Harith.
Aku mengenggam stereng kereta itu dengan kuat. Apa yang baru dimaklumkan Danish tadi mampu buat aku hilang akal.
"Dia kat mana sekarang?,"
Nada aku serius. Danish mesti sedar yang aku jarang kedengaran seserius macam ni selain waktu di pejabat. Aku cuma... Terlalu risaukan Dian. Dia tu isteri aku!
"Rumah Airil. Rin bawa dia untuk tenangkan dia," terang Danish di talian.
"Macam mana dia boleh kena panik attack macam tu dalam cafe?," tanya aku dengan nada marah.
Danish dah masak dengan perangai aku. Jadi dia tak heran. Aku selalu tak tentu hala kalau sesuatu benda yang penting pada aku hadapi masalah. Aku jadi panas hati. Dan rasa nak mengamuk.
"Sorry, bro. Tapi tu... Kau kena tanya Rin. Aku tak tahu. Ni aku tahu pun sebab Airil ada call nak minta tolong,"
"Tolong apa?," tanya aku.
"Ril kata Rin minta tolong aku jaga Dian lepas ni. Sebab aku lelaki yang dia kenal dan kononnya berkebolehan nak jaga Dian. D--,"
Aku potong Danish. "The fuck? Jaga Dian? Kau lelaki. Kau bukannya suami dia. Otak Rin betul tak tu? Kenapa Rin tak teringatkan aku? Kenapa dia tak call aku bila something happen pada Dian? Aku yang patut jaga dia! Bukannya orang lain," bebel aku pada Danish dengan bengang.
Danish saja buat bunyi menguap.
"Kau cakap kat Rin sekarang. Aku manalah tahu. Bukannya aku yang bersalah,"
"Tapi cuba kau fikir. Bagi Rin, kau tu anti-Dian. Bila mana Dian ada depan mata kau, mesti kau cetuskan masalah pada dia. Kau rasa dia pandang kau sebagai orang yang boleh jaga adik dia? Kau fikir dia teringatkan kau waktu-waktu panik macam tu?," soal Danish menyedarkan aku.
Logik juga.
"Lagipun kau bukannya suami Dian. Kau tak rasa ke kau over pada perempuan yang bukan hak kau?," perli Danish.
"Kalau aku ni bukan suami dia, aku tak layak jaga dia. Dah tu kau, Rith?," duga Danish.
Aku menaikkan mata ke atas. Menyampah dengan perbualan yang menyerabutkan ini.
"Aku suami Dian. Dia isteri aku. Dah dapat jawapan yang kau nakkan sangat tu?," perli aku.
"Aku tolak permintaan Rin tadi sebab aku cuak ada mamat sekor ni belasah aku kalau aku dekat dengan bini dia. Nasib baik aku buat keputusan macam tu. Kalau tak habis muka flower boy aku,"
"Urgh. Thanks, bro. Apa ayat kau?,"
Danish tergelak.
"Aku tak ada masa sebab perempuan-perempuan kat luar sana ramai lagi yang belum jadi awek aku. And... Dian pun boleh termasuk dalam queue kalau aku jaga dia,"
YOU ARE READING
I Love You, Dian
Romance[COMPLETED] Bukan lagi bayang. Afra Dian dah penat jadi bayang kakak sendiri, Nareesa Airin. Peluang diambil apabila pembuli dia push her buttons, Dian terus pindah sekolah. Tinggalkan Kuala Lumpur dan bina hidup ba...