Bab 13-The Real Beginning

8.6K 382 13
                                    

Dian.

"Maaf," ucap aku pada orang yang aku langgar itu tanpa mengangkat wajah. "Saya minta maaf sangat-sangat," kata aku dengan bersungguh-sungguh. Tubir mata yang berair dilap dengan lengan baju.

"Are you ok--," lelaki yang aku langgar itu menyoal dengan prihatin. Tapi aku tak bagi dia habiskan soalan dia. Aku menunduk kecil tanda rasa bersalah.

Aku terus membawa langkah pergi dari situ tanpa berpaling ke belakang lagi. Aku dapat rasakan panahan mata dari mereka di meja yang baru sahaja aku tinggalkan. Aku tak sanggup nak berlama di situ. Aku tak diundang dan dialukan. Aku tak sepatutnya ada di situ. Jadi aku perlu pergi.

Dan aku juga tak sanggup nak menghadap Harith. Kata-kata Danish tak menyentakkan hati aku seteruk komen ringkas Harith.

Dian, sedar diri. Apa yang kau harapkan daripada seorang Harith Aizad?

Aku kena kuatkan emosi sendiri. Aku tak boleh lemah. Kalau tak aku akan jadi Dian yang dulu. Yang mudah ditindas. Aku keluar dari restoren mewah itu. Telefon yang berdering di dalam beg silang aku hiraukan. Rin tak perlu telefon aku.

Aku okay. Ya. Okay.

Aku berjalan kaki beredar dari kawasan itu. Aku hanya tenang sambil mencari mana-mana teksi yang lalu di kawasan ini. Mata yang berair dilap sekali lagi. Aku tak nak nampak tak semengah sangat.

Tak lama kemudian, nasib berpihak kepada aku. Sebuah teksi akhirnya muncul. Lebih baik aku luangkan masa dengan Mama Lisa. Mungkin terubat sikit hati ni.





∆∆∆

Harith.

Malam harinya...

Aku menjenguk ke tingkap bilik aku. Sebuah kereta berhenti di hadapan pintu pagar. Aku hanya memerhati dengan hairan. Pintu belah penumpang kereta SUV itu dibuka dan seorang perempuan keluar. Kening aku bertaut.

Siapa yang hantar Dian balik?

Aku hanya memerhati gelagat Dian dari tingkat di tingkat dua ini. Dian hadiahkan tersenyum sopan dari luar kereta untuk pemandu kereta tersebut. Aku tak nampak siapa. Gengaman aku pada langsir semakin erat.

Aku menggeleng perlahan. Tak perlu kau ambil tahu apa-apa. Aku terus tutup langsir tingkap ini dan kembali berbaring di atas katil.

Buku yang berada di atas meja tidur dicapai. Aku cuba hanyutkan diri dalam pembacaan aku. Aku abaikan bunyi pintu bilik berhadapan dengan bilik aku itu.

"Tak boleh jadi betullah," aku rasa bengang dengan diri sendiri. Bila tahu Dian dah balik, aku mula serba tak kena. Argh bodohlah, Harith. Aku letakkan buku aku semula.

Aku mencapai t-shirt di hujung katil dan memakainya. Kemudian aku keluar dari bilik ini.

Pintu bilik dihadapan aku ini diketuk. Tidak mendapat apa-apa balasan. Aku ketuk lagi sekali. Senyap. "Dian," panggil aku dari luar. Aku cuba ketuk lagi sekali.

Belum sempat buku lima aku nak bersentuh dengan permukaan kayu pintu itu, pintu terbuka.

Dian tayang riak tenang. "Ya?,"

Aku mula tak tahu nak jawab apa. Aku berdehem kecil. "Kau dah makan ke belum?," tanya aku secara spontan tanpa fikir panjang. Dian kerutkan dahi apabila mendengar soalan aku.

Aku kekalkan riak bersahaja walaupun dalam hati dah puas mengutuk diri sendiri.

"Dah. Kenapa?," tanya dia semula.

I Love You, DianWhere stories live. Discover now