Harith.
"Bos, pukul empat ada meeting macam biasa,"
"Okay," balas aku.
Aku mengemaskan sedikit meja yang berselerak ini. Kemudian kot yang digantung dicapai. Aku bersiap untuk ke mesyuarat mingguan. Ni perkara last dalam schedule aku. Lepas tu aku dah boleh balik.
Pintu bilik mesyuarat dibuka. Bilik yang luas ini dilengkapi dengan meja panjang yang menempatkan orang tertentu.
Aku mengambil duduk di kerusi khas untuk aku. Kami menunggu jarum jam tepat di angka empat. Airil memang masuk tepat pada masanya sebab jadual dia padat.
Aku hanya menunggu.
Bilalah Encik CEO ni nak isi tempat kosong dia tu. Kalau boleh aku nak mesyuarat habis awal.
Bunyi pintu akhirnya dibuka.
Airil melangkah masuk dengan karismanya sebagai seorang pemimpin. Kami semua bangun dan mesyuarat di mulakan tanpa berlengah.
Dalam setengah jam selepas itu...
Telefon aku berdering. Aku melihat nama pemanggil.
Dian.
Aik? Kenapa dia call aku? Aku mula rasa tak sedap hati.
Aku berdiri dan pandangan semua tertumpu ke arah aku. Aku memandang Airil. Airil mengangkat kening; menyoal.
"I'm sorry for disturbing this meeting but I need to answer an important call. Excuse me,"
Airil mengangguk. Dia kelihatan bimbang bila melihat tingkah laku panik aku. Namun dia tidak menyoal dan membenarkan aku keluar.
Aku terus melangkah keluar dari bilik ini. Panggilan terus diangkat.
"Hi. Selamat berkenalan,"
Aku terkaku di hadapan pintu. Tak sempat pun aku tutup pintu.
"Siapa kau," tanya aku dengan suara bergetar. Aku takut dengan kemungkinan yang muncul.
"Jangan excited sangat nak kenal aku. Nanti kita jumpa ya,"
"Kau siapa hah tak guna!," tengking aku.
Aku tahu panahan mata semua orang di dalam bilik mesyuarat itu tertumpu pada aku. Memandang aku dengan keliru dan tertanya-tanya. Panggilan apa yang mampu buat COO tak mesra alam dia orang ni melenting sampai macam ni... hilang cool.
Aku dapat dengar tapak kasut Airil yang menghampiri. Namun aku tak hiraukan dia.
"Mana dia? Mana Dian!,"
Bunyi orang tergelak lucu di talian.
"Jangan risau. Aku... Belum apa-apakan dia. Kita orang baru lepas berborak pasal kenangan dulu,"
"Harith! Jangan da--Ahh! Sakitlah tak guna!,"
"Woi! Aku bunuh kau! Mark my word. Aku takkan lepaskan kau!," tengking aku pada manusia di talian.
Wajah aku memerah. Airil memegang bahu aku.
"Harith?," nada berhati-hati Airil muncul.
"Kau kat mana sekarang ni? Jawablah pengecut!," tengking aku.
YOU ARE READING
I Love You, Dian
Romance[COMPLETED] Bukan lagi bayang. Afra Dian dah penat jadi bayang kakak sendiri, Nareesa Airin. Peluang diambil apabila pembuli dia push her buttons, Dian terus pindah sekolah. Tinggalkan Kuala Lumpur dan bina hidup ba...