Dian.
HARI terakhir aku di sekolah ini, Sekolah Swasta Menengah Tinggi Tengku Azfar. Tempat pertama yang aku tuju semestinya berkaitan dengan minat aku, bidang gimnastik.
Minat polos aku dari usia muda. Dari aku lima tahun, ayah dah masukkan aku dalam kelas gimnastik. Aku bersemangat dan rajin menghadiri setiap kelas... berlatih bersungguh-sungguh setiap hari. Tak pernah aku merungut. Demam atau cedera... mesti aku tetap berlatih dan terus berlatih. Selama ni aku kental dalam bidang ni. Aku sayangkan semua ni.
Tapi sekarang semuanya akan menjadi memori pahit manis aku. Aku menarik nafas panjang. Pintu kelab yang sudah tidak berkunci ini aku tolak dari luar. Mesti Teacher Lina dah mula melakukan persiapan untuk kelas pada waktu rehat nanti. Memang budak gimnas tak rehat dan ke kantin macam biasa. Kita orang ada jadual kalori pemakanan. Setiap hari kita orang ada sukatan dan penetapan pengambilan makanan. Jadi kita orang tak boleh makan sesuka hati.
Dalam kelab kami ada dewan yang dijadikan tempat latihan gimnas. Sekolah ni besar.... sangat besar dan mempunyai banyak kelab untuk pelajar mencari kehendak dan mencungkil bakat diri masing-masing. Setiap petang aku akan habiskan masa di sini. Dan malangnya ini kali terakhir aku menjejakkan kaki di sini. Kali terakhir dalam erti... ini juga kali terakhir aku akan ada kaitan dengan bidang ini. Aku akan berhenti.
Terima kasih, Harith. Kau buat hidup aku jadi indah macam ni! Air mata aku tahan. Aku tak nak menangis sebab lelaki tak guna macam dia. Aku akan pindah... bukan semua sekolah macam sekolah ini. Peluang aku untuk ceburi bidang gimnas tipis kalau aku pindah. Sebab di sekolah lain tiada kemudahan macam ni. Tapi... aku tetap pilih untuk pindah. Sekolah asrama pula tu.
"Dian, kenapa kamu datang pagi ni?," cikgu aku menegur dengan hairan. Teacher Lina membuka lampu untuk melihat wajah aku. Cahaya menerangi seluruh ruang. Tadi separuh ruang ini sahaja. Riak hairan Teacher Lina bertukar risau apabila air mata aku mengalir perlahan.
Betullah... aku lemah. Lembik. Aku tak boleh jadi kuat macam Rin. Semua yang orang kata rupanya betul... "S-saya akan pindah sekolah. Ni hari last saya, teacher," maklum aku dengan sebak.
Teacher Lina seorang yang prihatin. Aku hargai... tapi ni buat aku sedih nak tinggalkan sekolah ni. "Ni semua sebab Harith Aizad, bukan?," tanya Teacher Lina. Siapa je yang tak tahu pasal Harith dan aku?
Harith cucu pemilik sekolah ni. Budak terkenal. Aku juga terkenal... tapi sebab semua ni lah. Macam mana aku kena prank dengan Harith... kadar kebencian Harith pada aku... berapa teruknya aku sebagai adik Rin, Rin si bulan yang dipagar bintang... sampai sanggup bagitahu yang dia tu anak luar nikah... berapa kali aku dimalukan dengan Harith. Dan banyak lagi. Hmm.
Aku terdiam sewaktu mendengar soalan Teacher Lina. Kemudian aku tersenyum hambar lalu menggeleng perlahan. Aku rasa Harith hanya salah satu sebab. Mungkin sebab utama aku... mungkin sebab aku nak bina hidup baru tanpa diselebungi dengan kehadiran Rin?
"Saya... saya yang nak pindah. Tak ada kaitan dengan Harith. Saya tak terjejas pun dengan dia," terang aku.
Mengarut. Aku menipu teacher atau diri sendiri ni? Tapi aku tetap tak nak mengaku yang aku tertekan dengan perangai Harith. Aku tak nak Harith dapat kepuasan yang dia nak dengan seksa dan menjejaskan hidup aku. Teruk kalau setiap hari ada kejutan menanti dari Harith. Dan semuanya menjerumus kepada perkara yang menyakitkan hati atau memalukan buat aku. Boleh jadi depression kalau lama-lama hadap semua ni. Dimalukan dan dibenci ramai bukan sesuatu yang menyenangkan.
"Teacher, saya nak ucapkan terima kasih atas semua yang jasa teacher. Terima kasih sebab ajar saya,"
Teacher Lina nampak tersentuh. Teacher Lina mengangguk dengan sebak. "Teacher nak tanya you sesuatu boleh?," aku mengangguk pada soalan itu.
YOU ARE READING
I Love You, Dian
Romance[COMPLETED] Bukan lagi bayang. Afra Dian dah penat jadi bayang kakak sendiri, Nareesa Airin. Peluang diambil apabila pembuli dia push her buttons, Dian terus pindah sekolah. Tinggalkan Kuala Lumpur dan bina hidup ba...