Bab 11-Frasa Baru

8.1K 393 27
                                    

Harith.

Aku tak keluarkan langsung suara aku sepanjang sejam yang lalu. Sekarang ni aku hanya menjeling sekilas 'Afra' yang tengah menenangkan dirinya di balkoni bilik aku. Perempuan tu tengah ke hulur ke hilir di balkoni bilik ini. Tapi aku tak rasa udara sejuk malam ni dapat tenangkan dia.

Aku tahu semua ni gila.

Aku baru sahaja buat kerja gila. Aku lafazkan satu nama perempuan. Yang gilanya adalah sebab... Aku lafaz nama Dian.

Afra Dian. Afra Dian binti Ahmad Fahmi.

Dalam akad. Akad nikah di pejabat agama sejam yang lalu. What's wrong with me? What the hell is happening? Ya, soalan aku.

Macam mana betina ni boleh ada kat Pulau Pinang? Dan dunia ni kecil sangat ke sampai aku boleh jumpa dia malam ni? Kat tepi pantai? Okay. Aku surrender! Semua ni tak masuk akal!

"Wei perempuan!,"

Dian tidak menoleh. Dia buat tak dengar. "Tak guna," gumam aku.

"Dian!," aku panggil dia lagi. "Kau pekak ke?," soal aku menyampah.

Dian pusing ke belakang dan memandang aku tajam. "Saya dengar. Saya tak pekak lagi. Kalau saya pekak... kesian awak. Dapat bini pekak!," balas Dian dengan nada yang jelas dia tak suka aku. Kalau dia suka aku tu pelik. Sebab dia benci aku.

Aku tahu dia tengah serabut dengan situasi kita orang sekarang ni. Well... Aku pun sama lah! Aku dengan Dian ni bagai api dengan air kut.

"Kenapa awak tak nak bayar je? Takkan tak ada duit? Uh tak logik. Kalau tak ada pun... saya boleh bayarkanlah. Lagipun kita bukannya buat apa-apa!," bebel perempuan itu dengan marah. Mukannya merah padam. Aku stres. Dia pun stres.

Situasi sekarang ni sangat fucked up. Ni pun kita orang baru balik dari pejabat agama.

"Hampir," aku betulkan ayat dia.

Dia tergamam sedikit dan memandang ke arah lain. "Bukan salah saya yang awak tu lelaki gatal," gumam Dian.

Aku tersentak. "Woi benda? Gatal? Kesian kau dapat lelaki gatal ni," aku membalas. Lambat lagi kalau aku nak kalah dengan dia.

"Saya tak ingin pun awak tu! Awak yang nak sangat kahwin dengan saya, kan,"

Aku tergelak dengan lawak perempuan ni. Kahwin dengan dia? Aku nak sangat? Demam ke apa? Kalau aku tahu dia ni Afra Gila Dian, memang mati hidup balik pun aku tak nak.

"Jadi sekarang ni macam mana?," tanya Dian.

Aku angkat bahu. Manalah aku tahu.

"Harith Aizad, awak dah jadi suami saya. Awak sedar tak ni? Yucks gelilah!," aku faham dia geli untuk sebut benda tu sebab aku yang dengar pun dah geli geleman. Aku suami dia?

Rasa macam nak hantuk kepala kat dinding. Tiba-tiba sesuatu terlintas dalam otak aku.

"Aku rasa dunia tak kiamat pun kalau kita jadi suami isteri,"

Perempuan tu hampir ternganga bila dengar apa yang aku cakapkan. Mesti dia ingat aku dah hilang akal.

"Wahai pemusnah hidup saya dari dulu dan tiba-tiba sambung sampai sekarang, awak dah gila ke?,"

Aku tak kisah kalau dilabel gila sebab aku rasa aku memang dah gila. Aku rasa keadaan dah gila sangat sampaikan aku pun nak buat benda gila.

Nanti Rin akan kahwin dengan Airil... lepas dia orang bertunang. Kalau dia orang tahu tentang status aku dan Dian... dia orang mesti hilang akal dan terkejut habis. Well, aku harap keluarga kita orang tak ada yang kena serangan jantung sudahlah. Aku tahu Rin akan rasa serba tak kena. Semua orang juga.

I Love You, DianWhere stories live. Discover now