Prolog

20.7K 465 25
                                    

DIAN

Naressa Airin binti Ahmad Fahmi.

Sebaris nama ini banyak memberi pengaruh hidup aku. Rin ni anak Mak Cik Lisa, pembantu rumah kat rumah aku. Mesti kau orang tertanya-tanya kenapa dia beri pengaruh besar dalam hidup aku.

Nama aku... Afra Dian binti Ahmad Fahmi.

Sebenarnya,  Rin anak luar nikah ayah dengan Mak Cik Lisa. Kami lahir pada tahun yang sama dan hanya beza beberapa bulan.

Sebelum Rin mencecah tiga bulan... Mama Lisa sah menikah dengan ayah. Ibu aku pula meninggal waktu lahirkan aku selepas itu.

So sampai sekarang aku hidup dengan mama Lisa dan Rin. Mama Lisa layan aku macam anak sendiri, aku tak ada hak nak merungut pasal kurang kasih sayang. Tapi hubungan aku dengan Rin... ehm... tak baik mana. Aku angkat bahu. Entahlah kenapa kita orang kurang ngam walaupun sebaya.

Apa pengaruh Rin dalam hidup aku? Tak tak... Rin tak belot semua kasih sayang Mama Lisa dengan ayah. Rin bukannya watak jahat seperti yang kau orang biasa dengar. Lagipun ayah lebih rapat dengan aku. Mama Lisa pula dah sayang aku sama seperti Rin. Aku sayang Mama Lisa sebab aku dah anggap Mama Lisa macam ibu aku. Mungkin sebab aku tak kenal siapa pun ibu aku.

Masalah aku dengan Rin cuma... aku akan selalu menjadi bayang Rin. Aku ni bayang-bayang dia. Apa yang aku buat akan dibandingkan dengan Rin. Bukan Mama Lisa atau ayah tapi saudara mara dan orang luar. Rin selalu lebih dari aku dalam semua aspek. Rin adalah definisi seorang wanita yang sempurna bagi aku. Rin adalah wanita yang kuat, cekal, berani, dan berbakat dalam apa sahaja yang dia buat. Apa yang aku buat selalu tak sempurna macam Rin buat. Rin boleh capai apa-apa yang dia nak dengan mudah tanpa usaha lebih--jauh beza dengan aku yang kena berjuang habis-habisan.

Rin cantik... pandai pula tu. Personaliti dia menarik sampaikan orang tak nampak aku wujud. Rin baik, kuat, dan prihatin. Sesiapa yang minat novel mesti anggap dia watak utama perempuan dalam novel dan aku... hanyalah watak sampingan.

Dunia pandang tinggi pada Rin. Rin ramai kawan... terkenal... ramai peminat... berkeyakinan walaupun lemah lembut... berbakat... perlu ke aku keluarkan semua kelebihan dia? Aku julingkan mata ke atas.

Dekat sekolah pula Rin umpama ratu yang dikelilingi tiga sahabat lelaki yang hebat. Handsome. Terkenal. Dibelah aku pula, hanya baju gimnastik teman aku. Aku cuma fokus pada kelab gimnastik untuk hilangkan semua tekanan. Bukan. Aku fokus pada satu-satunya perkara yang Rin tak berminat. Perasaan dibanding-bandingkan bukan sesuatu yang aku nak apatah lagi bila Rin sempurna sangat.

Nampak tak apa aku bebel semua pasal Rin. Banyak pasal Rin. Rin umpama hantu yang menghantui hidup aku. Sedihkan aku?

Tapi soalannya sekarang... sampai bila hidup aku macam ni?





∆∆∆

HARITH

Naressa Airin kawan baik aku. Tapi aku bukan satu-satunya kawan baik dia. Airil, abang aku kawan baik Rin. Sepupu aku si Danish tu pun kawan baik Rin. Kita orang dah macam adik-beradik dengan Rin.

Aku ingat lagi pertama kali kita orang kenal Rin. Waktu tu aku dengan Danish tingkatan dua, Airil tingkatan tiga... Rin sama umur dengan aku. Rin kena kutuk tengah-tengah cafe sekolah. Budak tu kutuk Rin tentang Rin anak luar nikah. Masalahnya bukan dia minta lahir haram. Dasar bodoh tak ada otak. Airil yang baik nak mampus tu jadi hero pertahankan Rin. Rugi aku tak play role hero time tu.

Even aku tak sangka sekelip mata kita orang rapat dengan Rin. Satu-satunya budak perempuan yang mampu masuk dalam geng aku. Sampai sekarang aku, Rin, Airil, dan Danish kekal berempat. Bagi aku Rin satu-satunya perempuan yang layak bergandingan dengan kami. Sekarang ni Rin dah jadi orang yang penting dalam hidup aku dan dua ekor mambang tu. Kita orang jaga dia macam adik-beradik. Sejak dari Airil serap dia dalam geng kita orang, tak ada siapa berani kacau Rin.

