Dian.
Pintu bilik wad aku ni dibuka. Aku cuba duduk untuk melihat gerangan itu namun suara dia mematikan.
"Dian, baring. Jangan duduk,"
Harith. Aku buat tak dengar lalu bersandar pada kepala katil dan tersenyum pada dia. Harith mengheret bangku plastik di tepi katil dan duduk di situ. Dia berada di sisi aku sambil tersenyum.
"Kau okay? Ada rasa sakit tak kat mana-mana?," tanya Harith dengan nada risau.
Aku menggeleng sambil tersenyum manis.
"Tak ada. Saya okay," jawab aku perlahan.
Harith mengangguk lega dengan balasan aku. Kemudian dia hanya diam dan memandang aku lama. Dengan pandangan hangat. Pipi aku memerah. Wajah pucat aku dah berwarna semula.
"Kenapa?," tanya aku dengan perlahan.
Harith hanya senyap.
"Tak ada apa-apa. Saja je nak pandang kau. Salah ke?," tanya Harith bersahaja.
"Malulah," tegur aku dengan segan.
Harith tergelak kecil sambil menarik lembut tangan aku. "Jangan buat aku risau. Aku tak suka,"
Aku mengangguk patuh. "Okay," kata aku dengan ceria.
Kepala aku yang dibaluti dengan tudung diusap Harith.
"Kau dah tahu?," tanya Harith dengan teragak-agak. Dia memandang perut aku sekilas.
Aku terdiam. Patut ke aku angguk dan bincang terus pasal ni dengan dia? Aku takut dia tak suka. Harith dengan anak? Macam tak kena je. Aku pun sama. Sesuai ke nak jaga budak? Rin dan Airil mungkin. Aku dan Harith? Macam tak kena.
"Saya mengandung," jawab aku.
Harith mengangguk perlahan. Aku tak boleh agak apa yang dia tengah fikir atau rasa sekarang ni.
"Awak... Okay?," tanya aku.
Harith tergamam. Dia seperti tersentak dengan soalan ringkas aku. Riak wajahnya bertukar marah. "Apa kau tanya?,"
Aku mengecil. Takut bila dia marahkan aku.
Harith menarik nafas panjang. Dia kembali tenang dan memandang aku dengan lembut. Harith kembali meraih tangan aku.
"Aku tak marah kau. Aku cuma tak sangka yang kau akan tanya macam tu. Kenapa kau tanya soalan sama ada aku okay atau tak? Kenapa? Kau rasa aku tak okay ke bila tahu aku bakal jadi ayah dan ada anak? Jangan mengarut atau fikir macam-macam. Kau tak suka ke nak ada anak dengan aku? Kalau macam... Boleh aku merajuk?," kata Harith. Seperti memujuk aku.
Aku tersenyum dengan ayat Harith. Dia terima berita ni dengan baik? Hati aku rasa tersentuh dan lega amat.
"Awak tak rasa ada anak ni satu perubahan yang terlalu besar dalam hidup kita? Kita baru merangkap dalam perkahwinan ni... Ada anak waktu ni tak rasa macam terlalu mengejut? Dengan orang tak tahu pasal kita lagi. Dalam situasi Airil dan Rin," tanya aku.
Harith seperti memikirkan ayatnya.
"Nanti orang akan tahu pasal kita. Tu bukan masalah. Situasi Rin dan Airil? Ya memang kita sedih dan risau pada dia orang tapi hidup kita tetap perlu jaga, Dian," jawab Harith.
"Perubahan besar? Sayang, kita dah biasa dengan perubahan besar. Dari tolak kau masuk kolam sampai peluk kau. Dari simbah kau dengan cat sampai senyum pada kau macam ni. Dari buat kau jatuh tengah kantin sampai cium kau. Dari benci kau sampai sayang kau. Dari tak suka ada dalam satu tempat dengan kau sampai tak boleh berpisah. Dari buli kau sampai risaukan kau macam nak gila. Bukan semua tu perubahan yang besar?," tanya Harith menduga.
Aku tersenyap. Birai mata aku berair. Harith...
"Kita bakal ada baby tu satu berita yang baik. Jangan fikir banyak, Dian. Nanti kau stress. Aku nak kau senyum je. Okay?," kata Harith dengan bersungguh.
Aku mengangguk sebak. "Harith...,"
Harith menarik aku ke dalam pelukan. Hati aku terasa hangat. Haha tapi sampai bila? Insecurity aku muncul.
_____
Berita pasal aku pengsan di atas pentas hari tu viral.
Habis semua benda dia orang gosipkan. Pelbagai spekulasi muncul. Ada yang baik, ada yang buruk.
Boleh naik darah tinggi kalau baca komen-komen di media sosial. Harith sampaikan tak bagi aku baca. Tapi aku degil.
Ada yang cakap aku mengandung anak luar nikah sebab tu stress sangat sampai hampir keguguran.
Aku panas hati betul. Dijah ada call aku untuk bincang pasal ni. Lepas tu aku suruh dia sebarkan yang aku dah kahwin berapa bulan di mana semua tu. Aku nak bagitahu semua orang yang aku dah kahwin tapi tak hebohkan. Majlis pula nanti aku buat. Waktu tu aku janji panggil wartawan-wartawan. Biar lantak.
Mood aku ke laut.
Malam lepas Dijah keluarkan kenyataan itu.
Berpusu-pusu komen.
Nampaknya memang semua dah tahu yang aku ni dah tak single.
Baguslah. Tak ada lah lepas ni lelaki-lelaki yang macam lalat cuba nak book appointment dengan aku macam dulu-dulu. Pergi mampus dengan nak berkenalan. Tengok, aku dah terpengaruh dengan perkataan yang Harith suka guna.
Aku penat. Aku nak tidur.
_____
Anda nampak tak yang Dian versi mengandung ni garang dengan moody sikit?⊙︿⊙
YOU ARE READING
I Love You, Dian
Romance[COMPLETED] Bukan lagi bayang. Afra Dian dah penat jadi bayang kakak sendiri, Nareesa Airin. Peluang diambil apabila pembuli dia push her buttons, Dian terus pindah sekolah. Tinggalkan Kuala Lumpur dan bina hidup ba...