Seorang lelaki berambut merah delima, elok merenung ke arah bulan dengan pandangan kosong. Angin malam yang menyapa, mengalunkan rambutnya. Dia menghela nafas panjang sebelum memalingkan badan kebelakang. Saat matanya bertentang dengan sepasang mata ungu gelap, spontan rasa terkejut menyapa.
"Kau.. Haiih. Berapa lama dah kau usya aku huh?" Soal si lelaki dengan datar. Gadis berambut merah mencebik.
"Nenda kau mintak aku panggil kau."
"Kenapa? Nenda sakit ke?!" Nada suara si lelaki mula risau. Dia berjalan ke arah gadis itu lalu memegang kedua belah bahunya. Tindakan lelaki berambut merah membuatkan si gadis menghela nafas sebeluh tangan lelaki itu ditolak lembut.
"Tenang Alvarez Ryuzaki. Nenda kau cuma mintak kau tengok ayahanda kau sekarang."
"Oh." Lelaki yang bernama Alvarez menghela nafas lega. Tanganya naik mengusap belakang leher. Malu dengan sikapnya yang terburu-buru tadi.
"Dah lah. Jom, aku teman kau tengok ayahanda kau." Ajak so gadis membuatkan Alvarez tersenyum.
"Thanks Alice."
"No biggie." Gadis itu mengenyit sebelah mata lalu tangan Alvarez ditarik selamba. Tergeleng kepala lelaki itu dengan kerenah Alice. Ni kalau nampak dek ayah dia ni, mahu hantu tu mengganggu dia tiga hari tiga malam. Ayah Alice Hernandez bukan boleh sangat. Tahu aje orang sentuh anak dara dia.
"Arez.."
"Hurm?"
"Look.."
Alvarez hanya mengikut sahaja arah yang ditunjukkan oleh Alice. Irisnya mengembang saat terpandang salji yang mula turun meliputi kawasan. Segaris senyuman terlakar di bibirnya. Tanpa sedar, tangannya mengenggam erat tangan Alice.
"First snow.." Ujarnya lalu memandang ke arah si gadis. Mereka bertatapan bersama senyuman di wajah.
"Ya. Nampaknya dah tahun ke-60 sejak.."
"Kebangkitan Puak Tempests." Keluh Alvarez.
"Dan juga tahun ke-10.. Sejak kematian datuk aku."
"Urmm.."
Melihat wajah sebak Alvarez. Tangan Alice naik memeluk tubuh Lelaki itu.
"Aku tahu manusia hidup tak lama seperti kita immortal. Datuk dan Nenda aku dapat bertahan selama ni pun sebab mereka pernah memiliki kuasa. Urgh.. Ianya sakit Alice. Sakit bila tahu.. Orang yang kau sayang akan pergi.." Bisik Alvarez dan pelukkan antara mereka semakin erat.
"Aku tak nak.. Nenda pergi jugak. Tapi.."
"Shh.. Jangan fikirkanya. Buat masa ni.. Kita hargai setiap masa yang ada okay? Shh.."
Alvarez mengangguk lemah lalu menatap salji yang semakin lebat mencium bumi Yggdrasil. Dia dan Alice berdakapan dan menyalurkan kehangatan diri masing-masing.
Dalam masa yang sama, gadis berambut violet serta bermata hijau zamrud, menatap bulan seperti yang selalu dibuatnya sedari kecil. Seorang lelaki bertelinga serigala menghampiri lalu kot bajunya dibuka. Kot itu kemudianya mendarat di bahu gadis itu membuatkan dia terkejut.
"Wessy."
"It's Weston you sadistic women. Kenapa kau keluar dari istana masa salji ni? Badan kau tak kuat tahu tak?"
Gadis itu ketawa dan wap keluar dari bibirnya. Tubuhnya sedikit menggigil membuatkan sang serigala mendengus. Baju dibuka lalu menyerlahkan tubuhnya yang berparut dan sasa. Sempat gadis itu terliur bersama sengihan gatal.
"Hehe. Hotnya body kau Wessy.."
"Oh shut up pervy woman."
Weston berderam geram sebelum membesar menjadi serigala hitam yang hampir sebesar satu pemeluk lekaki dewasa. Bulu hitamnya yang cantik mengembang, diusap oleh gadis itu.
"Duduk dekat dengan aku. Haba dari badan aku boleh selamatkan kau yang tak tahan sejuk tu." Arah Weston lalu kepala menyondol sisi gadis itu.
"Baik. Baik."
Weston duduk diatas rumput bersama badan yang sedikit bergulung. Dek kerana tubuhnya yang besar, badan gadis itu senang sahaja dibalutinya. Si gadis pula ketawa kecil lalu jari jemarinya bermain dengan bulu sang serigala.
"Ariel.."
"Hurmm?"
"Hari ni tahun baru huh..?"
"Yeah."
"Happy new year.. I guess?"
"Hehe. Happy new year too my little wolf."
"Gehh. Who gonna be yours? I'm only belong to myself, The great Weston. Huh!"
"Yes, yes."
Kini mereka menatap bulan bersama-sama sambil Arielle elok bersandar pada tubuh Weston dan serigala itu pula memberinya kehangatan.
"Happy new year papa.."
YOU ARE READING
ERYL , NAGA BERMATA SATU (BOOK 2)
Fantasy-Sila baca Eldera Lelaki berdarah Syaitan terlebih dahulu supaya lebih faham.- [His bloody promise] "Tak kira lah berapa ratus tahun aku tidur dan hilang dari dunia ni, aku akan ingat janji aku sampai bila-bila.." Dia lelaki yang tidur puluhan tahu...