Sekolah Menengah Swasta Khas ni milik datuk aku. Aku tak nak tak bangga sebab memang aku bangga pun. Aku, Airil dan Danish memang budak hot dan kaya dalam sekolah ni. Dengan status cucu pemilik sekolah... apa kita orang buat orang tak halang. Jadi tiada siapa berani sentuh kita orang atau buat kita orang tak puas hati. Bahagia highschool life aku. Bila Rin jadi sebahagian dari kita orang... automatik Rin off limit untuk budak lain cari pasal.

Rin juga satu-satu orang yang boleh kawal kita orang. Mungkin sebab dia satu-satunya perempuan yang kita orang anggap macam adik-beradik--kita orang bertiga tak ada adik-beradik perempuan--kita orang sayang dia sepenuh hati. Nasihat dia kita orang dengar... bebelan dia kita orang dengar walaupun kena tahan telinga. Orang lain mana boleh dan berani layan kita orang macam Rin buat. Kalau Rin marah, bebel... kita orang tak kisah. Kalau orang lain... nahas! Penumbuk dulu melayang. Nak tumbuk Rin? Memang tak lah!

Tapi boleh agak yang ada benda lain kan?

Aku... aku sayang Rin lebih dari seorang kawan atau adik--macam yang Danish rasa pada Rin. Aku senyap-senyap pendam perasaan aku dari dia. Aku tak kisah kalau Rin layan aku hanya macam kawan. Aku tak nak perasaan aku buat hubungan kami retak. Bodoh bila bunyi macam god-damn-girl!

Lagipun... semua orang tahu Rin ada perasaan pada Airil. Tak leleh okay. Aku lelaki paling manly yang wujud!

Hubungan Airil dan Rin unik. Mereka tak pernah mengaku dia orang suka sama suka. Couple pun tak... tapi tindakan, gerak geri dan pandangan mata mereka menunjukkan sebaliknya. Aku nampaklah. Semua orang nampak. Rin layan Airil tak macam dia layan aku dengan Danish. Kecewa? Cemburu? Tak.

Sebab..

Aku akan dapatkan Rin! Aku nekad takkan kalah kali ni. Apatah lagi mengaku kalah. Benda lain aku tak kisah tapi bukan Rin.

Memang perasaan kalah pada Airil tu dah sebati dalam hidup aku. Aku tak loser eh. Bawah Airil je. Tempat kedua tak teruk mana kut? Aku boleh buat Rin lupa perasaan dia pada Airil sebab aku lagi sukakan dia. Aku akan buktikan suatu hari nanti.

Aku akan dapatkan Rin kalau Airil tak gentleman mengaku yang dia suka Rin. Tapi Airil berani dengan semua benda kecuali satu perkata tu. Apa masalah tah? Kalau aku dah lama aku mengaku lagipun Rin dah suka. Kan senang kalau Rin suka aku. Kenapa Airil?

Airil anak angkat tapi dia lebih dipandang tinggi. Harapan mama, papa, datuk... semua terletak pada dia. Man of the family. Kadang-kadang aku rasa tak puas hati tapi semua tu tak lama sebab Airil memang layak dapat apa yang dia dapat. Susah nak nafi yang Airil seorang anak, cucu, kawan, dan abang yang baik. Airil lebih matang dari aku yang panas baran--mungkin tu juga sebab Rin jatuh suka pada dia.

Tak apa aku boleh ubah diri aku kalau Rin nak. Nampak macam aku gilakan Rin ke?

Airil berkepimpinan dan bijak dalam tindakan--tak macam aku yang mudah terburu-buru dan ikut perasaan. Airil ada rupa tapi tak se-handsome aku. Memang kiamat lah kalau aku nak puji lelaki lain--even abang sendiri--selain aku handsome? Mujur aku dah handsome tahap sampai perempuan tercabut seluar. Noo jangan terpesong. Duh otak aku bersih... lah sangat. Damn.

Aku yang terpaksa hidup setiap hari tahan rasa bengang bila satu-satunya perempuan istimewa yang ada tempat dalam hati aku... ada perasaan dengan abang aku.

Sekurang-kurangnya panas baran aku tak muncul dalam situasi ni. Aku tak nak musnahkan hubungan aku, Rin, dan Airil.

Selagi mampu... aku pendam.

Tapi tak lama. Kalau Airil tak ambil langkah cepat-cepat... Rin aku punya. Muktamad.



I Love You, DianWhere stories live. Discover now