Bab 17-Okay, I Like You And The Game On

9.1K 411 15
                                    

Dian.

Harith tak guna. Harith tak guna. Harith tak guna. Aku benci Harith.

Tuala yang Rin hulurkan aku sambut. Rambut panjang aku basah lenjun sebab jatuh kolam tadi... I mean, ditolak jatuh aku keringkan dengan tuala itu.

Kakak aku yang merupakan pengantin dan spotlight hari ni berjaya dinyahsinarkan oleh aku. Semua ni salah Harith. Aku boleh agak yang ramai orang tengah kecoh di tingkat bawah. Rin pula dari dapur tadi. Dia kata dia ada suruh suami tak betul aku tu minta maaf. Huh.

Berani dia tayang lagi muka handsome dia tu depan aku? Aku dah lah tengah berapi walaupun satu badan basah lenjun.

"Dian pakai dulu baju Rin ni. Sorry sebab baju biasa je," kata Rin serba salah.

Terus aku meningkah. "Eh Rin dah bagi pinjam pun Dian dah bersyukur. Kalau tak Dian nak ganti gaun basah tu dengan apa?,"

Rin tersenyum manis. "Nasib Rin ada prepare untuk salin baju sanding ni. Rin pun ada tudung. Nanti Dian pakai lah waktu nak balik. Hmm... Mesti Dian tak selesa kan nak stay lama kat sini lepas benda yang jadi tadi. Rin rasa salah Rin sebab ni majlis Rin lepas tu Rin pula yang pujuk Dian supaya datang," kata Rin dengan serba salah. Rin rasa macam ni salah dia sebab dia tak dapat halang 'mamat tu'.

Malas sebut nama dia!

Aku pujuk Rin supaya dia tak rasa bersalah sebab ni memang bukan salah dia. Rin tersenyum lega.

"Dian rehat lah dulu. Kejap lagi Rin bawa makanan untuk Dian. Dian mesti belum makan lagi kan," kata Rin dengan nada lembut.

Aku hanya mengangguk dengan senyuman. Gelagat aku memang nampak macam adik yang terbaik. Aku puji diri sendiri.

"Okay, Rin. Thanks again tau. Lobyeu,"

"Love you too, little sis!," kata Rin dengan ceria seraya melangkah ke pintu. Dia tersenyum dan melambai pada aku sebelum menutup pintu.

Aku menghembus nafas halus.

Rambut panjang aku yang sudah hampir kering dibiarkan mengurai bebas hingga ke pinggang. Aku terus berbaring di atas katil.

"Hm... Penatnya!," keluh aku sendiri.

Bunyi pemegang pintu tiba-tiba kedengaran. Seseorang memasuki bilik ini. Aku membuka mata. Aku tak terlelap jadi takkan secepat ni Rin naik semula? Aku memandang ke arah pintu.

Figura seorang lelaki terus membuatkan aku terduduk dengan drastik. Urgh. Membuang tenaga je cuak tadi. 'Mamat ni' rupanya. Aku memandang si dia dari atas ke bawah dengan pandang tajam.

"Ehm... Dian,"

Dengar sahaja suara itu terus aku baring semula di atas katil. 'Mamat ni' sesuka hati betul masuk bilik yang ada seorang perempuan tanpa amaran. Macam tikus betul gaya dia bila menghendap macam ni. Berani sangat masuk tapi takut pulak kalau kantoi.

"Kenapa nampak berdebar macam baru buat salah? Kenapa? Baru lepas tolak civillian yang tak bersalah ke dalam kolam renang dalam majlis kahwin abang sendiri ke?," soal aku sambil berdecit.

Jangan ingat aku nak berlembut hanya sebab dia tayang muka bersalah tu. Even handsome macam mana sekali pun... I don't care!

Aku membelakangi jejaka yang seratus peratus bersalah itu. Tak nak tengok muka dia yang mampu buat aku mencair. Harith bila nampak bersalah sebenarnya boleh tahan cute. Haishhh! Bila dia selalu tayang muka belagak sombong tu macam ni lah jadinya. Aku jadi suka pula tengok dia tayang reaksi macam ni. Hue.

I Love You, DianWhere stories live. Discover now