﷽ - SYUHADAH 1st BOOK Membesar sebagai anak sulung memang tidak mudah. Sentiasa tersakiti, diberi penekanan dan tidak diberi perhatian penuh. Perit. Ya, itulah yang dirasai oleh Alif Zahari. Namun, dia masih bersabar kerana dia yakin, akan adanya cahaya di penghujungnya. "Alif, ayah suruh kamu jaga adik. Bukan suruh kamu keluar pergi main! Kamu sedar sikit yang kamu itu dah besar, tak usah lagi pergi main dengan budak-budak degil dekat luar itu!" "Nasib baik adik kamu tu tak jatuh dalam parit. Kalau tidak, malam ini, kamu jangan masuk rumah!" Tidak bersalah, tapi dipersalahkan. "Ibu ni tak habis-habis dengan Arif tu! Arif tu dah mati, ibu. Dah mat-..." "Mulut kamu tu jangan kurang ajar sangat ya, Alif! Arwah adik kamu baru saja meninggal! Kamu ni memang tak ada perasaan betul!" Demi keluarga, dia sanggup berkorban nyawa. Demi cinta, dia sanggup terluka. Demi menagih secebis kasih sayang, dia sanggup melupakan segala impian. Demi meraih cinta Tuhan, dia sanggup mengubah kehidupan. Dia insan biasa, namun terpaksa menanggung beban luar biasa. Terimalah, Diari Hati Alif. Watak yang ada dalam kisah ini tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. START: 4 APRIL 2023 END: 28 JUN 2023