PERMULAAN

1.3K 126 42
                                    

Tahun 1432

Kemeriahan pasar yang sesak dipenuhi oleh orang ramai membuatkan suasana di tempat itu kelihatan ceria.

"Mari singgah, akak! Marilah tengok-tengok dulu!" Jeritan-jeritan di pasar itu membuatkan keadaan riuh-rendah. Dipenuhi dengan gelak ketawa orang ramai. Suasana yang harmoni dapat dirasai.

"Eh, kau ada dengar tak, pasal Akademi yang baru buka tu?" Kata seorang makcik tua kepada rakannya.

"Ouh, akademi tu ke? Ada-ada. Baguslah dia buka akademi tu balik. Kalau tak, habislah dunia kita ni." Balas rakannya itu dengan penuh gelak ketawa.

"Eh, kau ada dengar akademi yang baru buka tak?" Terdengar perbualan orang lain yang berbual mengenainya.

Akademi yang baru dibuka. Ya, sudah menjadi bualan ramai penduduk di situ. Dua buah akademi yang berlainan yang dibina suatu ketika dahulu. Akademi yang terkenal dengan kekuatan dalam bertempuran. Mahir menggunakan pelbagai jenis senjata. Tidak mudah gentar ketika berhadapan dengan pihak lawan. 'Akademi Wyra'.

Bukan itu sahaja, terdapat juga sebuah Akademi yang terkenal mahir dalam menggunakan sihir. Perlawanan jarak jauh yang menggunakan jampi-jampi yang kuat. Pelajar diberikan didikan dalam menguasai bidang sihir sepenuhnya. Tidak takut dalam perlawanan antara mahkluk jahat. 'Akademi Mystic'.

Kedua-dua akademi ini duduk di tengah lautan kerana tidak membenarkan orang masuk dan keluar sesuka hati. Akademi yang dijaga dan dikawal rapat. Tetapi disebabkan ketamakan, kedua-dua antara mereka bergaduh untuk merebut kuasa.

Sehingga melupakan perkara penting iaitu menjaga dunia dari ancaman kuasa jahat yang digelar 'Paradoks'. Paradoks mula berleluasa dan menyerang penduduk bumi. Dengan keadaan kelam-kabut mereka harus mempertahankan bumi dari ancaman paradoks.

Cubaan untuk mengusir paradoks dari muka bumi berhasil. Namun, kedua-dua akademi itu mendapat bantahan ramai kerana tidak dapat menjalankan tugas dengan baik.

Dan bermulalah pada tahun ini, tahun 1432. Akademi ini dibina dengan wajah baharu yang mengabungkan kedua-dua akademi terdahulu. Yang membenarkan anak-anak yang biasa belajar cara bertempur untuk melindungi bumi.
.
.
.
AKADEMI AXIS : WIRA DAN MAGIS

Akademi Axis : Wira & MagisWhere stories live. Discover now