Dian.AKU buka pintu kereta dan terus keluar tanpa sebarang kata. Rin ikut langkah aku, cuma dia ucapkan terima kasih kepada pemandu keluarga kami dahulu. Setiap hari gelagat kami seperti ni.
Masuk sahaja pagar sekolah, kami mula mengikut laluan masing-masing. Aku hanya mampu memerhatikan tiga saudara yang menghampiri Rin di hadapan pintu pagar sekolah. Sekejap sahaja Rin diserbu. Bising empat orang itu berjenaka sesama sendiri. Sengihan daripada Harith menarik perhatian aku. Dia jarang tayang reaksi macam budak lelaki selenga macam tu... Nanti aku terangkan kenapa.
Okay. Macam ni... Danish, Harith dan Airil. Rin dan tiga budak lelaki ni umpama belangkas. Trio terkenal sekolah.
Waktu di tingkatan dua, Airil pernah berdiri untuk Rin, sang gadis yang serba sempurna. Putera Airil yang kacak lagikan popular menjadi hero seorang Rin yang cantik. Sejak dari tu, aku mula dibuli bila sebarkan macam-macam pasal Rin. Serta-merta hater Rin beralih arah dan menyasarkan aku pula bila Rin dah ada pengaruh besar iaitu Airil.
Alah... Macam mana sangat cara budak empat belas tahun berfikir. Aku mengaku aku belum matang. Disebabkan ketidakmatangan inilah aku terjerumus dalam mimpi ngeri ciptaan sendiri. Memang salah aku apabila aku sebarkan rahsia keluarga sendiri. Kenyataan yang... Nareesa Airin ialah anak luar nikah. Tapi... aku tak rasa nasib Rin teruk.
Sebaliknya, aku boleh lagi cemburu dengan nasib dia. Hidup dia sempurna pada pandangan mata aku. Airil baik orangnya--kecuali pada orang yang berani cari pasal dengan Rin. Harith... si budak panas baran dan sombong yang ampun itu pula umpama berada dibawah telunjuk seorang Rin. Danish, playboy terhangat sekolah--anti pada perkataan setia--setia berkawan dengan Rin. Perkara yang menakjubkan disebab Rin seorang perempuan. Danish tak ada kawan perempuan selain Rin!
Istimewa Rin buat aku rasa tak berguna.
Ya, aku tak berguna! Hidup aku... sunyi. Tapi sebelum ini tak macam ni... Aku ramai kawan dan terkenal sebagai salah seorang ahli kelab gimnastik sekolah--kelab yang terkenal dengan budak-budak perempuan yang cantik dan hot. Tapi terima kasih pada Harith. Terima kasih atas gosip yang Harith buat pasal aku. Aku end up dipulaukan semua. Semua orang! Aku tak mampu nak luahkan perasaan bila alami situasi sekolah menengah macam ni. Kau orang rasa? Aku rasa nak menangis.
Sebaik sahaja waktu rehat masa pertama habis...
Aku baru sahaja selesai mengemas bilik latihan gimnastik. Tanpa ada hala tuju lain... Aku terus pulang semula ke kelas... seorang diri tanpa berteman. Mungkin orang lain tak faham. Tapi aku... Aku tak dapat selesakan diri dengan gelaran outcast. Aku tak biasa. Jadi aku rasa sangat sunyi. Aku nampak macam loser. Memang tak ada nak orang kawan dengan aku ke? Kenapa semua percaya pada Harith Aizad yang tak guna tu? Mata aku dah berair. Baru nak masuk kelas pun dah nak meleleh... Ish Afra Dian cantik ni.
Aku menarik nafas kecil untuk menenangkan diri sendiri.
Okay. Kesimpulan disini ialah... musuh aku adalah tiga jejaka handsome tu. Dan... datuk mereka bertiga merupakan salah seorang jutawan terhormat yang juga pemilik sekolah swasta ini. Cantik, bukan?
Tak apa, Afra Dian... Kau kuat. Siapa yang tak nak berkawan dengan kau... Itu kerugian dia orang sendiri. Aku kan vogue dan hot. Aku cuba naikkan semangat sendiri. Aku yang dahulu penuh dengan keyakinan yang membara! Pintu kelas 3 Alfa aku tolak dengan semangat baru. Kaki melangkah masuk.
Dan semangat yang baru berputik itu terus kucup... dan lencun. Sama seperti aku.
Debushh! Tong cat di atas birai pintu itu terus terbalik.
YOU ARE READING
I Love You, Dian
Romance[COMPLETED] Bukan lagi bayang. Afra Dian dah penat jadi bayang kakak sendiri, Nareesa Airin. Peluang diambil apabila pembuli dia push her buttons, Dian terus pindah sekolah. Tinggalkan Kuala Lumpur dan bina hidup ba...