"Daddy memang tak nak balik ke mummy?" Soal Qaisara dengan penuh harapan.Selimut ditarik sedikit bagi menutupi badan ,anak patung beruang bersaiz sepertinya dipeluk dengan rapat.Anak kecil itu sudah bersedia untuk tidur namun soalan itu diajukan kepada Maira.Qaisara masih tidak faham kenapa daddy nya masih tidak pulang setelah hampir 3 hari berlalu.
Maira menahan sebak,dia sebolehnya tidak mahu Qaisara melihat air matanya jatuh ketika itu.Diusap lembut rambut anak itu.Memang benar setelah peristiwa yang berlaku tiga hari lepas, Adam terus menghilangkan diri.
Entah di mana suaminya itu berada sekarang ini.Bukan tidak dicari kelibat Adam,sudah dicari merata tempat yang Maira tahu.Dari ke pejabat Adam sudah dicari dan rumah murni juga sudah di pergi namun hampa masih tiada juga kelibat Adam.
"Mummy yang salah Sara,semua salah mummy Sara.Mummy punca daddy hilangkan diri ."
Luahan Maira dengan secara tiba tiba.Dia akui semua berpunca darinya,mudah mempercayai orang luar lebih dari suaminya.Dia yang salah dan disebabkan dirinya juga dia hilang Adam buat kali kedua.
"Mummy kena kuat tau,Sara kan ada"
"Ye mummy akan cuba kuat demi Sara.Sara tidur ye dah lewat ni sayang " kucupan diberi di atas dahi anak kecil itu.Sekurang kurangnya Sara masih di sisi memberi kekuatan buat dirinya,itu sudah cukup saat ini.Lampu ditutup dan perlahan lahan Maira keluar dari bilik Qaisara.
Maira memasukki bilik Adam dan dirinya.Selagi lagi dia menangis sekuat hati hanya tuhan yang tahu pilu hatinya masa itu.
"Aku tak kuat tuhan,aku lemah sesungguhnya aku sangat lemah" Baju Adam diambil dari almari milik Adam,lalu dipeluk dengan rapat. DiaTidak mahu dilepaskan baju itu,sekurang kurangnya dapat mengubat rindu yang ditanggung.
Sebuah kitab al Quran yang terletak kemas di atas meja menarik perhatian Maira.Al Quran itu ialah hadiah pemberian dari Adam kepada dirinya semasa akad nikah mereka dahulu.
Maira lalu bangun memasukki bilik air ,waktu ini amat sesuai untuk dirinya mengadu kesedihan buat Penciptanya.Air wuduk mengalir di celah celah jari jemarinya,diambil dengan penuh kusyuk ketika itu
Solat tahajud ditunaikan dengan tenang, bacaan surah lazim dibacakan dengan fasih di setiap rakaat solatnya.Lalu al Quran diambil dan dibaca dengan merdu dan setiap maksud disebalik ayat dierti dengan sebaik mungkin.
Surah Al Mujaadila menjadi pilihan maira untuk dibaca pada malam itu.
Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenan) aduan perempuan yang bersoal jawab denganmu (wahai Muhammad) mengenai suaminya, sambil ia berdoa merayu kepada Allah (mengenai perkara yang menyusahkannya), sedang Allah sedia mendengar perbincangan kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat
Maksud ayat pertama dari surah itu betul betul tepat mengenai dirinya pada ketika ini.Setelah selesai dibaca surah itu,kitab al Quran itu ditutup Lalu dicium berulang kali.Ya Allah,aku berdoa kepadamu ya Allah,pulangkanlah kembali suamiku itu kepada pangkuanku.Aku berdosa padanya ,aku isteri yang derhaka ya Allah .Aku betul betul rindu padanya,berikanlah aku petunjuk di mana dia berada ya Allah.Sesungguhnya kau Maha mendengar,maka kau kabulkan doa dari seorang pendosa ini ya Allah.
Diaminkan doa itu berulang kali berharap tuhan akan mengabulkannya.Lalu telekung berwarna putih itu ditanggalkan dan diletak dengan kemas.Maira membaringkan diri ingin melelapkan mata,sekali lagi dia tidur tanpa Adam di sisinya untuk malam yang ketiga.
YOU ARE READING
AKU PENDOSA [COMPLETE]☑️
Romance"Abang akan jaga Maira selamanya " "Janji ye abang?" "Ye abang janji" Satu janji,Dua insan Dibesarkan dan hidup bersama sama sejak masih kecil.Berjanji akan menjaga satu sama lain sehinggalah Adam tiba tiba sahaja meninggalkan rumah murni . "Aku ben...