan di hadapan mereka.
YOU ARE READING
AKU PENDOSA [COMPLETE]☑️
Romance"Abang akan jaga Maira selamanya " "Janji ye abang?" "Ye abang janji" Satu janji,Dua insan Dibesarkan dan hidup bersama sama sejak masih kecil.Berjanji akan menjaga satu sama lain sehinggalah Adam tiba tiba sahaja meninggalkan rumah murni . "Aku ben...