Preview: Ai Ni ( tajuk masih dalam pengiraan〜(꒪꒳꒪)〜 )Nareesa Airin.
Hari pertama di sekolah baru.
"Hai! Assalamualaikum. Nama saya Nareesa Airin. You can call me Rin!," kata aku dengan ceria dan bersemangat.
Ahli kelas aku tersenyum ramah dan membalas dengan beberapa komen mesra. Aku tersenyum senang.
Nampaknya sekolah baru ni tak jauh beza dengan sekolah lama... My school life gonna be just fine.
....
Kepala aku terteleng!
Sebuku roti yang hampir tinggal separuh di baling ke belakang kepala aku. Aku tergamam. Aku terus berpusing ke belakang untuk mencari gerangan nak mati awal.
Haa? What?
Siapa pula ni?
Aku mengemam bibir sambil memejam mata. Sumpah bengang bila aku tak buat apa-apa tapi ada orang tetap nak cari pasal dengan aku.
"Dah lama aku meluat dengan kau. Sekarang baru aku tahu sebab apa! Sebab kau ni anak pelacur rupanya," laung seseorang di kawasan kantin yang luas ini.
Aku menoleh ke arah perempuan itu dengan riak serius. Dia sedang duduk dengan kumpulannya di salah satu meja di dalam kantin ini. Aku memandangnya dengan tajam.
Betina ni cakap apa? Apa masalah dia ni? Eyy... Botak kang!
Belum sempat aku nak membalas dan mempertahankan diri... Beberapa orang 'pengikut' perempuan gila ni memaki aku.
"Hey! Aku tahu kau orang ni cemburu dengan aku. Dasar pathetic!," balas aku semula.
Perempuan gila itu dan kawan-kawannya tersentap. "What?,"
Dia terus menerpa ke arah aku. Dia melompat dari bangku dan terus menghampiri aku. Hi, awak tarzan?
Pang!
Aku ditampar! Dia tampar aku?
Aku terkedu dengan wajah yang tertoleng ke kiri.
Sesaat.
Dua saat.
Tiga saat.
Kau salah orang cari gaduh.
Aku dah berzikir 'berani eh kau'. Aku memang nak mengamuk. Tak guna punya peremp--
Baru sahaja aku nak hayun penumbuk, satu suara menegur.
"What is happening right now? Kenapa kecoh sangat ni?,"
Tak sempat aku nak angkat tangan dan balas tamparan perempuan tak guna itu. Aku mengangkat pandangan. Siapa pula budak lelaki ni?
"Saya... Sa-saya--,"
Budak lelaki itu memandang name tag di tudung perempuan tak guna itu.
"Afrina. 2 Neptun, kan? Pergi bilik disiplin. Now," arah lelaki itu dengan tenang sebelum pusing ke belakang dan menghadap aku.
Lupa nak sebut. Lepas dia tegur kami, dia terus berdiri di hadapan. Entah-entah... Dia tahu aku nak belasah perempuan ni. Wahh.
Budak perempuan tak guna tu dari 2 Neptun? Bagus. Siap kau, aku balas nanti. Mujur aku dapat tahu dia dari kelas mana.
Hey, bila aku dapat kau--
"2 Newton, awak okay?," tanya budak lelaki itu.
Aku tersentak dan terus mengangkat pandangan. Budak lelaki itu memandang aku dengan riak tenang. Bila masa pula dia pusing belakang?
YOU ARE READING
I Love You, Dian
Romance[COMPLETED] Bukan lagi bayang. Afra Dian dah penat jadi bayang kakak sendiri, Nareesa Airin. Peluang diambil apabila pembuli dia push her buttons, Dian terus pindah sekolah. Tinggalkan Kuala Lumpur dan bina hidup ba...