Bab 47-Relief

9.1K 422 55
                                    

Dian.

No! No! Auch!

Mata aku pula yang terpejam walaupun tempat penumbuk Harith tu singgah ialah Danish dan bukannya aku.

"He's mad crazy! Please stop! Harith Aizad, awak dah gila ke?," jerit aku terkejut.

Rin hanya tergamam di sebelah aku. Danish seperti sudah tidak bermaya. Aku takut melihat situasi itu.

"Airil! Tolong hentikan dia! Please! Anyone! Stop him! He will kill him!," kata aku dengan gelabah. Aku memandang sekeliling. Eh mana orang ramai yang mengerumun kami tadi?

"He won't," balas Airil dengan tenang.

Aku menggeleng laju. Panik. Kenapa macam aku seorang je yang panik ni? Walaupun keadaan dah tidak terkawal? Biar betul Airil hanya biarkan sahaja adik dan sepupunya bergaduh macam ni?

"Airil! Tak lawak! This is not funny!," jerit aku. Serius.

Aku tak nak dia orang ambil mudah. Kesian Danish! Sekarang ni lagi satu tumbukan Harith singgah di muka Danish. Kemudian rahangnya pula. Harith masih dengan amukan. Danish masih dengan provokasinya.

"Err...," Rin yang tayang reaksi paling mengarut di situ. Dia mengerutkan dahinya seperti menutup reaksi sebenar. Dia nak menangis atau tergelak?

Dia orang tak risau ke pasal Danish? Aku hairan sekarang ni.

"Harith, cukup! Awak sedar tak dia siapa!," jerit aku lagi sekali. Serius aku takut sangat sekarang ni.

Akhirnya Harith berhenti. Nasib dia ingat sepupu sendiri. Tadi aku agak dia anggap Danish tu lelaki biasa dan bukannya sepupu dia.

Aku menarik nafas lega. Huh... Harith memang gila! Mujur dia dah sedar dan kembali tenang.

Ya, aku pun dah sedar! Ya! Aku dah sedar yang Harith cintakan aku! Walaupun agak ekstrem sikit cara untuk buat aku sedar tu.

Harith bila mengamuk sangat menakutkan!

Dah tiada orang yang mengelilingi kami. Nasib baik Airil dah buat tindakan awal. Bukan halau, tapi dia minta semua yang lain pulang. Dia tak nak mereka saksikan kejadian ini. Baru aku tahu.

Nasib mereka tak sempat tengok pergaduhan teruk Danish dan Harith. Mereka hanya sempat tengok dua tiga tumbukan saja. Mama papa Danish pun sama. Mesti dah pulang. Mereka tak suka masuk campur hal anak mereka sebab mereka percaya yang Danish boleh jaga diri sendiri jadi mereka biarkan saja apa yang Danish nak buat. Walaupun bergaduh dengan Harith. Bagi mereka, bergaduh sesama kawan itu perkara biasa. Lagipun dah dari kecil, Danish dan Harith selalu bergaduh. Itu apa yang Rin terangkan pada aku.

Airil berada di sisi Danish; membantunya berdiri. Betul apa yang aku cakap. Aku tak hiperbola kan keadaan Danish bila aku sebut yang Danish dah lembik.

Danish mendengus. Dia memegang bahunya sambil mengerang kesakitan.

Aku yang melihat sedikit berkerut dahi. Perghh... Mesti sakit. Jatuh simpati aku untuk Danish.

Danish yang penuh dengan lebam di muka, rambut kusut, dan baju berkedut hanya menggeleng dan menyatakan yang dia baik-baik saja kepada Airil.

Keadaan Harith elok berbanding Danish tapi adalah juga kesan luka di bibirnya akibat tumbukan Danish tadi. Satu itu je. Tapi tetap buat hati aku berdenyut. Aku tak sanggup tengok dia tercedera walaupun sikit.

Aku mengusap kandungan aku. Aku cuba menenangkan diri. Nafas ditarik perlahan-lahan. Aku pandang Harith sambil menggeleng perlahan. Aku memang kecut perut tadi!

I Love You, DianWhere stories live. Discover now