Dian.
"Kenapa Dian kahwin secara sembunyi macam ni? Kenapa tak bagitahu semua orang? Mana majlis? Kenapa tak kenalkan suami Dian pada family? Siapa lelaki tu?," tanya Rin. Tak percaya yang aku boleh buat semua ni.
Rin nampak sangat kecewa.
Rin...
Aku cuba paksa diri untuk keluarkan jawapan tapi ayat tersekat dikerongkong.
Akhirnya yang aku mampu jawab hanya satu.
"Dian dengan dia kena tangkap basah. Tapi serius! Kami tak buat apa-apa. Semua tu salah faham. Dian kahwin di Negeri Sembilan waktu last performent Dian di sana,"
Benak Rin mesti dipenuhi dengan tanda tanya yang tak terhingga. Adik sendiri kahwin tanpa pengetahuan dia dan keluarga. Mana tak terkejutnya!
Dengan entah siapa pula tu.
Kalaulah Rin tahu siapa suami aku...
"Sekarang ni Rin tak nak desak Dian apa-apa tapi Dian kena bagitahu semua ni pada ayah. Ni bukan perkara kecil. Ayah kena tahu yang anak dia dah kahwin. Penting tu, Dian," nasihat Rin.
"Kalau boleh bawa suami rahsia Dian sekali. Kenapa dia tak muncul-muncul? Kau orang memang kahwin tergantung ke apa?," duga Airil. Airil macam nak kata sesuatu tapi dia diam.
Aku menggeleng menidakkan.
"Tak. Dian sayangkan dia. Tapi dia tak dapat balas lagi perasaan Dian. Jadi sebab tu Dian teragak-agak nak bagitahu siapa suami Dian tu. Dian takut ada masalah lain yang timbul. Dian harap kau orang faham,"
Rin menarik nafas panjang. Jelas keliru dengan apa yang baru sahaja jadi hari ni. Aku kena panik attack... Mesej stalker tu... Fakta yang aku dah berkahwin. Hari ni terlalu ekstrem dan memenatkan.
"Rin tak tahu nak komen apa. Serius no comment,"
Rin angkat tangan. Surrender.
Aku hanya menunduk bersalah.
"Balik rumah ayah dan ceritakan semua ni. Rin tak boleh tolong," kata Rin.
Aku hanya mengangguk.
"Dian duduk mana? Dengan suami Dian tu ke?," tanya Airil.
Lama aku buat keputusan sama ada jawab soalan itu atau tidak.
"Dengan dia,"
Airil mengangguk. "Sebenarnya itu kelebihan dalam situasi macam ni. Sekurang-kurangnya dia boleh jaga Dian," kata Airil dengan lega.
Rin tak nampak senang tapi dia hanya diam; tidak membangkang. Aku yakin Rin tak puas hati sebab rahsiakan benda penting macam ni.
Aku tahu aku salah. Dan aku akan dapat hukuman tu nanti... bila balik rumah ayah. Mati aku nak bagitahu. Harap ayah tak mengamuk.
Aaaa aku kena siapkan mental supaya dapat fikir cara untuk pujuk ayah tersayang tu.
Tapi sebelum tu...
Harith macam mana? Macam mana nak pujuk Harith?
_____
Aku masuk ke dalam rumah.
Suasana di ruang tamu kelam.
Aku melangkah dengan perlahan-lahan. Aku harap sangat Harith tak tunggu aku. Aku takut nak berhadapan dengan dia.
Aku menaiki tangga. Aku nak selamat sampai ke bilik lama aku.
Malangnya harapan itu kecundang. Figura seksi Harith yang hanya memakai seluar pendek dan singlet putih yang menampakkan otot lengannya itu sedang bersandar di hujung tangga atas. Dia memandang aku yang berada di bawah.
YOU ARE READING
I Love You, Dian
Romance[COMPLETED] Bukan lagi bayang. Afra Dian dah penat jadi bayang kakak sendiri, Nareesa Airin. Peluang diambil apabila pembuli dia push her buttons, Dian terus pindah sekolah. Tinggalkan Kuala Lumpur dan bina hidup ba...