Aku dah tahu semuanya semalam.Bila aku bangun dari tidur ,semuanya sudah di sini termasuk kak dijah dan bang seman.Pada mulanya aku terkejut bagaimana mereka bisa di sini padahal aku tidak sempat memaklumkan kepada mereka.
Siapa sangka lelaki yang dianggap sebagai ayah angkat ku sebenarnya ialah ayah kandungku yang sebenar dan pertemuan ku dengan kak dijah juga bukan pertemuan biasa.
Semuanya sudah dijelaskan.Siapa sangka akhirnya aku memaafkan perbuatan mereka.Memang benar pada mulanya aku tidak dapat menerima kenyataan itu tapi siapa aku untuk tidak memaafkan kekhilafan diri mereka walaupun agak perit untuk dimaafkan.Masa aku sudah suntuk tiada gunanya jika aku masih berdendam.
Dalam diam aku bersyukur.Rupanya tuhan telah lama berikan aku rasa kasih sayang dari seorang ayah kandungku.
Aku peluk dengan kuat wanita yang ku gelar mama ini.Walaupun dia hanya ibu angkat ku,sebenarnya dia juga selamani menjaga aku tanpa sedikitpun mengeluh.Aku cium aku salam wanita ini dengan penuh rasa sayang.
"Halalkan makan minum Adam ma.Adam maafkan mama ,ma dah banyak berkorban dekat Adam selamani.Adam sayangkan mama."
"Mama bersyukur Adam maafkan mama .Mama dah halalkan semuanya dan mama dah anggap Adam macam anak mama sendiri.Mama sayangkan Adam sangat sangat."
Setelah itu tangan lelaki ini aku cium.Agak lama sedikit.Walaupun dulunya dia membuang aku tapi dia juga yang menjaga aku beberapa tahun lamanya ini.Agak sebak, rupanya ini ayah kandungku yang sebenar.Patut saja mukanya dengan muka ku ada irasnya.
"Papa banyak berdosa dengan Adam dan arwah kandung ibu adam.Banyak sangat.Maafkan papa Adam.Papa jahil dulu ,papa leka dengan tanggungjawab papa.Tapi takdir tuhan,papa dapat menjaga Adam cumanya baru hari ni dapat Adam tahu kebenaran ni.Dengan takdir tuhan juga,papa terjumpa kembali dengan Maksu dijah kamu.Mujur dia maafkan kesilapan papa.Adam maafkan papakan?"
Ditarik aku ke dalam pelukkannya.
"Adam maafkan papa selamani.Walau macam mana pun darah yang mengalir dalam tubuh Adam ialah darah papa juga.Maafkan segala perbuatan Adam yang menyinggung perasaan papa.Adam bertuah dapat rasakan kasih sayang seorang ayah kandung sebelum pergi."
"Jangan cakap macamtu,kamu akan selamat Adam.Papa sayang sangat dengan kamu,kalau dapat tukar tempat.Papa sanggup Adam."
Aku mengeleng perlahan tidak setuju.Kalau diberikan pilihan untuk tukar nyawa,tidak mungkin aku akan membenarkan lelaki ini menukar tempat denganku.
Perlahan lahan aku beralih lihat kepada Qaisara.Anak ini Aku berjanji akan menjaga sepenuh kudaratku.Anak ini juga mempertemukan aku dengan Maira kembali.Dulunya dia sangat kecil rendah sekali ahaha.Sekarang sudah besar pipi ini.Aku cubit perlahan,kepalanya dibawa ke dadaku.Aku usap lembut rambut ini,wangi saja.Entah bila lagi aku akan dapat mengusap seperti ini.Mungkin besar nanti dia akan berasa malu jika aku berbuat begitu dan saat itu aku akan rindu saat ini.
YOU ARE READING
AKU PENDOSA [COMPLETE]☑️
Romance"Abang akan jaga Maira selamanya " "Janji ye abang?" "Ye abang janji" Satu janji,Dua insan Dibesarkan dan hidup bersama sama sejak masih kecil.Berjanji akan menjaga satu sama lain sehinggalah Adam tiba tiba sahaja meninggalkan rumah murni . "Aku ben...