Bab 36-Air Mata Dan Baju Kurung

7.4K 356 27
                                    

Dian.

Yasin di tangan aku buka.

Basmallah di baca sebelum pembacaan dimulakan. Semua ahli keluarga dan saudara mara turut serta. Ruang tamu ini kelam.

Selepas solat jenazah, semua membuat bulatan mengelilingi may--arwah ayah, untuk sedekahkan bacaan yasin.

Aku duduk bersimpuh di sisi Rin dengan sopan dan tenang. Riak aku kosong. Tiada senyuman yang menghiasi wajah aku dari malam semalam.

Bacaan yasin bergema ke seluruh ruang tamu rumah ayah ini.

Rasa syahdu dan sebak menyinggah di hati semua yang datang. Aku juga sama. Tapi aku tahan dan pura-pura kuat. Rin sudah tidak menangis hari ni. Rin tayang kuat dihadapan semua, jadi aku juga perlu buat begitu.

Aku tak nak saudara mara aku bercakap apa-apa. Biasanya mereka akan kata aku ni terlebih manja dan gedik. Jadi kali ni aku tak nak. Aku tak nak ada perasaan benci dan marah pada mereka demi ayah. Hanya untuk hari ni.

Aku kena kuat dan terima pemergiaan ayah dengan redha.

Jangan menangis, Dian. Jangan menangis.

Aku hanya ada diri aku untuk kekal kuat. Jadi aku kena berdiri sendiri.

Air mata... jangan kau berani keluar sepanjang hari ni.

Aku kena buktikan yang aku kuat.

Keranda diarak ke tanah perkuburan.

Aku dan ramai saudara mara belah ayah yang lain mengekori dari belakang. Aku memakai baju kurung putih kosong dan selendang putih. Kawasan di rahim aku sudah membulat. Kandungan aku kan dah hampir empat bulan.

Namun aku tetap melangkah dengan yang lain. Aku kan kuat... Aku cuba untuk jadi kuat. Ayah dah tiada. Aku sudah tiada sesiapa.

Rin dan Mama Lisa ada hidup mereka sendiri. Mereka sayang aku tapi aku tidak boleh bergantung pada mereka.

Hanya ayah. Tapi sekarang... Aku membiarkan birai mata yang berair kering dengan sendiri.

Kalau aku menangis, ada ke orang yang boleh peluk dan pujuk aku? Tak ada kan. Jadi buat apa aku menangis?

Orang tahu aku sedih jadi buat apa aku perlu menangis lagi?

Aku tak nak nampak lemah.

Dian lemah.

Tak. Aku... tak lemah.

Kawasan perkuburan ini dimasuki.

"Dian, mari sini. Kita duduk di tempat teduh dulu sementara orang ramai buat kerja," panggil Rin di hadapan.

Aku hanya menurut. Pertolongan kita orang yang perempuan ini tidak diperlukan. Lagipun keadaan aku ini menjadi perhatian sedikit.

Aku duduk di sebelah Rin di atas tikar itu.

"Mana Harith?," tanya Rin.

"Ha?,"

"Pagi tadi dia ada kata yang dia nak datang tolong apa yang patut. Tapi dari tadi tak nampak batang hidung dia," jelas Rin.

Ohh.

Aku hanya menggeleng tidak tahu.

Semalam aku bermalam di rumah Rin sebaik sahaja dia memberitahu aku kenyataan pahit ini. Aku tahu Harith faham dan izinkan je aku tidur di rumah Rin semalam. Jadi aku tak tahu apa-apa berita pasal Harith.

"Nanti dia datang lah tu," kata aku.

Rin hanya menggeleng kecil. "Waktu macam ni pun nak datang lambat. Rin risaukan Harith. Bilalah dia nak matang sikit?," keluh Rin.

I Love You, DianWhere stories live. Discover now