Bab 37-Surat Dan Cinta

7.5K 359 10
                                    

Dian.

Rin datang ke rumah Harith hari ni. Untuk berjumpa aku.

Semua orang dah tahu siapa suami aku. Walaupun ramai yang terkejut dan tak boleh brain kenyataan tu tapi semua tu bukan masalah. Aku dah penat pedulikan pandangan orang. Sekarang ni... Fokus aku hanya pada diri sendiri dan Harith Aizad, my husband.

"Duduklah, Dian," suruh Rin dengan prihatin. Dia risau dengan dengan kandungan aku agaknya.

Aku pun duduk lah. Harith tadi naik ke atas untuk bagi kami ruang.

"Kenapa Rin datang?," tanya aku.

Rin menunduk kecil dan membuka beg tangannya. Dia mengeluarkan sesuatu.

Sampul surat.

Aku memandangnya hairan. Rin hanya tersenyum sayu. "Ayah ada tulis surat untuk Dian, Rin dan juga mama. Rin jumpa di atas meja kerja arwah ayah. Rin datang sebab nak hantar surat ni," kata Rin dengan perlahan.

Aku hanya diam. Ayah...

"Mama dah baca surat dia dan yang Rin tahu selepas itu... Mama menangis tak henti-henti sampai malam. Sampaikan Rin terpaksa pujuk mama sampai mama tidur," kata Rin.

Aku terkedu.

"Rin tahu ke... Apa yang ada dalam surat ni? Apa yang ayah tulis?," tanya aku.

Rin tergelak pahit. "Rin belum baca surat Rin. Mama baca dia punya sampai menangis. Entah apa yang Rin akan baca kalau Rin buka surat untuk Rin pula," kata Rin dengan nada pahit.

Aku mengangguk kecil. "Tapi Rin tak nak tahu ke apa yang ada ditulis?,"

Rin tersenyum kelat. "Kalau arwah ayah tulis yang dia minta maaf atau yang sebenarnya dia sayangkan Rin atau nak Rin bahagia semua tu... Ianya hanya akan buat Rin sebak dan menangis. Kalau ayah tetap kata yang selamanya dia tak terima Rin atau benda-benda yang boleh menyakitkan hati Rin... Rin takkan boleh hilang rasa benci itu selamanya. Jadi lebih baik Rin tak buka," jelas Rin panjang lebar.

Aku diam. Betul juga.

Entah kenapa aku jadi takut untuk buka surat ini.

"Ayah kejam sebab tinggalkan surat," kata Rin dengan sebak dan benci. Aku tahu perasaan Rin tengah bercampur aduk.

Aku hanya memberikan dia senyuman. "Terima kasih sebab hantarkan surat ni," kata aku.

Walaupun mungkin... Aku juga tak sanggup lagi nak buka dan baca. Biarlah aku tunggu masa yang sesuai.

"Kalau tak ada apa-apa, Rin balik dulu ya. Rin nak kena uruskan kedai,"

Aku mengangguk dan berdiri. Aku memeluk Rin. "Terima kasih, Rin,"

"Rin balik dulu,"

Aku mengangguk di dalam pelukan. Kemudian aku menghantar Rin ke pintu. Rin tersenyum lalu beredar. Aku masuk semula ke dalam selepas kelibatnya mula hilang.

Sebaik sahaja aku masuk ke dalam... Harith sedang menuruni tangga.

"Balik dah dia?," tanya Harith lalu menghampiri aku.

Aku mengangguk.

Harith memaut bahu aku. "Jom rehat,"

Urh. Rehat... Rehat... Rehat. Aku belum sarat lagi padahal. Risau terlebih tanpa sebab.

"Baiklah, Encik Harith,"

"Baguslah, Puan Dian ni,"

Aku hanya tergelak. Harith dah tak cari peluang untuk buli aku bila aku mengandung. Ya lah kan... Takkan lah dia nak tolak aku masuk kolam lagi dalam keadaan macam ni?

I Love You, DianWhere stories live. Discover now