Bab 16-Harith Aizad!

8.3K 373 37
                                    

Dian.

Meriahnya...

Automatik aku tersenyum menyaksikan suasana harmoni yang ada di sini. Majlis bersanding Rin.

Aku berdiri di sebelah kakak aku yang sedang duduk di pelaminnya. Airil yang kini sudah mendapat gelaran suami Rin duduk bersebelahan dengannya. Sepadan betul pasangan merpati dua sejoli ni.

Aku mengerling pula pada pengapit Airil di hujung kiri. Haihlah buaya seorang ni...

Dari tadi dia usya semua perempuan cantik yang ada di sini. Apa benda lah perangai. Waktu jadi pengapit pun nak mengenyit-ngeyit mata kat orang.

Kemudian...

Click!

Bunyi kamera kedengaran seraya dengan kerlipan cahaya pada arah ini. Nasib baik aku sempat tersenyum waktu kamera itu mengabadikan saat manis Airil dan Rin.

Dalam diam... Aku cemburu. Bilalah aku akan bahagia macam dia orang. Bila orang yang sayangkan aku macam Airil sayangkan Rin nak muncul? Akan ada ke? Harith... memang tak akan.

Tak lama kemudian... Majlis bersanding yang ringkas tamat. Tangkap-tangkap gambar bukan lama sangat. Lepas tu, semua tetamu dan keluarga mula beredar ke luar rumah untuk menjamu selera.

Mama Airil tempah katering. Jadi tak perlulah aku berpenat lelah uruskan hal makanan nanti. Fyuhh. Tak lah berpeluh di hari yang indah ini. Ecehhh.

"Dian,"

Aku terus menoleh.

"Ya?," tanya aku sambil tersenyum kekok.

"Piano kau lori dah hantar dekat belakang rumah. Nanti kau boleh lah mula main bila orang ramai dah beransur ke belakang," pesan Danish.

"Okay," balas aku dengan nada sopan dan agak perlahan.

Aku masih kekok dengan Danish. Playboy ni kuat bahan aku waktu aku kena buli dulu. Ingat senang ke nak lupa? Boleh dikira trauma okay.

"Aku nak pergi belakang dulu. Kau relax lah sikit. Enjoy majlis ni even bukan kau yang kahwin. Muka tu... jangan nampak tegang sangat. Kesian muka cantik kau," kata Danish sambil mengenyit mata dengan selamba. Dia nak mengorat atau menyinis? Aku tak pasti. Biarkan.

"Bye," ujar Danish.

"Hm," aku hanya mengangguk dan tersenyum nipis.

Aku kebosanan tanpa tujuan. Nak menyendeng Rin memang tak sesuai. Dia tengah sibuk layan tetamu dan keluarga. Jadi aku pergi ke kawasan untuk menjamu selera. Aku pun melangkah lah ke belakang.

Wahh! Cantik betul perhiasan yang ada di halaman belakang rumah banglo ini. Belon-belon yang ada dalam kolam berwarna-warni. Ceria. Meja-meja untuk tetamu makan tersusun kemas.

Tanpa mempedulikan sekeliling yang riuh rendah, aku beratur menunggu giliran bagi mengambil makanan.

Tiba-tiba kelibat seseorang yang aku kenali muncul. Aku tak jadi nak ambil makanan. Aku mengejar langkah dia. Si lelaki tinggi lambai itu berjalan ke kawasan meja di tepi kolam. Aku mengikutnya.

"Ariyyan?," panggil aku.

Lelaki yang agak tinggi itu menoleh. "Ya?," tanyanya dengan nada kosong.

"Dian. Haha ingat tak?," balas aku sambil tersenyum.

Ariyyan, kawan universiti aku dulu. Kita orang tak rapat tapi still pernah berborak dua tiga kali.

"Awak buat apa kat sini?," tanya aku. Pelik.

I Love You, DianWhere stories live. Discover now